
Telah menjadi kebiasaan apabila aktiviti yang memerlukan kerjasama diantara semua kakitangan sokongan dan akademik di Jabatan, sambutan pastinya mengecewakan. Banyak kerusi-kerusi kosong. Kehadiran 95% daripada kakitangan sokongan dan hanya 5% daripada kakitangan akademik. Dimana silapnya?. Walaupun cuti semester sedang berlaku dan tiada apa-apa kelas pengajaran dan kuliah. Meluangkan masa selama 3 jam pun tak boleh...
Malu bukan kepada kakitangan tetapi malu kepada penceramah pada hari ini, Puan Rohani Bte Hj Saat, Perunding Latihan daripada Exel Traning & Concultancy (M) Sdn Bhd iaitu Syarikat yang tidak asing lagi di Malaysia yang dipunyai oleh Datuk Dr Fadzilah Kamsah pakar motivasi terkenal.
Ceramah Pengurusan Kecemerlangan Stress telah diadakan pada 22hb Mei 2009 bertempat di Dewan Kuliah F, Jabatan Fizik.
MENANGANI STRES
1. Stres adalah sebahagian daripada kehidupan kita sehari-hari.
2. Stres boleh mempengaruhi kita melalui pelbagai cara.
3. Kemarahan adalah satu masalah utama emosi akibat daripada stres.
4. Kemarahan boleh mempengaruhi kehidupan kanak-kanak.
5. Salah satu cara untuk mengurangkan stres adalah dengan mengendalikan kemarahan secara berkesan.
6. Stres adalah tindak balas fizikal, emosi dan mental kepada perubahan / cabaran.
7. Terdapat banyak punca stres.
STRES BOLEH MEMPENGARUHI KITA MELALUI PELBAGAI CARA
1. Reaksi terhadap stres berbeza.
2. Stres boleh memberi kesan positif / negatif kepada individu.
3. Akibat stres berbeza dari segi penonjolan & tahap keseriusan.
4. Stres boleh dikendalikan.
KEMARAHAN ADALAH SATU MASALAH EMOSI PALING UTAMA AKIBAT DARIPADA STRES
Kemarahan adalah perasaan semulajadi setiap individu.
Kemarahan boleh ditunjukkan dengan pelbagai cara.
Kemarahan yang tidak terkawal akan memudaratkan diri & orang lain.
AKIBAT DARIPADA STRES BERBEZA DARI SEGI PENONJOLAN DAN TAHAP KESERIUSAN
Simptom psikologikal
Tidak mampu untuk membuat keputusan.
Daya tumpuan lemah.
Daya ingatan dan perhatian kurang.
Mengalami mimpi buruk.
Berfikiran negatif serta mudah putus asa.
Merasa dirinya tidak berharga serta cenderung untuk mencederakan diri.
Sering merasa risau tentang masa depan.
Mengalami kesukaran untuk tidur.
Perubahan dalam selera makan (selera makan yang keterlaluan atau berkurangan)
Perubahan berat badan yang ketara.
Simptom emosi
Kelihatan takut, sensitif, marah-marah, risau atau gelisah.
Kelihatan terganggu/bermasalah, berasa sedih, rendah diri, kurang keyakinan, murung dan risau. Mudah terkejut, pilu, marah, benci, rasa bersalah dan malu.
Akan menghadapi masalah kurang minat terhadap aktiviti harian.
STRES BOLEH DIKENDALIKAN
Bertenang.
Berfikiran positif.
Menyukai diri sendiri.
Kongsi masalah dengan keluarga dan kawan-kawan.
Merancang masa dengan baik.
KEMARAHAN ADALAH SATU MASALAH EMOSI UTAMA AKIBAT STRES
Kemarahan adalah perasaan semulajadi yang ada pada setiap individu. Kemarahan merupakan kesan emosi akibat daripada:-
Sakit hati / kecewa.
Ancaman / ugutan.
Kehilangan.
KEMARAHAN hanya akan menjadi satu masalah apabila :
Berlaku terlalu kerap.
Keterlaluan.
Berpanjangan.
Berlaku dalam situasi yang tidak sesuai.
Membawa kepada tindakan agresif.
Kemarahan boleh manifestasi dalam 3 cara:
1. Tindakbalas fizikal – berasa tegang pada bahagian dada, kesukaran bernafas, jantung berdegup kencang dan kesukaran untuk tidur.
2. Tindakbalas emosi – tingkahlaku yang menyakitkan hati orang lain, syak-wasangka, murung, sukar untuk memaafkan, kurang kreatif, terganggu dan marah yang tidak terkawal.
3. Tindakbalas tingkahlaku.
Bertindak agresif (contohnya menengking, membaling barang atau mencederakan orang).
Bersikap pasif (memendam perasaan dan menarik diri).
Pasif agresif (tidak menunjukan secara langsung walaupun dia tidak setuju)
Menjauhkan diri dan menafikan
SALAH SATU CARA UNTUK MENGURANGKAN STRES ADALAH DENGAN MENANGANI KEMARAHAN SECARA BERKESAN
Langkah-langkah
Kenalpasti perasaan marah – Langkah pertama adalah dengan mengenalpasti perasaan marah anda. “Saya marah”.
Bertenang (kira hingga 10, tarik nafas panjang, mengucap).
Berfikir dahulu sebelum bercakap dengan orang yang anda marah.
“Saya perlu bertenang”.
Nyatakan dan kenal pasti punca kemarahan anda.
“Kenapa saya marah?”
“Kenapa dia bertindak sedemikian terhadap saya?”
.....................................
zainal-dah lali dengan perangai masing-masing