Friday, May 15, 2009

Program Peralihan Siri Ke 3

Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Latihan Teknologis Makmal (JLTM) yang telah diadakan pada 15hb Mei 2009 di Bilik Mesyuarat, Pejabat Dekan Sains berjalan agak panas terutamanya didalam perkara-perkara berbangkit. Saya merasa sedikit kecewa diatas sikap segelintir ahli mesyuarat. Saling menyalah antara satu pihak dengan pihak yang lain. Sepatutnya mesyuarat dijalankan secara muasyarah tetapi masing-masing ada pendirian dan fakta maka secara tidak langsung perkara yang boleh diselesaikan secara baik bertukar menjadi cabar mencabar.

Senarai kehadiran pula amat mengecewakan. Seperti ada sesuatu yang tidak kena. Hanya 5 sahaja wakil Akademik yang datang menghadiri. Mengikut senarai penuh daripada surat yang diedarkan sepatutnya seramai 22 orang. 13 daripadanya Ketua Jabatan, 1 orang Dekan, 3 orang Timbalan Dekan, 1 orang Timbalan Pengarah. Mungkin faktor kesibukkan menyebabkan mereka tidak dapat hadir.(bersangka baik)

Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Profesor Dr Rauzah Hashim, Timbalan Dekan Fakulti Sains selaku pengerusi JLTM.

Ketua Penolong Pendaftar, Puan Robaayah Mohd Ghazali bersama Encik Shahrizamshazlin Abd Rahim daripada Bahagian Sumber Manusia menyatakan telah menawarkan kepada 85 orang Pembantu Makmal bagi mengikuti Program Peralihan Siri Ke 3 tetapi hanya 55 orang sahaja yang bersetuju menerima tawaran untuk mengikutinya termasuk 5 orang peserta daripada Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Bandar Baru Nilai, Nilai, Negeri Sembilan yang telah berminat untuk turut serta. Tahniah diucapkan kepada Bahagian Sumber Manusia kerana secara tidak langsung, Program Peralihan Pembantu Makmal Universiti Malaya telah mendapat pengiktirafan daripada pihak Universiti lain. Kemasukan peserta dari luar Universiti Malaya merupakan satu sejarah kepada Program Peralihan ini.

1hb Jun 2009 merupakan tarikh yang telah dipilih bagi permulaan pengajian. Kepada semua peserta, saya ucapkan selamat menempuh alam pembelanjaran yang merangkumi 3 tahap iaitu Tahap 1, Tahap 2 dan Tahap 3. Bagi Tahap 1, 2 sesi akan diadakan. Begitu juga pada Tahap 2. Tahap 3 merupakan pembelanjaran subjek yang akan dijalankan oleh pihak Bahagian Sumber Manusia.
................................................
zainal-30 kekosongan PPS bagi tahun 2009

No comments: