Tuesday, March 17, 2009

"Safety Talk"

Sambutan sungguh menggalakkan. Perancangan awal sekitar 50 orang peserta saja tetapi sebaliknya hampir 130 orang. Dewan kuliah penuh sesak. Kapisiti sepatutnya cuma 100 tempat duduk, tetapi disebabkan telah lama tiada aktiviti didalam kampus, kesempatan telah diambil bagi menambahkan lagi pengetahuan berkaitan keselamatan dan kesihatan pekerjaan. Tahniah diucapkan kepada jawatankuasa keselamatan dan kesihatan pekerjaan, Fakulti Kejuruteraan kerana telah berjaya menganjurkan seminar keselamatan buat kakitangan makmal.
Jawatankuasa Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan, Fakulti Kejuruteraan Universiti Malaya dengan kerjasama Merck Sdn. Bhd serta Persatuan Juruteknologis Makmal telah berjaya mengadakan seminar keselamatan dan kesihatan pekerjaan pada 17hb Mac 2009, hari selasa bertempat di Blok L (DK4). Dirasmikan oleh Profesor Dr Faisal Hj Ali, Dekan Fakulti Kejuruteraan. Turut hadir, Prof IR Dr Mohd Azlan Hussain, Timbalan Dekan serta hampir 130 orang peserta. Penceramah terdiri daripada Cik Gan Pai Lian dan Cik Cristalle Ling daripada Merck Sdn Bhd. Seminar tersebut telah dipengerusikan oleh Encik Zulkefli Muhammad.

Diantara matlamat seminar keselamatan tersebut:

1. Untuk memastikan keselamatan, kesihatan pekerja yang sedang bekerja.

2 Untuk melindungi pekerja di tempat kerja.

3. Untuk mengalakkan suatu persekitaran pekerjaan yang bersesuaian dengan fisiologi dan psikologi pekerja- pekerja yang sedang bekerja.
4. Mengenal pasti simbol-simbol hazard.

Untuk makluman, Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan berfungsi untuk:

* Mengkaji semula langkah-langkah keselamatan dan kesihatan di tempat kerja,

* Menyiasat aduan atau apa-apa perkara yang berkaitan yang dibangkitkan,

* Sentiasa berunding dengan majikan mengenai isu berkaitan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja.

Tanggung jawab Majikan

1. Mematuhi undang-undang dan peraturan yang berkaitan

2. Menjalankan penilaian risiko untuk menilai hazad dan risiko di tempat kerja

3. Melaksanakan langkah-langkah kawalan untuk memastikan tempat kerja adalah selamat dan sihat berdasarkan hasil penilaian risiko dijalankan

4. Menjalankan pemeriksaan perubatan/kesihatan kepada pekerja seperti yang dikehendaki oleh undang-undang

5. Memberikan latihan kepada pekerja mengenai keselamatan dan kesihatan

Tanggung jawab pekerja

1. Mematuhi setiap arahan dan prosedur kerja selamat

2. Bekerjasama dengan majikan untuk memastikan keselamatan dan kesihatan terjamin

3. Memakai alat-alat pelindung diri yang sesuai secara yang betul
.............................................
zainal- dapat juga mengambil kesempatan update blog dengan aktiviti ini.