Sunday, May 31, 2009

FA CUP Pengubat Duka

Chelsea Juara

Gol kemenangan oleh Frank lampard

Gol penyamaan oleh Didier Drogba

Gol pendahuluan oleh Louis Saha

Penantian suatu penyeksaan. Setelah gagal dalam pemburuan Juara Liga Perdana dan Piala Juara-Juara tapi akhirrrrrrrnya FA CUP menjadi pengubat duka. Yahoooooooo.

30hb Mei 2009 bersamaan hari Sabtu, pasukan yang paling saya minati Chelsea berjaya merangkul FA CUP bagi musim 2008-2009. Tahniah kepada adik-adik saya Encik Frank Lampard dan Encik Didier Drogba.

………………………………
Zainal-maaf rakaman kurang memuaskan.

Saturday, May 30, 2009

Taklimat Program Peralihan Ke 3

Jumaat, 29hb Mei 2009, bertempat di Dewan Kuliah Teratai, Fakulti Sains, Unit Latihan, Bahagian Sumber Manusia dengan kerjasama Jawatankuasa Latihan Teknologi Makmal telahmengadakan taklimat kepada semua peserta Program Peralihan Siri Ke 3. Pengerusi JLTM,Profesor Dr Rauzah Hashim selaku Timbalan Dekan (Penyelidikan) Fakulti Sains telah mempengerusikan majlis taklimat tersebut. Program Peralihan Siri Ke 3 akan memulakan pengajiannya pada 1hb Jun 2009. Seramai 55 orang telah terpilih termasuk 5 orang peserta daripada Universiti Sains Islam Malaysia, Bandar Baru Nilai, Negeri Sembilan. Turut hadir semua penyelaras Program Peralihan dan Presiden PjMUM, Encik Gopal Krishna.

Pada sesi taklimat tersebut, penerangan berkaitan pihak-pihak yang terlibat disebalik tabir serta modul yang perlu diambil sepanjang Program Peralihan. Bahagian Sumber Manusia merupakan urusetia program diketuai oleh Puan Robaayah Bte Mohd Ghazali, Ketua Penolong Pendaftar, Encik Shahrizamshazlin Bin Abdul Rahim, Penolong Pendaftar serta Cik Helen Banggau, Pembantu Tadbir P/O.

Struktur Program Peralihan tetap dikekalkan iaitu dilaksanakan dalam 3 tahap yang memerlukan peserta memenuhi 30 jam kredit pada tahap 1, 30 jam kredit ditahap 2 dan 20 jam kredit pada tahap 3. Pada tahap 1, peserta diwajibkan mengambil 5 modul merangkumi subjek Matematik & Statistik, Fizik, Kimia, Teknologi Maklumat Maklumat serta memilih antara subjek Biologi atau Geologi.

Tahap 2 pula peserta diwajibkan mengambil 18 jam kredit pada subjek Kimia, Fizik, Geologi dan Biologi dan 6 jam kredit dari modul Matematik & Statistik dan 6 jam kredit dari modul Teknologi Maklumat.
............................................
zainal-nama mula jadi sebutan..ngeh3x

Sistem Maklumat PTj

Bertambah lagi tanggungjawab yang saya pikul dalam tugasan harian apabila Ketua Jabatan telah memilih saya bagi pentadbir system maklumat PTj. Walaupun beban tugas akan bertambah tapi saya menerimanya dengan kesyukuran diatas kepercayaan yang telah diberikan. Sesi latihan telah diadakan pada hari Khamis, 28hb Mei 2009 bertempat di Makmal Komputer, Akademi Pengajian Islam.

Sistem Maklumat PTj (RCIS) merupakan sistem online tambahan bagi mengumpul maklumat latihan-latihan staf yang menghadiri Persidangan, Bengkel, Seminar, Kolokium, Forum, Simposium, Mesyuarat Saintifik, Konvensyen, Kursus dan Kongres.
Tujuan skrin ini dibangunkan adalah untuk mengumpul data latihan staf serta pemantauan penyertaan staf disemua peringkat terutamanya yang melibatkan penganjuran oleh Jabatan. Sistem Maklumat ini telah dibangunkan oleh Bahagian Sumber Manusia (BSM) dengan kerjasama Pusat Teknologi Maklumat (PTM).

Saya diberikan tanggungjawab memasukkan dan sentiasa mengemaskini setiap latihan-latihan yang dianjurkan oleh Jabatan kedalam Sistem Maklumat PTjOnline. Kakitangan di Jabatan saya keseluruhan termasuk kakitangan akademik, pengajar serta kakitangan sokongan seramai 76 orang. Aduiii
......................................
zainal-nasib baik boleh dikemaskini dirumah.

