Thursday, August 23, 2007

Semoga menjadi kenyataan...


Hari ini 23hb Ogos 2007, sekali lagi saya menghadiri temuduga Penolong Pegawai Sains, temuduga yang diadakan selama 2 hari mulai 22hb Ogos 2007 telah dihadiri oleh lebih kurang 40 orang Pembantu Makmal Universiti Malaya. Mewakili semua jabatan yang ada di Fakulti Sains, Fakulti Kejuruteraan, Fakulti Perubatan dan Fakulti Pergigian. 90% kebanyakkannya muka-muka lama yang pernah menghadiri temuduga kali pertama tetapi gagal. Ini merupakan percubaan kali kedua. Harap-harap nama sangkut kali ini. Tapi payah juga kalau nak difikirkan. En Sazali, Ketua Penolong Pendaftar kata, kekosongan hanya ada 3 sahaja. 2 di Institut Sains Biologi dan 1 kekosongan di Farmasi, Pusat Perubatan. Apa yang saya musykil bukan apa, masa saya menghadiri mesyuarat di KKAUM, khabar angin bertiup kencang macam di Jabatan Kimia kekosongan yang ada. Semuanya meleset.
Hari ini juga, didalam Berita Harian, satu berita yang dikira baik juga telah melegakan semua kawan-kawan saya. Keputusan Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi, Datuk Dr Zulkefli A Hassan bersetuju semua Pembantu makmal Universiti dinaikkan taraf pada awal 2008. Lega mendengarnya. Antara isi kandungan berita tersebut:
---->Kira-kira 3,000 pembantu makmal di institut pengajian tinggi awam (IPTA) dijangka menerima kenaikan taraf jawatan kepada Penolong Pegawai Sains, awal tahun depan.
Keputusan itu antara persetujuan yang dicapai pada mesyuarat bersama Gabungan Majlis Presiden dan Setiausaha Kehormat Kesatuan Kakitangan-kakitangan Universiti Malaysia (Gakum) mewakili pembantu makmal di IPTA dengan Kementerian Pengajian Tinggi dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) di Putrajaya kelmarin.
Mesyuarat selama dua jam dipengerusikan Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi, Datuk Dr Zulkefli A Hassan itu turut dihadiri Presiden Gakum, Tuan Haji Omar Osman selaku Presiden CUEPACS dan wakil Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).
Tuan Haji Omar berkata, mengikut keputusan mesyuarat itu juga, kementerian, JPA dan Jawatankuasa Pendaftar IPTA bersetuju menyelesaikan isu jawatan itu seperti dituntut Gakum.
Beliau berkata, sebagai langkah permulaan ke arah itu, semua IPTA bersetuju mengadakan kursus peralihan yang wajib diduduki semua pembantu makmal terbabit selama 11 bulan atau sekurang-kurangnya 80 hingga 90 jam. Kursus ini mengandungi beberapa modul peperiksaan yang setaraf dengan diploma.
Setiap universiti akan menentukan modul kursus peralihan ini yang dijangka dimulakan November ini,” katanya ketika dihubungi semalam.
Difahamkan, empat IPTA yang diberi status universiti penyelidikan iaitu Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sedang menjalankan kursus berkenaan kepada pembantu makmal di universiti masing-masing.
Isu pertikaian status jawatan pembantu makmal yang berkhidmat di IPTA sudah berlarutan sejak hampir sembilan tahun lalu.Dalam tempoh itu, Gakum dikatakan sudah mengadakan perbincangan tidak kurang tiga kali dengan kerajaan termasuk JPA, tetapi tiada tindakan susulan positif<-----
Hari ini juga, Jabatan saya telah dikunjungi Timbalan Naib Canselor (Akademik & Pengantarabangsaan) Y.Bhg. Professor Dato' Dr. Mohd. Amin Jalaludin bersama wakil-wakil dari Jabatan Perkhidmatan Awam dan Instititut Pengajian Tinggi. Turut sama dalam lawatan tersebut, Presiden Persatuan Juruteknologis Makmal, En Gopal Krishnan yang tidak jemu-jemu memperjuangkan isu pengupredan Pembantu Makmal dan beliau juga telah turut sama semasa perbincangan bersama Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi di Putrajaya pada 21hb Ogos 2007.
..................................................
zainal-tak sanggup berpindah ke jabatan lain...