Saturday, June 27, 2009

Kebetulan berada disini..





Saya bukan pandai berpolitik. Berpolitik samada di luar, di Kesatuan, di Persatuan apatah lagi berpolitik di Tempat Kerja. Tetapi saya tidaklah sejahil yang disangka.

Gambar-gambar yang saya rakam diatas merupakan tempat-tempat yang menjadi 'kontroversi' di Negeri Perak iaitu berhampiran dimana Mesyuarat Kongres CUEPACS berlangsung. Sebenarnya gambar yang saya rakamkan itu secara kebetulan semasa bersarapan disalah sebuah restoran berhampiran.

Saya mengikuti perkembangan Politik Negeri Perak hanya dari Internet. Melayari Blog-blog yang hebat-hebat bagi menambah pengetahuan am. Saya pun tidak berapa faham sangat perjalanan politik-politik ni tetapi bila di aju soalan-soalan, siapa Presiden, siapa Pengerusi parti-parti yang ada di Malaysia, rasa-rasanya saya boleh menjawapnya.

Tidak kiralah dari UMNO ke, MCA ke, MIC ke, DAP ke, PKR ke, PPP ke, PAS ke dan banyak lagi parti-parti di Malaysia ni. Kalau di Sabah dan Sarawak, saya agak pening sikit dan payah sikit nak jawap.

Berbalik pada gambar-gambar diatas, kalau dulu saya hanya dapat melihatnya di blog-blog tetapi pada 27hb Jun 2009, saya sendiri dapat merakamkannya.

zainal-hanya mengundi setiap 5 tahun sekali.

Mesyuarat Majlis Kongres CUEPACS Bil 3

Secara langsung daripada Bilik Mesyuarat Gerakan Negeri, Aras 2 Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh, Perak. Mesyuarat Bil 3, Majlis Kongres Cuepacs yang bermula 8.30 pagi, 27hb Jun 2009.

Terlebih dahulu, ahli majlis kongres menyampaikan ucapan takziah kepada Presiden, Tuan Haji Omar Osman diatas kematian adik ipar beliau pada 26hb Jun 2009 atas sebab kemalangan jalan raya.

Mesyuarat dimulakan dengan Taklimat Pelaksanaan kenaikan pangkat pegawai kumpulan sokongan yang telah berkhidmat 15 tahun dan lebih dalam skim perkhidmatan dan perkhidmatan semasa secara khas untuk penyandang (KUP) oleh Dato' Dr Mohd Azhar Bin Hj. Yahaya, Pengarah Bahagian Perkhidmatan, Jabatan Perkhidmatan Awam, Malaysia.

Falsafah.
Penjawat awam akan menikmati kenaikan pangkat atau gred sekurang-kurangnya sekali sepanjang perkhidmatan. Sepertimana yang telah diputuskan semasa sambutan Hari Pekerja pada 14hb mei 2009 di Putrajaya.

Pegawai kumpulan sokongan yg telah berkhidmat 15 tahun dan lebih serta masih berada di gred lantikan dalam skim perkhidmatan dan perkhidmatan semasa dipertimbangkan kenaikan pangkat ke gred lebih tinggi sebagaimana ditetapkan dalam skim perkhidmatanya secara khas untuk penyandang (KUP)

Perlaksanaan tidak meliputi pegawai dalam skim perkhidmatan pengurusan dan profesional. Sesi soal jawab semakin hangat berkaitan isu-isu perlantikkan kenaikan pangkat. Taklimat berakhir pada pukul 11.15 pagi.

Mesyuarat ahli kongres telah dipengerusikan oleh Encik Azis Bin Muda, Timbalan Presiden CUEPACS setelah Tuan Haji Omar Osman terpaksa bergegas ke Gemas bagi menghadiri perkebumian adik ipar beliau.

Mesyuarat bermula jam 11.45 pagi. Isu berkaitan semakan tatacara pembelian dan pelaksanaan sms (CUEPACS Komuniti Servis) merupakan isu yang hangat diperdebatkan. Keputusan laporan akan dibentangkan 3 bulan lagi iaitu pada bulan September.

Lain-lain agenda:

Memorandum pemantapan & penambahbaikan Gaji/Skim Perkhidmatan Anggota Sektor Awam telah dibentangkan oleh Puan Lok Yim Peng, Timbalan Setiausaha Agung 1. Selain itu, Kenaikan Pangkat Bagi Kumpulan Sokongan, Tuntutan-tuntutan CUEPACS yang masih lagi ditangguhkan seperti tuntutan kenaikan imbuhan tetap perumahan (ITP), penyelarasan COLA serta Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) masih lagi diperingkat perbincangan.