Thursday, May 28, 2009

Bubble Gum Rome

Bubble gum Rome tidak sesedap bubble gum Old Trafford. Itulah perkataan yang diluahkan oleh Alex Ferguson setelah pasukannya tewas ditangan Barcelona 2-0 di Stadium Olimpik, Rome sewaktu ditanya oleh wartawan bebas dari Hulu Langat, Mr Zainal pada sesi sidang akhbar selepas perlawanan tamat. Khas buat penyokong MU, saya sertakan sedutan gol-gol kemenangan Barcelona buat tatapan anda.
.............................................
zainal-hati puas walaupun mengambil masa semasa processing video

Saturday, May 23, 2009

Pengurusan Stress

Telah menjadi kebiasaan apabila aktiviti yang memerlukan kerjasama diantara semua kakitangan sokongan dan akademik di Jabatan, sambutan pastinya mengecewakan. Banyak kerusi-kerusi kosong. Kehadiran 95% daripada kakitangan sokongan dan hanya 5% daripada kakitangan akademik. Dimana silapnya?. Walaupun cuti semester sedang berlaku dan tiada apa-apa kelas pengajaran dan kuliah. Meluangkan masa selama 3 jam pun tak boleh...

Malu bukan kepada kakitangan tetapi malu kepada penceramah pada hari ini, Puan Rohani Bte Hj Saat, Perunding Latihan daripada Exel Traning & Concultancy (M) Sdn Bhd iaitu Syarikat yang tidak asing lagi di Malaysia yang dipunyai oleh Datuk Dr Fadzilah Kamsah pakar motivasi terkenal.

Ceramah Pengurusan Kecemerlangan Stress telah diadakan pada 22hb Mei 2009 bertempat di Dewan Kuliah F, Jabatan Fizik.

MENANGANI STRES


1. Stres adalah sebahagian daripada kehidupan kita sehari-hari.

2. Stres boleh mempengaruhi kita melalui pelbagai cara.

3. Kemarahan adalah satu masalah utama emosi akibat daripada stres.

4. Kemarahan boleh mempengaruhi kehidupan kanak-kanak.

5. Salah satu cara untuk mengurangkan stres adalah dengan mengendalikan kemarahan secara berkesan.

6. Stres adalah tindak balas fizikal, emosi dan mental kepada perubahan / cabaran.

7. Terdapat banyak punca stres.


STRES BOLEH MEMPENGARUHI KITA MELALUI PELBAGAI CARA

1. Reaksi terhadap stres berbeza.

2. Stres boleh memberi kesan positif / negatif kepada individu.

3. Akibat stres berbeza dari segi penonjolan & tahap keseriusan.

4. Stres boleh dikendalikan.

KEMARAHAN ADALAH SATU MASALAH EMOSI PALING UTAMA AKIBAT DARIPADA STRES

Kemarahan adalah perasaan semulajadi setiap individu.

Kemarahan boleh ditunjukkan dengan pelbagai cara.

Kemarahan yang tidak terkawal akan memudaratkan diri & orang lain.

AKIBAT DARIPADA STRES BERBEZA DARI SEGI PENONJOLAN DAN TAHAP KESERIUSAN


Simptom psikologikal

Tidak mampu untuk membuat keputusan.

Daya tumpuan lemah.

Daya ingatan dan perhatian kurang.

Mengalami mimpi buruk.

Berfikiran negatif serta mudah putus asa.

Merasa dirinya tidak berharga serta cenderung untuk mencederakan diri.

Sering merasa risau tentang masa depan.

Mengalami kesukaran untuk tidur.

Perubahan dalam selera makan (selera makan yang keterlaluan atau berkurangan)

Perubahan berat badan yang ketara.


Simptom emosi

Kelihatan takut, sensitif, marah-marah, risau atau gelisah.

Kelihatan terganggu/bermasalah, berasa sedih, rendah diri, kurang keyakinan, murung dan risau. Mudah terkejut, pilu, marah, benci, rasa bersalah dan malu.

Akan menghadapi masalah kurang minat terhadap aktiviti harian.


STRES BOLEH DIKENDALIKAN

Bertenang.

Berfikiran positif.

Menyukai diri sendiri.

Kongsi masalah dengan keluarga dan kawan-kawan.

Merancang masa dengan baik.


KEMARAHAN ADALAH SATU MASALAH EMOSI UTAMA AKIBAT STRES

Kemarahan adalah perasaan semulajadi yang ada pada setiap individu. Kemarahan merupakan kesan emosi akibat daripada:-

Sakit hati / kecewa.
Ancaman / ugutan.
Kehilangan.


KEMARAHAN hanya akan menjadi satu masalah apabila :

Berlaku terlalu kerap.
Keterlaluan.
Berpanjangan.
Berlaku dalam situasi yang tidak sesuai.
Membawa kepada tindakan agresif.

