Thursday, November 12, 2009

Harapan Masih Ada...

Imbangan pendapatan negara dengan pembelanjaan merupakan penyebab utama 2 bulan bonus untuk anggota perkhidmatan awam tidak dapat ditunaikan bagi tahun ini sepertimana diumumkan oleh Perdana Menteri, Y Bhg Dato’ Seri Mohd Najib diperjumpaan semua Ahli Jawatankuasa Tinggi serta semua Ahli Majlis Kongres, CUEPACS di Bangunan Parlimen Malaysia pada 12hb November 2009. Turut hadir Ketua Setiausaha Negara, Y Bhg Tan Sri Mohd Sidek Bin Hj. Hassan serta Y Bhg Tan Sri Ismail Bin Adam, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam.

Pertemuan serta perbincangan hampir 1 jam bersama Perdana Menteri di Bangunan Parlimen merupakan sejarah bagi CUEPACS. Sebelum ini tiada pertemuan seumpama ini dilakukan.

Didalam perbincangan tersebut, Perdana Menteri selaku Menteri Kewangan berjanji sekiranya ekonomi Malaysia berkembang dengan baik dalam masa terdekat, permintaan untuk 2 bulan bonus akan dipertimbangkan. Ini memandangkan peruntukan untuk bonus bagi 1.2 juta anggota sektor awam akan membelanjakan hampir RM 3 billion kewangan Negara.

Dalam pembentangkan Bajet pada Oktober lepas, saguhati yang diberikan kepada semua anggota sektor awam tidak termasuk pesara mencecah hampir RM 400 juta.

Walau bagaimanapun, Kerajaan tetap mempertimbangkan permintaan CUEPACS yang diutarakan oleh Presidennya Tuan Haji Omar Osman agar mempertimbangkan penambahan RM 500 lagi bagi tambahan saguhati bagi semua gred 1 sehingga 54 setelah permintaan 2 bulan bonus tidak dapat ditunaikan.

gambar-gambar sila klik: http://www.flickr.com/photos/kkaum/
Zainal-sempat ambil gambar Menteri-Menteri kabinet.

Monday, November 9, 2009

Berbaloi-baloi..

Berbaloi-baloi...kata-kata daripada iklan sebuah syarikat telepon. Begitulah juga berbaloi-baloi menunggu hingga ke minit ke 95 setelah masa kecederaan ditambah 5 minit. Chelsea menang 1-0 keatas Manchester United...Kepada penyokong MU..jangan marah ye...
zainal-tidur lena..

Saturday, November 7, 2009

Kesal diatas isu 'Moral'

Majlis Kongres yang bermesyuarat hari ini, 7hb November 2009 telah mengambil pendekatan 3 perkara kepada Kerajaan agar:

1. Kesal dan dukacita diatas kenyataan Perdana Menteri berkaitan perkataan “MORAL” yang ditujukan kepada CUEPACS berkenaan permintaan 2 bulan gaji anggota sektor awam.

2. Majlis Kongres CUEPACS mengesa agar satu perjumpaan bersama Perdana Menteri diadakan dengan kadar yang segera bagi membincangkan isu tersebut.


3. Semua Kesatuan yang bergabung dengan CUEPACS akan menghantar surat menyatakan sokongan sepenuhnya kepada Presiden CUEPACS kepada Pejabat Perdana Menteri mengenai isu “Mencari Popularliti kepada ahli”.


Zainal-penuh semangat mendengar hujah-hujah ahli kongres

Wednesday, November 4, 2009

Pedasnya lada ini...

Perdana Menteri berkata adalah salah di segi moral untuk meminta mendapatkan bonus kerana negara ini masih bergelut untuk keluar dari kemelesetan ekonomi dan ramai pekerja di sektor swasta dibuang kerja.

"Adalah salah di segi moral untuk meminta mendapatkan bonus apabila ekonomi belum pulih. Saya sentiasa memberitahu Ceupacs (Presiden Omar Osman) bahawa ia tidak boleh bertindak seperti kesatuan sekerja, setiap kali meraung meminta bonus (setiap kali pembentangan bajet) kerana anda mahu menjadi (kekal) popular di kalangan ahli anda," katanya.

Cuepacs, badan induk bagi kesatuan pekerja sektor awam, kini mendesak kerajaan untuk mendapatkan bonus dua bulan bagi 1.2 juta kakitangan awam di negara ini.

"Di dalam sektor swasta, pekerjanya dibuang kerja dan ia tidak berlaku di dalam perkhidmatan kerajaan.