Isu-isu pekerja kontrak & pekerja sementara juga telah dibangkitkan. Mesyuarat Kongres juga telah melaporkan aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan pada 25hb Mei hingga 27hb Mei 2009 yang telah dianjurkan oleh CUEPACS Bahagian Kelantan, Seminar Pemantapan Setiausaha-setiausaha Kesatuan Gabungan.

Aktiviti yang bakal berlangsung pula adalah Seminar Peningkatan Pepimpinan Amal Islami Malaysia yang akan diadakan di Langkawai pada 24hb Julai hingga 27hb Julai 2009. Seminar Pemantapan Presiden-Presiden Kesatuan Gabungan CUEPACS anjuran CUEPACS Bahagian Pahang juga akan diadakan pada bulan Julai 2009 serta Seminar 7hb Julai 2009yang akan diadakan di Bangi, Selangor bertajuk 'Keselamatan dan kesihatan Pekerjaan'

Mesyuarat berakhir pada jam 1.40 petang.

Gambar-gambar sila klik: http://www.flickr.com/photos/juruteknologis

zainal-bertolak subuh dari KL ke Ipoh

Friday, June 26, 2009

Michael Jackson dalam kenangan..

Michael Jackson, Raja Pop Dunia yang menerbit’kan sensasi serta fenomena di’ seluruh dunia telah pun meninggal dunia pagi tadi, pada umur 50 tahun. Jackson, mati di’ katil hospital UCLA Medical Center setelah mengalami serangan jantung mengejut di’ rumah sewa’nya di Holmby Hills. Sebelum itu, unit paramedik sudah pun bertungkus lumus menyelamat’kan beliau sebelum di’hantar ke hospital, di’mana para doktor menyambung kerja menyelamat.

zainal-fenomena 'break dance' masa zaman remaja tetap dalam ingatan.

Friday, June 19, 2009

Hari Ayah...


'Hari Ayah' sebab anak-anak memanggil saya Ayah bukan bapa. 'surprise' ini tandanya anak-anakku dah mula melangkah ke alam dewasa. Sudah pandai berpakat adik beradik membuat kejutan pada 'Ayahnya'. Terharu dibuatnya. Kepada anak-anakku, Hazeq Helmy, Hazem Eiman dan Hazlen Zazulia, ayah amat menyayangimu semua. Maafkan ayah sekiranya ada cara didikkan yang membuatkan kamu semua tidak bersetuju tetapi sebagai ayah, pastinya membuat yang paling terbaik untuk kamu bertiga.
.....................................
zainal-sebak bila salah sorang mengatakan 'dah lama tak peluk ayah'

Monday, June 15, 2009

Dari Tengah ke Selatan Ke Utara


Langkah permulaan pengembaraan ke destinasi idaman sambil memandu ke luar negara. Sempat ke Sungai Golok sekadar memenuhi impian. Hajat sudah tercapai. Tidak perlu perbelanjaan yang besar. Sekadar cuci-cuci mata. Bak kata teman-teman "window shooping". Tukaran wang bagi Dollar Singapore, RM 100 = $42.10. Tukaran wang bagi Bart Thailand, RM 100 = Bart 907. Perbandingannya menunjukkan Ringgit diniagakan rendah berbanding kedua negara tersebut.
..............................
zainal-dalam seminggu sempat ke Singapura dan Thailand.

Jumpa di UPM 2011 dan UM 2013

Setelah berseminar selama 3 hari bermula 8hb Jun 2009 hingga 10hb Jun 2009, majlis penutup serta penyampaian sijil penyertaan kepada semua peserta telah disempurnakan oleh Dekan Fakulti Sains, Prof. Dr Mazlan Abdul Aziz. Seminar Kebangsaan Teknologi Makmal Ke 10 iaitu pada tahun 2011 akan diadakan di Universiti Putra Malaysia, Serdang, Selangor dan akan diikuti Universiti Malaya untuk SKETMA Ke 11 pada tahun 2013. Selamat berjumpa lagi.
.........................................
zainal-banyak pengajaran dari 2 Sketma dihadiri

Macam Persidangan Parlimen..

Sebahagian peserta sedang khusyuk mendengar pembentangan kertas kerja Sketma 9 didalam Dewan Senat, Universiti Teknologi Malaysia. Dihadiri oleh lebih 200 orang peserta dari pelbagai Institut Pengajian Tinggi Awam, Malaysia.
........................................
zainal-umpama mesyuarat UTM

Pemantau tidak bertauliah...

Gambar 'snap curi' oleh Encik Azman semasa saya mendengar dengan tekun sesi pembentangan kertas kerja dari peserta Sketma 9. Kira oklah tu...
........................................
zainal-macam juri pulak..