Kemarahan boleh manifestasi dalam 3 cara:


1. Tindakbalas fizikal – berasa tegang pada bahagian dada, kesukaran bernafas, jantung berdegup kencang dan kesukaran untuk tidur.


2. Tindakbalas emosi – tingkahlaku yang menyakitkan hati orang lain, syak-wasangka, murung, sukar untuk memaafkan, kurang kreatif, terganggu dan marah yang tidak terkawal.


3. Tindakbalas tingkahlaku.


Bertindak agresif (contohnya menengking, membaling barang atau mencederakan orang).

Bersikap pasif (memendam perasaan dan menarik diri).

Pasif agresif (tidak menunjukan secara langsung walaupun dia tidak setuju)

Menjauhkan diri dan menafikan

SALAH SATU CARA UNTUK MENGURANGKAN STRES ADALAH DENGAN MENANGANI KEMARAHAN SECARA BERKESAN

Langkah-langkah

Kenalpasti perasaan marah – Langkah pertama adalah dengan mengenalpasti perasaan marah anda. “Saya marah”.

Bertenang (kira hingga 10, tarik nafas panjang, mengucap).

Berfikir dahulu sebelum bercakap dengan orang yang anda marah.

“Saya perlu bertenang”.

Nyatakan dan kenal pasti punca kemarahan anda.

“Kenapa saya marah?”

“Kenapa dia bertindak sedemikian terhadap saya?”
.....................................

zainal-dah lali dengan perangai masing-masing

Tuesday, May 19, 2009

KAEDAH PELAKSANAAN KENAIKAN PANGKAT BAGI PEGAWAI KUMPULAN SOKONGAN YANG TELAH BERKHIDMAT 15 TAHUN

KAEDAH PELAKSANAAN KENAIKAN PANGKAT BAGI PEGAWAI KUMPULAN SOKONGAN YANG TELAH BERKHIDMAT 15 TAHUN DAN LEBIH DALAM SKIM PERKHIDMATAN DAN PERKHIDMATAN SEMASA

1. Pegawai Yang Layak Dipertimbangkan Kenaikan Pangkat Secara Khas Untuk Penyandang (KUP)

1.1 Pegawai Kumpulan Sokongan yang masih berada di gred lantikan dan tempoh perkhidmatannya genap 15 tahun atau lebih dalam skim perkhidmatan dan perkhidmatan yang sama pada atau selepas 1 Julai 2009.

1.2. Pegawai Kumpulan Sokongan yang terlibat dengan opsyen pertukaran pelantikan ke skim perkhidmatan lain atau skim perkhidmatan yang sama tetapi pada gred yang sama berikutan penambahbaikan skim perkhidmatan sebelum, pada atau selepas 1 Julai 2009 dan telah berkhidmat 15 tahun atau lebih sebelum, pada atau selepas 1 Julai 2009 dan tempoh perkhidmatan pegawai dalam skim perkhidmatan sebelum opsyen pertukaran pelantikan diambil kira untuk pertimbangan kenaikan pangkat. Contoh skim perkhidmatan yang terlibat adalah Pembantu Tadbir (Perkeranian/operasi) Gred N 17 yang ditukar lantik ke Pembantu Tadbir (Kewangan) Gred W17, Penolong Pegawai Laut Gred A29 dan Penolong Jurutera Laut Gred A29 yang ditukar lantik ke Penolong Pegawai Laut Gred A29.

1.3. Pegawai yang sedang berkhidmat dalam Skim perkhidmatan Jumud; dan

1.4. Pegawai Kumpulan Sokongan yang bersara wajib atau meninggal dunia di gred lantikan dan telah berkhidmat 15 tahun atau lebih dalam skim perkhidmatan dan perkhidmatan yang sama tetapi masih berada dalam perkhidmatan sehingga 1hb Julai 2009.

2. Kaedah Penetapan Tarikh Kenaikan Pangkat

2.1 Kaedah penetapan tarikh kenaikan pangkat bagi pegawai yang dinyatakan di perenggan 1 di atas adalah seperti berikut:

a) jika tempoh perkhidmatan pegawai genap 15 tahun atau lebih pada 1 Julai 2009, tarikh kuat kuasa kenaikan pangkatnya adalah pada 1 Julai 2009, sama ada urusan kenaikan pangkat dilaksanakan sebelum, pada atau selepas 1 Julai 2009; atau

b) jika tempoh perkhidmatan pegawai genap 15 tahun selepas 1 Julai 2009, tarikh kuat kuasa kenaikan pangkatnya adalah pada tarikh genap tempoh 15 tahun berkhidmat.