"Bagaimana pun, itu tidak bermakna pekerja cemerlang tidak boleh diberi ganjaran tetapi malangnya sistem sedemikian tidak diwujudkan.

"Jika kita ada sistem yang memotivasikan mereka, tenaga kerja awam juga boleh meningkat untuk menjadi pekerja berprestasi tinggi. Kita sepatutnya memberi ganjaran kepada mereka.

"Kita tidak sepatutnya membiarkan mereka menjadi yang kedua terbaik, tingkatkan prestasi mereka.

"Benar, sesuatu bantuan yang kecil perlu dihulurkan," katanya, sambil menyatakan bahawa "ia seperti permainan golf, sedikit handicap, tetapi mereka perlu mengurangkan lebih masa, dari 24 kepada 18, 12 dan kemudiannya satu angka dan bersaing secara setara dengan pekerja lain.

"Ia juga sama dengan Bumiputera; dari masa ke semasa mereka perlu mengurangkan handicap masing-masing.

"Anda tidak boleh berada pada 24 sepanjang masa. Saya mengimpikan satu hari nanti apabila Bumiputera berupaya bersaing dengan sesiapa pun yang tiada handicap. Hari itu akan tiba. Jadi, kita kurangkannya perlahan-lahan.

Bukan Bumiputera merasakan sistem semasa tidak adil tetapi saya jadikannya lebih adil. Setiap rakyat Malaysia akan dilayan dengan adil di negara ini," kata Najib, yang juga Menteri Kewangan, semasa berucap di Forum Majlis makan Tengah Hari Perniagaan Bankers' Club.

Dua pakej rangsangan RM67 bilion kerajaan telah membantu menampan kesan kemelesetan ekonomi global.

Sehubungan itu, ekonomi negara ini dijangka mengecut hanya 3.0 peratus pada tahun ini, iaitu lebih rendah daripada unjuran lebih awal iaitu penguncupan sebanyak 4.0 hingga 5.0 peratus.

Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara ini dijangka mengembang kira-kira 3.0 peratus pada tahun depan.

Kerajaan telah mengambil langkah berani untuk mengurangkan defisit Kerajaan Persekutuan pada tahun depan kepada 5.6 peratus berbanding 7.4 peratus tahun ini.

--BERNAMA

Tuesday, October 27, 2009

Berakhir Persidangan

Majlis perasmian penutupan Persidangan Kebangsaan Pengurusan Kepimpinan telah disempurnakan oleh Y.B. DATO' SAIFUDDIN ABDULLAH, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi pada 27hb Oktober 2009.

Pada sesi bengkel berkaitan kertas kerja daripada semua pembentang yang telah diadakan sebelum ini, satu jawatankuasa sementera yang terdiri daripada Pihak Akademik Universiti, Pendaftar-Pendaftar Universiti serta Pihak GAKUM telah diwujudkan bagi merumus secara terperinci beberapa perkara yang difikirkan perlu untuk dibawa kepada Kementerian Pengajian Tinggi bagi pertimbangan seterusnya.


1. PEMANTAPAN SISTEM PENGURUSAN SUMBER MANUSIA DI INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI

Pengambilan kakitangan Universiti diselaraskan disemaua IPTA iaitu berkaitan:

a. Gred Jawatan
b. Kelayakan
c. Gaji permulaan
d. Pengalaman

Penyeragaman skim jawatan disetiap Universiti.

Menyeragamkan kemudanan dan kadar-kadar elaun.

’Best Practices’ di IPTA diadaptasikan

Memastikan bagi Universiti yang tidak mempunya Kesatuan dan Persatuan diwujudkan dengan kadar segera.

2. PEMANTAPAN URUS TADBIR YANG BAIK DARIPADA PERINGKAT ATASAN HINGGA BAWAHAN

Penglibatan Kesatuan/Persatuan
-Penglibatan bersama dan bersifat perundingan kumpulan akademik, pentadbir dan sokongan

-Aktifkan MBJ (pekeliling) vs JK Kebajikan Pekerja (AUKU)

-Fokus pembentukan kerja – latihan
Penglibatan kesatuan/persatuan dalam membuat keputusan

Tadbir Urus Yang Mantap

Hayati visi & misi IPTA masing-masing


Seragamkan struktur gorvernance semua IPTA
(struktur, budaya,dasar serta tatacara berurusan dengan pelangan)
-Selaraskan Universiti ikut SETARA
-Kekalkan identity berdasarkan kuasa autonomi yang diberikan

3. KOMUNIKASI DALAM ORGANISASI

Komunikasi Dalaman Diri (Intrapersonal),
Komunikasi Antara Perseorangan (Interpersonal),
Komunikasi Kumpulan Kecil,
Komunikasi Silang Budaya,
Komunikasi Keorganisasian,
Komunikasi Publik,
Komunikasi Massa

Membudaya kerja cemerlang
Meningkatkan program latihan kepada kakitangan melalui pembinaan modul khusus dalam membina sifat murni yang sesuai.