Pembentangan Kertas Kerja Sketma 9



Wakil Persatuan Juruteknologis Makmal Universiti Malaya yang dicadangkan oleh saya telah berjaya membentangkan kertas kerja semasa Sketma 9. Tahniah buat mereka bertiga. Persatuan Juruteknologis Makmal Universiti Malaya telah mewakilkan 12 orang ahlinya bagi mengikuti Seminar Kebangsaan Teknologi Makmal Ke 9 (SKETMA Ke 9) di Unversiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor Bahru pada 7hb Jun 2009 dan berakhir pada 10hb Jun 2009.

3 orang merupakan pembentang kertas kerja iaitu terdiri daripada Encik Azman Mat Nor (Fizik) bertajuk "Fenomena Gerhana Matahari dan Kesannya", Puan Saedah Haron (Fizik) bertajuk " Astronomi dan Ibadah" serta Puan Rusidah Ahmad (ISB) dengan tajuk "Penyediaan Dan Pengurusan Spesimen Herbarium Dan Koleksi Kultur Cendawan Di Pusat Penyelidikan Cendawan (MTC), Universiti Malaya" dan 9 orang sebagai peserta
..........................................
zainal-bangga atas komitmen mereka semua

Majlis Makan Malam Sketma 9 di Danga Bay

Sempat bergambar beramai-ramai bersama urusetia Sketma 9 serta Presiden CUEPACS, Tuan Hj Omar Osman semasa majlis makan malam di Rumah Limas, Danga Bay, Johor Bahru pada malam 9hb Jun 2009. Dikesempatan pada Majlis Makan Malam, SKETMA Ke 9, tetamu Kehormat, Tuan Haji Omar Osman, Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) sempat mengadakan sidang akbar.

Diantara isu-isu yang diutarakan ialah CUEPACS sedang berunding dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (JPA) untuk membenarkan kakitangan kerajaan yang sudah berkhidmat lebih 20 tahun mengeluarkan 20 peratus wang gratuiti mereka. Langkah itu merupakan satu cara untuk mengelak kakitangan kerajaan khususnya kumpulan sokongan daripada terjebak dengan skim cepat kaya dan berhutang dengan ah long.

Katanya, kebanyakan kakitangan kerajaan terpaksa menanggung beban hutang yang banyak sehingga menyebabkan ada antara mereka terpaksa berhutang dengan ah long. "Pihak JPA sedang meneliti cadangan tersebut dan setakat ini kami sudah mendapat maklum balas positif. "Sekiranya cadangan ini diterima, kakitangan kerajaan yang sudah berkhidmat lebih daripada 20 tahun boleh mengeluarkan sebanyak 20 peratus wang gratuiti mereka menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini," Omar berkata, perbincangan mengenainya sudah dimulakan sejak tiga minggu lalu dan SPA sedang meneliti secara terperinci cadangan tersebut.

Beliau berkata, mereka yang ingin mengeluarkan wang pendahuluan gratuiti tersebut akan dikenakan beberapa syarat tertentu bagi mengelakkan wang berkenaan disalurkan ke tempat yang tidak sewajarnya. "Kami akan membenarkan mereka mengeluarkan wang tersebut untuk tujuan pendidikan, membaiki serta membesarkan rumah dan juga untuk tujuan mengerjakan haji dan umrah
..........................
zainal-pertama kali memberi ucapan dimajlis anjuran luar.

SKETMA KE 9, UTM, Skudai, Johor



Sketma ke 9 telah melabuh tirainya pada hari ini, 10hb Jun 2009. Tahniah diucapkan kepada Persatuan Juruteknologis Makmal Universiti Teknologi Malaysia, Skudai. Telah dirasmikan oleh Naib Canselor UTM, Prof. Dato' IR Dr Zaini Bin Ujang.

Didalam perasmian tersebut beliau mengatakan melalui seminar ini agar para peserta dapat meningkatkan kreativiti dan menambahkan lagi pengetahuan selain berkongsi kemahiran dalam sains dan teknologi agar dapat dimanfaatkan dalam membantu aktiviti pengajaran dan pembelajaran serta penyelidikan sejajar dengan keperluan organisasi seterusnya negara bersesuaian dangan tema seminar ini iaitu ' Kecemerlangan Makmal: Cabaran Masa Kini Dan Prospek Masa Depan'.

Sementara itu Pengarah SKETMA KE 9, Encik Ayob Bin Jabal semasa ucapan aluan-aluannya berharap dapat menonjolkan lagi kepakaran dan kemahiran staf sokongan teknikal makmal kepada masyarakat bagi keperluan bagi membantu penyelidikan yang akan menjadi landasan semai bakti pengamal sains dalam mencapai aspirasi pembangunan Negara
................
zainal-disangka jurufoto penganjur