3. Kaedah Perlaksanaan

3.1 Pegawai-pegawai yang dinyatakan di perenggan 1 di atas hendaklah mematuhi semua syarat kenaikan pangkat yang ditetapkan dalam skim perkhidmatan dan syarat-syarat lain seperti berikut:

a) Pegawai yang masih berkhidmat di gred lantikan dalam skim perkhidmatan dan perkhidmatan yang sama selama 15 tahun dan lebih pada 1 Julai 2009 dan selepasnya bagi tempoh perkhidmatan yang boleh diambil kira, iaitu tidak termasuk tempoh percubaan dengan denda atau cuti yang boleh menjejaskan perkhidmatan sebagaimana yang ditetapkan dalam Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil 4 tahun 2009;

b) memperolehi markah 80% dan ke atas bagi:

i) Laporan Penilai Prestasi Tahunan (LNPT) tiga (3) tahun terkini; atau
ii) LNPT tiga (3) tahun terkini termasuk urusan temuduga (jika perlu)

c) Lulus Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) yang ditetapkan;

d) telah mengisytiharkan harta berdasarkan peraturan yang sedang berkuat kuasa, bebas dari sebarang tindakan tatatertib, lulus Tapisan Keutuhan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan bebas daripada senarai peminjam pendidikan tegar daripada institusi pinjaman pendidikan; dan

e) diperakukan oleh Ketua Perkhidmatan / Ketua Jabatan.

3.2 Dari segi pelaksanaannya, pegawai yang telah dinaikkan pangkat secara KUP mengikut kaedah ini boleh ditempatkan semula untuk mengisi kekosongan hakiki jawatan kenaikan pangkat berkenaan mengikut keperluan.

3.3 Pegawai-pegawai yang dinaikkan pangkat secara KUP mengikut kaedah ini dari segi hierarkinya adalah terletak di bawah penyeliaan dan kawalan ketua unit atau penyelia yang mengisi jawatan kenaikan pangkat seperti Gred 22 dan sebagainya, walaupun dari segi gred adalah setaraf dengan gred penyelia atau ketua unit berkenaan.
4. Pegawai yang dinaikkan pangkat mengikut kaedah ini adalah secara KUP atas jawatan hakiki penyandang. Sehubungan dengan itu pihak Ketua Perkhidmatan / Ketua Jabatan hendaklah berurusan dengan Bahagian Pembangunan Organisasi, JPA bagi mewujudkan jawatan secara KUP
...........................................................
Semasa perhimpunan hari pekerja sektor awam 2009 anjuran bersama Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA) dan Kongres Kesatuan Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS)di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 14hb Mei 2009, sempat bergambar bersama Mantan CUEPACS Dato' N Siva Subramaniam. Terima kasih kepada Encik Rahman daripada Media CUEPACS.
..........................................................
zainal-saja buat koleksi

Friday, May 15, 2009

Program Peralihan Siri Ke 3

Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Latihan Teknologis Makmal (JLTM) yang telah diadakan pada 15hb Mei 2009 di Bilik Mesyuarat, Pejabat Dekan Sains berjalan agak panas terutamanya didalam perkara-perkara berbangkit. Saya merasa sedikit kecewa diatas sikap segelintir ahli mesyuarat. Saling menyalah antara satu pihak dengan pihak yang lain. Sepatutnya mesyuarat dijalankan secara muasyarah tetapi masing-masing ada pendirian dan fakta maka secara tidak langsung perkara yang boleh diselesaikan secara baik bertukar menjadi cabar mencabar.

Senarai kehadiran pula amat mengecewakan. Seperti ada sesuatu yang tidak kena. Hanya 5 sahaja wakil Akademik yang datang menghadiri. Mengikut senarai penuh daripada surat yang diedarkan sepatutnya seramai 22 orang. 13 daripadanya Ketua Jabatan, 1 orang Dekan, 3 orang Timbalan Dekan, 1 orang Timbalan Pengarah. Mungkin faktor kesibukkan menyebabkan mereka tidak dapat hadir.(bersangka baik)

Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Profesor Dr Rauzah Hashim, Timbalan Dekan Fakulti Sains selaku pengerusi JLTM.

Ketua Penolong Pendaftar, Puan Robaayah Mohd Ghazali bersama Encik Shahrizamshazlin Abd Rahim daripada Bahagian Sumber Manusia menyatakan telah menawarkan kepada 85 orang Pembantu Makmal bagi mengikuti Program Peralihan Siri Ke 3 tetapi hanya 55 orang sahaja yang bersetuju menerima tawaran untuk mengikutinya termasuk 5 orang peserta daripada Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Bandar Baru Nilai, Nilai, Negeri Sembilan yang telah berminat untuk turut serta. Tahniah diucapkan kepada Bahagian Sumber Manusia kerana secara tidak langsung, Program Peralihan Pembantu Makmal Universiti Malaya telah mendapat pengiktirafan daripada pihak Universiti lain. Kemasukan peserta dari luar Universiti Malaya merupakan satu sejarah kepada Program Peralihan ini.