3. SISTEM PENYAMPAIAN YANG CEKAP DAN BERKUALITI

Membina sekitaran kerja yang kondusif serta dilengkapi dengan kemudahan dan teknologi yang dapat meningkatkan sistem penyampaian yang berkualiti

Nilai kepimpinan
Menjadi Jambatan antara kakitangan dengan pihak pengurusan IPTA.
Berilmu dan sikap terbuka.
Ada jaringan sosial yang meluas.
Ada integriti, berwawasan dan kredibiliti.

4. KEKUATAN SATU SUARA

Kumpulan akademik, pentadbir dan sokongan kerap bertemu

Gabungkan Kumpulan akademik, pentadbir dan sokongan menjadi satu medan bersuara dan menjadi satu

Seragamkan nama Kesatuan/persatuan dalam semua IPTA

penubuhan institut latihan kepimpinan kesatuan IPTA untuk melahirkan pemimpin

5. KEBAJIKAN

Naik taraf kemudahan perubatan dgn standardkan semua IPTA

Insentif
Staf 3 tahun cemerlang pergi umrah

6. KENAIKAN PANGKAT IKUT TIMEBASE TANPA KUOTA UNTUK SEMUA JAWATAN.

7. KEMUDAHAN RAWATAN PERUBATAN LEBIH BAIK DI HOSPITAL SWASTA UNTUK KAKITANGAN IPTA.

WUJUDKAN SKIM PERKHIDMATAN SENDIRI

(Rumusan yang dipaparkan bukanlah yang telah dipersetujui sepenuhnya. Harap Maklum- Zainal Aris)

Zainal-suka dan duka telan jua.

Monday, October 26, 2009

Perasmian Persidangan oleh Menteri Pengajian Tinggi

Hari ini sahaja saya telah menghadiri 2 komitmen yang dianggap penting. Pagi saya telah menghadiri mesyuarat tergempar khas CUEPACS dimana semua ahli majlis kongres bersetuju sebulat suara tetap meneruskan tuntutan bonus 2 bulan gaji daripada kerajaan dan mengesa diadakan pertemuan dengan Perdana Menteri dengan sekadar yang segera bagi membincangkan semula keputusan didalam Bajet 2010 tiada pemberian bonus kepada penjawat awam.

Malam pula saya ke Hotel Grand Seasons untuk majlis makan malam serta perasmian Persidangan Kebangsaan Pengurusan Kepimpinan.

Persidangan Kebangsaan Pengurusan Kepimpinan telah dirasmikan oleh YB Dato’ Seri Mohamed Khaled Bin Nordin, Menteri Pengajian Tinggi Malaysia. Majlis perasmian telah diadakan pada 25hb Oktober 2009 bertempat di Hotel Grand Seasons, Kuala Lumpur.

Pada majlis tersebut juga telah berlangsung perlancaran logo rasmi GAKUM (Gabungan Majlis Presiden dan Setiausaha Kehormat Kesatuan Kakitangan Universiti Malaysia/IPTA).

Didalam ucapan perasmian YB Dato’ Seri mengucapkan tahniah diatas persidangan yang julung-julung kali diadakan oleh GAKUM dengan kerjasama AKEPT serta Kementerian Pengajian Tinggi atas inisiatif untuk menjayakan Persidangan Kebangsaan ini. Kesedian semua pihak dalam memastikan kejayaan pengajuran persidangan ini dengan melibatkan pihak Akademik, Pentadbir, Kumpulan Sokongan dari Universiti, Politeknik dan Kolej Komuniti dalam satu majlis yang amat bermakna bagi Kementerian. Ini merupakan satu perhimpunan yang bersejarah kerana semua warga Kementerian Pengajian Tinggi dapat berkampung untuk merealisasikan hasrat Kementerian bagi mewujudkan Satu Malaysia seperti yang dilaungkan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia.

Beliau berharap agar Persidangan Kebangsaan Pengurusan Kepimpinan ini dapat dilihat sebagai satu usaha kumpulan sokongan yang amat bermakna sekali dalam menyatukan semua pihak warga Kementerian Pengajian Tinggi bagi menterjemah hasrat Kementerian untu meningkatkan kualiti pengajian tinggi. Dalam kepimpinan perlu ada hubungan dua hala antara satu sama lain baik pihak atasan dengan bawahan atau bawahan dengan pihak atasan.

Dengan adanya hubungan baik ini maka sesebuah institut itu akan bergerak seiring dan mencapai kejayaan serta memantapkan tadbir urus dan sistem penyampaian agar melahirkan kakitangan yang berintegriti.

Beliau juga berharap agar para akademik, pentadbir dan staf sokongan dapat menyumbang idea, bertukar pendapat dan kepakaran masing-masing dalam mengangkat martabat Kementerian Pengajian Tinggi bagi menjulan kualiti pengajian Tinggi.

Zainal-grand seasons memang best…

Sunday, October 25, 2009

Bonus 2 bulan diteruskan

Mesyuarat Tergempar Khas CUEPACS yang saya hadiri pada 25hb Oktober 2009 di Dewan Mesyuarat, Tingkat 3, Wisma CUEPACS, Jalan Gajah, Off Jalan Yew, Pudu, Kuala Lumpur sebulat suara meneruskan tuntutan daripada Kerajaan agar bonus 2 bulan gaji diberikan kepada semua Penjawat Sektor Awam serta menuntut agar satu perjumpaan segera bersama Perdana Menteri Malaysia diadakan bagi membincangkan isu ini.

Friday, October 23, 2009

Yang Mustahil Menjadi Kenyataan

Tekun menunggu hingga saat akhir perbentangan 'Bajet 2010. Ayat terakhir ucapannya berbunyi 'Yang mustahil menjadi kenyataan'...Kepada semua Penjawat Awam terimalah seadanya..'TIADA BONUS'.
Hanya satu saja yang Penjawat Awam perolehi daripada Bajet 2010..."Penjawat awam dibenar membuat pinjaman untuk membeli komputer setiap tiga tahun sehingga maksimum RM5,000 berbanding sekali setiap lima tahun"

Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Omar Osman mengingatkan penjawat awam agar terus meningkatkan prestasi dan produktiviti mereka walaupun tiada pembayaran bonus diumumkan pada pembentangan bajet 2010 Jumaat.

Beliau berkata penjawat awam tidak sepatutnya mengharapkan bonus sebagai penentu prestasi sehingga menjejaskan kerja mereka, tetapi sepatutnya melihat dari sudut positif tentang kemudahan dan kebajikan yang diperuntukkan kerajaan."Memanglah sebagai wakil pekerja ada rasa tidak puas hati dengan pembentangan (bajet) kali ini tapi soal bonus bukan menjadi satu landasan atau ukuran kepada prestasi kerja kami."Bukan semata-mata bonus yang dikejar, tapi yang lebih penting adalah perjuangan kebajikan penjawat awam itu sendiri," katanya ketika dihubungi Bernama.

Berkenaan bayaran khas RM500 yang diberikan kepada semua penjawat awam Gred 41 hingga Gred 54 serta pesara wajib Osman berkata, bayaran itu diharapkan dapat ditambahkan lagi nilainya.Bayaran khas itu diumumkan semasa pembentangan bajet 2010 oleh Datuk Seri Najib Tun Razak dan pembayarannya akan dibuat Disember ini dan langkah itu memerlukan peruntukan tambahan RM400 juta.Omar berkata satu mesyuarat tergempar akan diadakan Ahad ini untuk membincangkan isu berhubung keputusan pembentangan bajet ini.

Katanya dalam mesyuarat yang akan datang ini, para perwakilan Cuepacs akan membincangkan secara professional tentang keputusan bajet ini dengan memberi fokus tentang kesannya untuk jangka masa panjang."Kami akan bawa ia (hasil perbincangan) itu kepada Perdana Menteri selaku Menteri Kewangan untuk mempertimbangkan semula harapan pemberian bonus dua bulan untuk penjawat awam," katanya.Omar menyifatkan bajet kali ini lebih memberi fokus kepada rakyat sejajar dengan konsep rakyat didahulukan.—BERNAMA

zainal-mmmmm

Monday, October 19, 2009

Mesyuarat Terakhir Pelaksana Persidangan Kebangsaan

Mesyuarat Jawatankuasa Pelaksana Persidangan Kebangsaan Pengurusan Kepimpinan yang terakhir telah diadakan di Bilik Senat, Bangunan Pentadbiran, Universiti Putra Malaysia pada 19hb Oktober 2009 telah dipengerusikan oleh Tuan Haji Omar Osman, Pengerusi GAKUM selaku Presiden CUEPACS. Turut hadir, Encik Husin Bin Mohd Yassin, Timbalan Pengerusi GAKUM selaku Timbalan Presiden CUEPACS.

Laporan terkini telah dibentangkan oleh YM Ku Azmi Bin Ku Ibrahim, pengerusi Jawatankuasa Pelaksana Persidangan. Laporan berkaitan jumlah penyertaan yang telah diterima daripada semua IPTA.
zainal-pagi jamuan Hari Raya jabatan diakhir Syawal.

Wednesday, October 14, 2009

Merangka Strategi 100 Terbaik Di Dunia.

Sesi Perjumpaan Staf Bukan Akademik Kumpulan Pengurusan & Profesional Dan Kumpulan Sokongan dengan Naib Canselor bagi Fakulti Bahasa & Linguistik, Fakulti Sains, Fakulti Sastera & Sains Sosial, Fakulti Pendidikan, Kolej Kediaman Ketiga, Kolej Kediaman Keempat serta Institut Pengajian Kepengetuaan yang telah diadakan di Dewan Kuliah F, Fakulti Sastera & Sains Sosial pada 14hb Oktober 2009 dihadiri lebih kurang 350 orang kakitangan.

Tujuan perjumpaan diadakan adalah bagi mendengar taklimat yang disampaikan sendiri oleh Y Bhg Prof Datuk Dr Ghauth Jasmon , Naib Canselor, Universiti Malaya iaitu berkaitan soal budaya kerja, soal penerimaan kakitangan terhadap adaptasi di dalam pengurusan serta sumbangan kakitangan sokongan kepada Universiti Malaya.

Dalam merangka ke arah merealisasikan Universiti Malaya menjadi terbaik dalam kelompok 100 Universiti Terbaik Dunia, perlaksanan serta perubahan ini perlu dilakukan. Diantara langkah-langkah yang ditekankan adalah seperti:

5 Nilai-Nilai Penting Untuk Kemajuan Kakitangan

- Beretika/Takut Kepada Tuhan ( Ethical/God Fearing)
- Ikutan ( Role Model)
- Ciptaan yang bernilai (Value Creator)
- Muhasabah diri ( Self-Renewal / Reflective)
- Berkobar-kobar ( Meaningful Lifestyle)

9 Faktor Kunci Kejayaan Universiti Malaya
- Penyelidikan Terkini ( Cutting Edge Research & Research Productivity)
- Mendapat Pengiktirafan ( Impact, Citationsand Recognition)
- Hubungan Antarabangsa ( International Networking & Partnerships)
- Graduan berkualiti ( Market – driven & Quality gradutes)
- Berkhidmat kepada Masyarakat dan Dunia ( Service to Community & the world)
- Sokongan ( Industry and External Support)
- Ciri Keusahawanan ( Intrepreneurship & Commercialization of IPs)
- Perkhidmatan sokongan yang berkesan ( Effective Administration & Support
services)
- Pelajar yang cemerlang ( Recruitment of ‘Bright Sparks’)

gambar sila ke : http://www.flickr.com/photos/kkaum/

zainal-membudayakan maklumat.

Terbuka...

Istilah rumah 'terbuka' sepatutnya sesiapa pun boleh hadir apatah lagi ianya didalam bulan Syawal iaitu Hari Raya tetapi amalan itu telah menjadi trend zaman sekarang. 'Terbuka' tetapi hanya khas kepada jemputan yang terpilih. Macamana tu ye?.

Thursday, October 8, 2009

1 Malaysia Jabatan Fizik

Akan terpampang di Dataran Sains pada 16hb Oktober 2009..

Wednesday, October 7, 2009

Di Kementerian Pengajian Tinggi...

Mesyuarat Pelaksana Persidangan Kebangsaan Pengurusan Kepimpinan telah diadakan di Bilik Mesyuarat Ketua Setiausaha, Aras 6, Blok E3, Parcel E, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh YM Ku Azmi Ku Ibrahim. Turut hadir Tuan Haji Omar Osman, Pengerusi Gakum selaku Presiden CUEPACS dan semua Pengerusi Jawatankuasa Kecil Pelaksana.

Perbincangan bagi mendapatkan penjelasan daripada semua pengerusi jawatankuasa kecil pelaksana. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar seperti mana yang telah dirancangkan. Mudah-mudahan persidangan ini menjadi titik permulaan kepada saya khasnya bagi menimba pengetahuan dan pengalaman untuk terus berbakti kepada kesatuan yang saya wakili.

Zainal-dah kurang kekok bila bersama yang lebih berpengalaman..

Monday, October 5, 2009

CHELSEA Memang Hebat..

Itulah perkataan yang mampu saya katakan...2-0 menang keatas Livepool..

Friday, October 2, 2009

Perbincangan di Grand Seasons Hotel

Saya terlepas untuk menghadiri jamuan Hari Raya anjuran Universiti Malaya yang diadakan di Dewan Tunku Canselor hari ini bersamaan 2hb Oktober 2009 disebabkan terpaksa ke Grand Seasons Hotel bagi membincangkan perkara-perkara terakhir untuk Persidangan Kebangsaan Pengurusan Kepimpinan agar perjalanannya persidangan tersebut berjalan dengan lancar dan teratur.



zainal-terlepas menghadiri AGM KKAUM juga..

Tuesday, September 29, 2009

Jawatankuasa Pelaksana Persidangan Kebangsaan

Pengerusi-pengerusi Jawatankuasa Pelaksana sempat merakamkan gambar kenang-kenangan bersama pengerusi mesyuarat, Tuan Haji Hussain Bin Mohd Yasin, Timbalan Presiden GAKUM selaku Timbalan Presiden II, CUEPACS sebelum mesyuarat Jawatankusa Pelaksana Persidangan Kebangsaan Pengurusan Kempimpinan yang telah diadakan di Bilik Majlis, Paras 5, Bangunan Canselori, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor pada 29hb September 2009 jam 2.30 petang.
Mesyuarat yang kali ke 3 saya hadiri. Merupakan yang kedua Universiti Kebangsaan Malaysia menjadi tuan rumah. Agenda yang serupa iaitu mendengar laporan daripada pengerusi jawatankuasa kecil berkaitan perkembangan terkini.


Selamat Hari Jadi Ke 58, Presiden CUEPACS

Menghadiri Mesyuarat Agung Dua Tahunan Ke 18, Kesatuan Kakitangan Am Universiti Kebangsaan Malaysia (KESUKMA), di Panggung Seni Tun Abdul Razak (DEKTAR) sambil meraikan jamuan Hari Raya merupakan pengalaman pertama saya.

Tujuan sebenarnya bukanlah khusus untuk menghadiri mesyuarat KESUKMA. Saya sepatutnya menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Pelaksana, Persidangan Kebangsaan Perhimpunan Kepimpinan yang sepatutnya diadakan pada pukul 9.00 pagi berdasarkan daripada notis mesyuarat yang diedarkan. Disebabkan perubahan yang berlaku, mesyuarat telah ditunda pada pukul 2.30 petang.

Mesyuarat Agung KESUKMA telah dirasmikan oleh Tuan Haji Omar Bin Osman, Presiden CUEPACS. Didalam ucapan perasmian, beliau berpesan agar ahli-ahli Kesatuan memberi sokongan yang tidak berbelah kepada kepimpinan Kesatuan demi memantapkan lagi perjuangan terutamanya berkaitan kebajikan anggota sektor awam disamping terus meningkatkan produktiviti akan anggota perkhidmatan awam menjadi ‘First Class’ dalam perkhidmatan.

Sebagai Presiden CUEPACS bersama Pegawai Tertinggi CUEPACS serta Ahli-Ahli Kongres akan sentiasa memperjuangkan kebajikan 1.2 juta anggota sektor awam. Diantaranya meminta kerajaan melakukan semakan gaji kakitangan awam setiap lima tahun sekali bagi membolehkan penyelarasan dibuat berdasarkan kos sara hidup semasa.

Perbincangan berkaitan penurunan faedah pinjaman perumahan daripada 4% kepada 1%, memohon agar penjawat awam yang telah berkhidmat melebihi 20 tahun dibenarkan menikmati 20% gratuti bertujuan dapat mengurangkan beban hutang, dapat mengurangkan beban perbelanjaan persekolah anak-anak serta dapat menambah tabungan keluarga.

Daripada kajian yang dilakukan oleh CUEPACS, 95% kakitangan sektor awam yang sedang berkhidmat membuat potogan gaji melalui Perkhidmatan Angkatan Koperasi Kebangsaaan Malaysia.Bhd (ANGKASA) bertujuan membuat pinjaman. Jumlah potongan dianggarkan sejumlah 8 bilion setahun.

Selesai saja perasmian, satu kejutan telah dilakukan oleh kepimpinan KESUKMA iaitu meraikan ulangtahun kelahiran ke 58, Tuan Haji Omar. Saya mengucapkan Selamat Hari Jadi kepada beliau. Semoga panjang umur dan dirahmati ALLAH selalu.


zainal-kali kedua mesyuarat di UKM

Sunday, September 27, 2009

Sedikit Rezeki...

