Wednesday, December 12, 2007

Konvensyen CUEPACS ke 24


Nasib saya mungkin baik bagi tahun 2007. Apa tidaknya, walaupun menjadi pemerhati di Konvensyen CUEPACS ke 24, banyak perkara dapat saya pelajari. Sebelum ini, dengar-dengar aje pasal aktiviti CUEPACS dalam akhbar-akhbar tempatan tapi kali ni, saya sendiri berada didewan tersebut dari 10hb Disember 2007 hingga 12hb Disember 2007. Berbekalkan buku catitan yang saya bawa dan sebuah kamera digital murah, banyak maklumat dapat saya perolehi dari hari pertama hingga penutup. Seronok juga dapat berjumpa dengan wakil-wakil tertinggi Kongres Kesatuan, tapi dari jauh ajelah. Sapalah saya ni kan.
Catitan yang sempat saya buat pada perasmian oleh Dato' Seri Abdullah Hj Ahmad Badawi.
Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi mengingatkan agar Kakitangan Sektor Awam berusaha meneruskan misi nasional supaya menambah nilai diri, menambah nilai kerja serta menambah nilai peningkatan hasil kerja berterusan kerana ianya merupakan kekuatan dan pemangkin kakitangan perkhidmatan awam kearah menghadapi persaingan yang lebih hebat pada masa depan. Tanpa mengamalkannya konsep menambah nilai tersebut, Kakitangan Sektor Awam akan ketinggalan berbanding Negara lain dirantau ini. Justeru, kata Perdana Menteri, usaha menambah nilai ilmu mesti bermula dalam diri setiap orang dengan bersungguh-sungguh. Ini kerana, kehebatan dan kebolehan pada satu masa dulu mungkin tidak lagi sesuai digunakan dalam era sekarang. Hubungan diantara semua kesatuan dengan kerajaan haruslah dikekalkan demi kebaikan kepada kedua-dua pihak. Saling menghormati, menjaga kerharmonian semua kaum dalam perkhidmatan awam serta berlaku adil didalam keputusan yang diambil.

"Kita perlu menambah nilai tenaga kerja untuk mencapai tahap saingan yang lebih tinggi demi masa depan kemajuan bangsa dan negara. Kesungguhan menambah nilai akan menerima pengiktirafan berkekalan, dapat mengekalkan budaya kerja yang lebih hebat. Peluang untuk menambah nilai dan memperkasakan diri di negara ini sangat terbuka luas kerana keamanan dan kemakmuran yang sedang dinikmati. Sehubungan itu, belia mahu peluang berkenaan digunakan sepenuhnya oleh kakitangan sektor awam kerana nikmat berkenaan tidak diperolehi rakyat negara lain.

Kerajaan tetap prihatin dan bertanggungjawab diatas apa jua keperluan yang difikirkan perlu bagi memantapkan sektor perkhidmatan awam samada berkaitan elaun, kenaikan gaji, Insitif, bonus serta lanjutan umur pesaraan. Semuanya telah dilakukan sehingga kini. Kakitangan sektor awam telah pun menikmati segala yang dituntut. Beliau juga berharap agar kesetiaan, kekuatan kerharmonian serta kesungguhan diantara kakitangan awam berkekalan. Janganlah saling mengacam, tuduh menuduh apatah lagi gertak mengertak menjadi amalan. Diharapkan agar semua kakitangan sektor awam didalam pelbagai kesatuan saling memahami tanggungjawab masing-masing bagi meneruskan perjuangan agar terus maju dan berjaya.

Katanya lagi, hasil perjuangan bersama akan dapat merapatkan perhubungan lebih baik, terjalin sifat menghormati antara kaum dan hasil dari kemakmoran akan memberi munafaat untuk dinikmati oleh semua golongan samada kesatuan, pemerintah maupun kerajaan.


.................................

zainal.....tumpang glamor sekejap dengan Presiden, Tuan Haji Omar Osman yang menang tanpa bertanding....