1hb Jun 2009 merupakan tarikh yang telah dipilih bagi permulaan pengajian. Kepada semua peserta, saya ucapkan selamat menempuh alam pembelanjaran yang merangkumi 3 tahap iaitu Tahap 1, Tahap 2 dan Tahap 3. Bagi Tahap 1, 2 sesi akan diadakan. Begitu juga pada Tahap 2. Tahap 3 merupakan pembelanjaran subjek yang akan dijalankan oleh pihak Bahagian Sumber Manusia.
................................................
zainal-30 kekosongan PPS bagi tahun 2009

Thursday, May 14, 2009

Kumpulan Sokongan Gred Lantikan Ditimbang Naik Pangkat


”1 Malaysia ” Rakyat didahulukan, Pencapaian Diutamakan merupakan tema perhimpunan hari pekerja sektor awam 2009 anjuran bersama Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA) dan Kongres Kesatuan Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS). Majlis telah diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 14hb Mei 2009.

Dihadiri seramai 3,000 orang penjawat awam dari seluruh Malaysia.

Perhimpunan tahunan ini merupakan majlis yang pertama kali dihadiri oleh Datuk Seri Najib Tun Razak sejak dilantik menjadi Perdana Menteri Malaysia. Turut dihadiri Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan dan Presiden Cuepacs, Tuan Haji Omar Osman.

Ketika menyampaikan amanat pada majlis perhimpunan Hari Pekerja Sektor Awam di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini hari ini. Datuk Seri Najib Razak berkata beliau mahu dikenali sebagai 'Perdana Menteri Rakyat' yang mesra dengan rakyat dan dapat memahami kehendak rakyat.

"Saya sentiasa bersama-sama dengan rakyat dan akan terus bersama-sama dengan rakyat," kata Perdana Menteri sambil menegaskan tidak sepatutnya wujud anggapan bahawa beliau adalah anak golongan bangsawan. "Kita mesti lihat kepada hala tuju negara, kita mesti faham, mesti merasai denyutan nadi rakyat, nadi negara, kuasa rakyat, kita mesti merasainya,"

Kakitangan sektor awam memberi tumpuan kepada usaha untuk mempertingkatkan produktiviti yang akan meningkatkan hasil negara. Jika hasil negara bertambah, maka pendapatan pekerja turut meningkat. Sebagai Menteri Kewangan juga beliau menjelaskan bahawa beliau bukan orang yang tidak prihatin kepada golongan pekerja, dan ini dapat dibuktikan menerusi khidmat beliau ketika menerajui Kementerian Pertahanan dan Kementerian Pelajaran sebelum ini.

"Track record saya selama ini di Kementerian Pertahanan, tanyalah perajurit kita. Di Kementerian Pelajaran, tanyalah guru-guru apa yang saya telah buat, tak pernah dalam sejarah ada kenaikan pangkat berasas tempoh para guru. "Sayalah orang pertama memperkenalkan 'time-based promotion'. Bermakna kita sentiasa (memikirkan) bagaimana untuk mempertingkatkan (pendapatan) tetapi pokoknya, produktiviti dan hasil negara juga mesti ditingkatkan," katanya.

Najib berkata beliau tidak mahu Malaysia kekal dikenali sebagai negara berpendapatan rendah, dan sebab itulah, kerajaan sedang merangka model ekonomi baru yang bertujuan agar negara tidak lagi berada dalam lingkaran kumpulan berpendapatan sederahana.

Berkuatkuasa 1 Julai ini Pegawai kumpulan sokongan yang berkhidmat 15 tahun atau lebih serta masih berada dalam gred lantikan akan dipertimbangkan untuk kenaikan pangkat ke gred yang lebih tinggi dan beberapa skim perkhidmatan akan dinaik taraf juga. Katanya langkah itu adalah sebagai menghargai sumbangan 176,066 pegawai kumpulan sokongan bagi perkhidmatan persekutuan.

Kerajaan juga, katanya, bersetuju untuk menggubal dua skim perkhidmatan yang baru iaitu pegawai penyediaan makanan dan pembantu laut dan menaik taraf lapan skim perkhidmatan termasuk skim perkhidmatan operator mesin prosesan data (OMTD), pembantu tadbir rendah (PTR) dan jaga.

Langkah itu akan melibatkan 20,637 penjawat awam. Keputusan kerajaan ini akan melibatkan kos tambahan sebanyak RM170.4 juta. Beliau juga berharap agar kakitangan sektor awam memberi tumpuan kepada usaha untuk mempertingkatkan produktiviti yang akan meningkatkan hasil negara. Jika hasil negara bertambah, maka pendapatan pekerja turut meningkat.

"Kita bukan negara kos pengeluarannya rendah tetapi belum berjaya melonjakkan sebagai negara berpendapatan tinggi. Oleh itu, kita perlu menggubal model ekonomi baru berasaskan kepada bidang-bidang yang boleh dicari untuk mencapai lonjakan nilai tambah negara,". Untuk mencapai lonjakan berganda, negara mesti mengubah daripada ekonomi berasaskan industri, berteraskan ilmu kepada inovasi.