Terima kasih diucapkan kepada semua jiran, sanak saudara, ipar duai, teman sepejabat, anak-anak buah diatas kesudian menghadiri majlis hari raya dirumah saya. Minta maaf banyak-banyak sekiranya layanan kurang memuaskan. Almaklumlah kehadiran secara serentak membuatkan saya tidak "cukup tangan". Selamat Hari Raya, maaf zahir dan batin kepada yang hadir.


zainal-panjang umur, tahun depan jumpa lagi..

Saturday, September 26, 2009

Sejuk mata memandang...

Setelah bertahun tidak mengunjungi sanak saudara di kota singa, tahun ini saya bersyukur kerana berkesempatan ke sana. Alangkah bagusnya sekiranya flat-flat di Malaysia berkeadaan begini. Bersih dan sejuk mata memandang pemandangannya.

zainal-bermalam di tampenis..

Monday, September 14, 2009

Selamat Hari Raya

Saya mengambil kesempatan ini ingin memohon jutaan kemaafan yang tak terhingga di atas semua kesalahan saya samada tersinggung atau tersalah kata kepada semua terutamanya teman-teman di Jabatan Fizik, Persatuan PjMUM dan Kesatuan KKAUM, sebagai manusia yang serba kekurangan dari tutur bicara yang kurang menyenangkan atau perlakuan, maaf zahir dan batin dipohonkan. Kepada teman yang sentiasa memberi sokongan melayari blog saya ini, saya ucapkan ribuan terima kasih. Tidak lupa juga kepada teman-teman yang mengirimkan kad hari raya, terima kasih banyak-banyak diatas ingatan kalian.

Kepada mek t, aris, lela, amir, aida, azman, saniah, khairi, kak minah, zati, noren, din, mie serta kawan-kawan rapat, saya ucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri.

Mata kadang salah melihat,
Mulut kadang salah berucap,
Hati kadang salah menduga,
Maafkan segala kekhilafan yang pasti ada,

Zainal-kenangan bersamamu tetap dalam ingatan hingga ke akhir hayat...

Friday, September 11, 2009

Terima Kasih KEPERTAMA

Mesyuarat Jawatankuasa Pelaksana Persidangan Kebangsaan Pengurusan Kepimpinan yang telah diadakan di Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia pada 11hb September 2009, jam 3.00 petang bertempat di Bilik VIP telah dipengerusikan oleh Presiden GAKUM, Tuan Haji Omar Osman selaku Presiden CUEPACS. Mesyuarat berkenaan telah membincangkan perkembangan terkini perkara-perkara berkaitan Persidangan Kebangsaan Pengurusan Kepimpinan yang akan diadakan pada Oktober 2009.

Tahniah dan terima kasih diatas kesudian KEPERTAMA yang telah menjadi tuan rumah mesyuarat tersebut disamping menganjurkan majlis berbuka puasa. Majlis berbuka puasa turut dihadiri semua Pengerusi Jawatankuasa Pelaksana yang diketuai oleh YM Ku Azmi Ku Ibrahim selaku Pengerusi Persidangan.

zainal-tertanya-tanya mengapa?

Friday, September 4, 2009

Kapal Selam...KD Tunku Abdul Rahman

Tahun 2009, Malaysia dah ada kapal selam tetapi tahun 1580 England merupakan penciptanya...

zainal-memang suka selam menyelam ni....

Tuesday, September 1, 2009

Hadiah Kemerdekaan ke 52




Selamat hari kemerdekaan ke 52...Inilah hadiah yang saya terima daripada kemerdekaan 31hb Ogos 2009..

Friday, August 21, 2009

Selamat Berpuasa

Sempena bulan Ramadhan yang mulia ini, saya mengucapkan…

selamat menjalani ibadah puasa kepada semua pembaca blog cikai saya”.

Hayati fadhilat Ramadhan dan cari keberkatan-Nya. Moga kita dianugerahkan kekuatan menjalani tuntutan puasa & melipat kali gandakan amal.

Thursday, August 20, 2009

Mesyuarat Persidangan Kebangsaan Kepimpinan, GAKUM

Tak tahu apa peranan saya dalam mesyuarat yang berlangsung pagi ni. Sebagai memenuhi komitmen saya awal-awal lagi dah bertolak dari rumah. Universiti Kebangsaan Malaysia merupakan tempat dimana mesyuarat berlangsung. Dalam surat sepatutnya diadakan di Bilik Mesyuarat Senat tetapi di tukar disaat akhir ke Bilik Majlis, Bangunan Canselori.

Ini merupakan kali pertama saya 'menyibukkan diri' dalam aktiviti GAKUM. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh YM Ku Azmi Ku Ibrahim selaku Setiausaha Gabungan Setiausaha Kehormat Kesatuan Kakitangan Universiti Malaysia (GAKUM) dan juga merupakan Timbalan Setiausaha Agung III, CUEPACS.