"Sebab apabila kita sudah ada hasil, pendapatan negara bertambah, tentu sekali, kerajaan tak lupa kepada pekerja," katanya.

Najib juga berkata beliau berazam untuk memupuk hubungan baik dan akrab dengan anggota pentadbiran sektor awam sebagaimana ayahanda beliau allahyarham Tun Razak Hussein yang begitu akrab hubungannya dengan kakitangan kerajaan.

"Saya pernah menyatakan selepas mengambil alih jawatan Perdana Menteri, bahawa hubungan antara kerajaan dan penjawat awam mesti berasaskan kepada satu hubungan yang bertaut pada prinsip yang lebih mendalam daripada hanya menyatakan ini satu perkongsian atau permuafakatan.

"Saya gunakan prinsip al-wa'ad bererti kesetiaan, saya guna al-bai'ah, bererti komitmen antara satu sama lain.

"Jika penjawat awam menunjukkan kesetiaan tidak berbelah bahagi, komitmen yang padu, Insya-Allah, negara lebih maju pada masa akan datang,"
....................................................
Zainal-kali pertama menghadiri majlils PM baru.

Dialog Bersama Ketua Setiausaha Negara

Peristiwa 13 Mei pada tahun 1969 ialah rusuhan kaum yang berlaku dan kemuncak masalah perpaduan di Malaysia. Tragedi ini yang mengakibatkan kehilangan nyawa serta harta benda dan mempunyai kaitan yang rapat dengan "Pilihan Raya Umum 1969" merupakan satu titik hitam dalam sejarah negara Malaysia.

Isu-isu perkauman yang menyentuh emosi dan sentimen menjadi tema utama sepanjang kempen pilihanraya yang telah menaikkan semangat kaum-kaum di Malaysia. Semasa kempen Pilihan Raya 1969, calon-calon pilihan raya serta ahli-ahli politik terutamanya daripada parti pembangkang, telah membangkitkan soal-soal sensitif berkaitan dengan Bahasa Kebangsaan (Bahasa Melayu), kedudukan istimewa orang Melayu sebagai (Bumiputera) dan hak kerakyatan orang bukan Melayu. Hal ini telah menimbulkan perasaan perkauman dan syak wasangka.

Tapi hari ini, 13hb Mei 2009, pelbagai kaum daripada penjawat awam telah berkumpul di Auditorium Perdana, Wisma Radio, Angkasapuri bagi mendengar serta berdialog bersama Ketua Setiausaha Negara. Tiada menyentuh isu-isu perkauman, isu politik apatah lagi membangkitkan soalan-soalan sensitif berkaitan hak-hak istimewa kaum di Malaysia.

KPI dan INTEGRITI merupakan isu dalam wawancara khas bersama Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan di Dialog@ 1,TV. Pengantara bagi majlis tersebut adalah Tuan Sayed Munawar b. Syed Mustar. Dihadiri hampir 1,100 orang kakitangan sektor awam serta wakil-wakil daripada Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO).

Perkhidmatan Awam Malaysia dan juga Negara dalam usaha tuk memperlengkapkan diri serta melibatkan penilaian secara kritikal ke atas Perkhidmatan Awam dari segi kekuatan dan kelemahan serta keupayaannya untuk memastikan tercapainya perkara-perkara yang telah ditetap dan dijanjikan oleh Kerajaan untuk dicapai dalam usahanya yang berterusan bagi merealisasikan objektif Wawasan 2020 dan seterusnya.

Ini memerlukan fokus yang jelas diberikan kepada usaha-usaha yang boleh dilakukan oleh Perkhidmatan Awam yang berperanan penting dalam usaha untuk mencapai sasaran-sasaran yang telah ditetapkan di dalam RMKe-9. Kejayaan pelaksanaan RMKe-9 ini bergantung kepada jentera Kerajaan yang dipacu oleh penjawat-penjawat awam yang mana keupayaan mereka untuk melakukan perubahan minda adalah diperlukan dalam meningkatkan tahap penyampaiannya setaraf dengan piawaian dunia.


Untuk mengekalkan budaya berprestasi, akauntabiliti, dan ketelusan, tahap penyampaian Perkhidmatan Awam akan diukur dan dikaitkan kepada indeks-indeks prestasi yang diterbitkan dan diaudit secara berkala. Ini termasuk mengkaji semula dan memperkasakan keupayaan perancangan strategik agensi-agensi dalam penyampaian perkhidmatan dan output kepada orang awam dan sektor swasta.

Melaksanakan Piawaian Penyampaian Perkhidmatan di semua Kementerian dan Pihak Berkuasa Tempatan melalui pengukuran Petunjuk Utama Prestasi (KPI). Memantau dan Menguatkuasa Piawaian Penyampaian Perkhidmatan. Ini termasuk maklumbalas yang dipantau secara terus oleh Pejabat Ketua Setiausaha Negara.

Perkhidmatan awam Malaysia sentiasa menggalakkan penjawat-penjawatnya memiliki sifat sentiasa ingin mendengar apa jua permasalahan dan juga cadangan daripada orang ramai. Sikap ”saya tahu apa yang terbaik untuk anda” haruslah dikikis dan digantikan dengan pendekatan di mana Perkhidmatan Awam perlu lebih peka terhadap kehendak masyarakat.

‘Bukan setakat melihat tetapi melaksanakan’. Sudah pasti ada pihak yang meragui pendekatan yang diambil ini. Walaubagaimanapun, salah satu ciri kecemerlangan ialah melaksanakan sesuatu dengan penuh yakin bahawa kita akan berjaya sekiranya kita benar-benar percaya bahawa kita memiliki keupayaan untuk melaksanakannya.

Pada masa ini, Perkhidmatan Awam Malaysia terdiri daripada 1.2 juta orang, iaitu nisbah 26 warganegara untuk setiap Penjawat Awam. Adalah menjadi tanggungjawab setiap warganegara Malaysia untuk memastikan yang aset negara ini dapat digerakkan secara berkesan bagi mengekalkan kemajuan, keamanan dan kemakmuran negara.

Negara mengharapkan dan menuntut penyediaan perkhidmatan awam yang cemerlang untuk kebaikan semua, dan kita sewajarnya menyahut cabaran ini bersama-sama. Keujudan kita adalah untuk memberi perkhidmatan kepada orang ramai. Sehubungan itu, kita sewajarnya memastikan tahap Perkhidmatan kita memenuhi harapan dan ekspeksasi pelanggan. Bagi kita dalam Perkhidmatan Awam, matlamat utama adalah untuk menunaikan janji kita kepada Rakyat dan Negara.
.............................................
zainal-bersebelah Tuan Sayed Munawar semasa solat Maghrib.

Thursday, May 7, 2009

3 Penalti yang dinafikan oleh pengadil benggong

Bersengkang mata sampai ke pagi. Kecewa dengan keputusan pengadil. Anda saksikanlah sendiri ulangannya nanti. Minit ke 3 masa kecederaan telah meragut segala-galanya.
..................................
zainal-ada pihak yang suka..iyolah.

Friday, May 1, 2009

MULAI 2009, CUEPACS AKAN LEBIH INOVATIF, BERINTEGRITI & DIHORMATI

Dewan Taming Sari, Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah mencatat satu sejarah apabila hampir 2,000 ahli gabungan CUEPACS berhimpun sempena sambutan Hari Pekerja 1hb Mei 2009 anjuran CUEPACS Bahagian Melaka. Perhimpunan ini merupakan sambutan yang ke 2. Tahun 2008, sambutan Hari Pekerja telah diadakan di Johor Bahru.

Dirasmikan oleh YB Datuk Dr. S. Subramaniam, Menteri Sumber Manusia. Hadir sama, Datuk Bandar Melaka, Encik Yusof Jantan, Encik R.Perumal, EXCO kerajaan Negeri yang mewakili Ketua Menteri Melaka, Presiden CUEPACS, Tuan Haji Omar Osman, semua Pegawai Tertinggi CUEPACS serta Tuan Haji Asran Mamat selaku Pengerusi CUEPACS Bahagian Melaka.

"Mulai 2009, CUEPACS akan lebih Inovatif, Berintegriti, Berdisplin dan lebih dihormati didalam memperjuangkan hak-hak dan kebajikan pekerja sektor awam". Tuan Haji Omar dalam ucapannya dihadapan hampir 2,000 pekerja yang turut sama pada sambutan tersebut. Sektor perkhidmatan awam merupakan tulang belakang bagi pentadbiran negara. Bergerak bersama-sama 1.2 juta penjawat awam menuju matlamat bagi perbangunan negara. Saling berkerjasama dan bertanggungjawab demi kepentingan negara. Walaupun didalam keadaan ekonomi Malaysia yang terdedah kepada kesan kemelesetan ekonomi global.

Angka tidak rasmi, hampir 27 ribu orang pekerja telah diberhentikan, 70 ribu orang kekurangan kerja dan gaji. Sebagai langkah bagi menangangi masalah tersebut, Kerajaan sentiasa memberi peluang-peluang baru seperti memperbanyakkan latihan kemahiran. Ketua-ketua Jabatan disektor awam digesa agar mencari internatif serta idea-idea untuk mengadakan program-program tertentu, mengadakan dialog-dialog bertujuan mencari perdekatan baru bagi mencapai objektif penambahbaikan perkhidmatan disektor awam dan mengenal pasti tahap kemahiran penjawat awam agar dapat diamalkan pada perkhidmatan yang lebih efeksen dari masa ke semasa.

Sementara itu, Kementerian Sumber Manusia menjangkakan Peraturan Kerja Separa Masa untuk pekerja sektor awam dan swasta bekerja selepas waktu kerja dapat dilaksanakan pada bulan depan.
Menteri Sumber Manusia Datuk Dr S. Subramaniam berkata kementeriannya kini di peringkat akhir menggubal peraturan itu di bawah Akta Kerja 1955. “Sebelum ini, kerajaan telah membenarkan pekerja sektor awam untuk bekerja separa masa tetapi tidak ada peraturan khusus mengenainya hingga menimbulkan beberapa isu.

Pada sambutan Hari Pekerja kali ini, 3 anugerah telah diperkenalkan oleh CUEPACS. Jawatankuasa pemilihan telah dipengerusi oleh Encik Husin Mohd Yasin, Timbalan Presiden 2, CUEPACS.

”Anugerah Tokoh Gemilang CUEPACS” telah diberikan kepada Tuan Haji Omar Osman, Presiden CUEPACS diatas banyak jasa-jasa yang telah beliau berikan. Dari tahun 2007 hingga 2008 sebanyak 8 perkara berkenaan tuntutan bagi kebajikan dan kepentingan pejawat telah berjaya diselesaikan semasa era pemerintahan Tun Abdullah Ahmad Badawi sebagai Perdana Menteri.

”Anugerah Tokoh Gemilang Wanita” pula diberikan kepada Saudari Lok Yim Pheng, Timbalan Setiausaha Agung 1.

”Anugerah Kesatuan Cemerlang” berdasarkan kepada sejarah penubuhan, aktiviti-aktiviti kesatuan dari dahulu sehingga terkini serta sumbangan-sumbangan kepada pekerja-pekerja telah diberikan kepada Kesatuan Bomba Malaysia.

Tahniah kepada semua diatasa penganugerahan yang tidak seberapa tetapi sungguh bererti kepada semua penjawat sektor awam diatas sumbangan dan jasa-jasa yang telah diberikan.
Tahun 2010, sambutan Hari Pekerja akan diadakan di Negeri Terengganu pula.
............................................
zainal-pekena asam pedas di Taman Laksamana

Majlis Makan Malam CUEPACS, Melaka

Majlis Makan Malam Sempena Hari Pekerja Peringkat Kebangsaan anjuran CUEPACS Bahagian Negeri Melaka telah diadakan pada 30hb April 2009 bertempat di Hotel Renaissanse, Melaka. Dihadiri hampir 780 orang ahli-ahli gabungan CUEPACS seluruh negara.

Presiden CUEPACS, Tuan Haji Omar Osman, Tuan Haji Asran Mamat selaku Pengerusi CUEPACS Bahagian Melaka serta semua pegawai tertinggi CUEPACS bersama-sama meraikannya. Majlis makan malam ini merupakan majlis bagi sambutan Hari Pekerja pada 1hb Mei 2009 yang akan diadakan Dewan Taming Sari, Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah, Ayer Keroh.

YAB Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Mohd Rustam merupakan tetamu kehormat dimajlis tersebut. Turut hadir, Datuk Bandaraya Melaka bersejarah EncikYusof Jantan, Setiausaha Sulit Kerajaan Melaka, Dato Wira Omar Kaseh.

Dalam ucapan YB Ketua Menteri, beliau berkata:

”Penjawat Awam perlulah bersemangat dan berkerja kuat”. Tingkatkan kualiti didalam perkhidmatan agar menjadi lebih dinamik dan inovatif. Penjawat awam merupakan pengerak bagi negara”.

Penjawat awam hendaklah sentiasa meningkatkan kecekapan dalam sistem penyampaian khidmat awam, mengatasi karenah birokrasi dan penyelewengan. Dari pengalaman beliau, karenah birokrasi diawal tahun 70an begitu ketara. Dasar kerajaan adalah arah tujuan sesebuah kerajaan terhadap rakyatnya. Ini dilakukan dengan pelbagai tindakan yang melibatkan perancangan berterusan. Dengan yang demikian penglibatan kedua-dua pihak samada penjawat awam maupun pihak yang memerintah saling bergantung satu sama lain.

Perkongsian pengalaman diantara kerajaan dan penjawat awam amat diperlukan. Sebagai bekas penjawat awam, beliau menasihatkan agar sentiasalah berusaha untuk memperbaiki diri. Teruskan usaha untuk melanjutkan pelajaran kerana bagi beliau, penjawat awam yang berpendidikan tinggi akan mendapat insentif suatu hari kelak.

Terdapat 30,000 penjawat awam di Negeri Melaka.