Mesyuarat yang berlangsung bagi membincangkan peranan yang perlu dilakukan oleh semua pengerusi jawatankuasa kecil untuk Persidangan Kebangsaan Pengurusan Kepimpinan anjuran bersama Akademi Kepimpinan Pengajian Tinggi (AKEPT) Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia yang akan diadakan pada 25 hingga 27 Oktober 2009 bertempat di Hotel Grand Season, Kuala lumpur.

Saya telah diberikan tugasan dibawah Jawatankuasa Publisiti dan Seranta. Tugasan pertama saya telah lakukan semasa mesyuarat sedang berlansung, membina blog bagi tujuan menyebarkan maklumat kepada semua.
Alhamdulillah tugasan yang diberikan sempat saya lakukan. Untuk link sila ke:
http://pkpk-gakum.blogspot.com/


zainal-terima kasih diatas kepercayaan yang diberi....

Wednesday, August 12, 2009

Pengkhianat H1N1


Perkara 1
Anak saya hampir 2 minggu tidak mahu kesekolah disebabkan virus ini. Bukan kerana beliau malas tetapi kelasnya kosong. Daripada 33 orang murid didalam kelasnya tinggal hanya 13 orang sahaja yang hadir. Untuk meneruskan pembelajaran sudah tentu ‘mood’ nya hilang disebabkan tiada kawan-kawan yang lain untuk sama-sama belajar.

Saya sebagai bapa berharap agar Kementerian Kesihatan Malaysia dapat menangani perkara ini dengan lebih serius. Disebabkan kematian daripada virus H1N1 yang kian bertambah (setakat hari ini, 12hb Ogos 2009) seramai 44 orang maka saya sebagai warga Malaysia memohon agar perkara ini dapat diatasi dengan seberapa segera.

Perkara 2

Sebagai warga Malaysia yang ingin hidup aman damai di bumi bertuah ini berharap kepada parti-parti politik samada kerajaan maupun pembangkang, lupakan seketika perbalahan fahaman politik untuk kesejahteraan semua.

Mengapa perlu diheboh-hebohkan tentang isu ‘pengkhianat’ dan ada diantaranya sanggup berdemotrasi menengakkan siapa yang betul dan pihak yang satu lagi menafikan kebenarannya.

Perkara 3.
Saya sebagai warga Malaysia berharap agar perkara 1 dan perkara 2 dapat diselesaikan dengan seberapa segera agar semua warga Malaysia dapat hidup dalam keadaan aman dan sejahtera.
zainal-takut dan bosan dengan isu ini....

Sunday, August 9, 2009

Malam Jasamu Dikenang 2009

Hitam & Putih merupakan tema Majlis Makan Malam Jasamu Dikenang 2009 anjuran Kesatuan Kakitangan Am Universiti Malaya (KKAUM) bagi meraikan 6 orang pesara iaitu Encik Jayarajoo A/L Soosay (Fakulti Perubatan), Encik Mohamed Nasir Bin Maeraj (Fakulti Pergigian), Encik Mohammed Zaki Bin Alham (Fakulti Kejuruteraan), Encik Muhammad Razali Bin Hussin (Pusat Sukan), Encik Murrurti A/L Muthusamy (Fakulti Kejuruteraan) dan Puan Wan Zakiah Bte Musa (Fakulti Pergigian). Majlis tersebut telah diadakan dengan meriahnya di Hotel Holiday Villa, Subang Jaya pada 8hb Ogos 2009.
Naib Canselor Universiti Malaya, Y Bhg Profesor Datuk Dr Ghauth Jasmon serta Isteri yang merupakan tetamu kehormat telah merasmikan Majlis Makan Malam 2009 serta menyampaikan cenderahati kepada semua pesara.

Turut hadir Y Bhg Profesor Datuk Dr Jamil Maah, Timbalan Naib Canselor (Inovasi & Penyelidikan), Cik Norilah Salam, Pendaftar, Universiti Malaya, Prof Madya Dr Nor Edzan Haji Che Nasir, Ketua Pustakawan, Profesor Dr David Ngo Chek Ling, Dekan FKSTM, Prof. Madya Dr Abdul Aziz, Setiausaha Agong PKAUM, Y.B. Charles Santiago, Ahli Parlimen Klang, Y.B Abdullah Sani bin Abdul Hamid, Ahli Parlimen Kuala Langat, wakil-wakil daripada CUEPACS, wakil-wakil Public Services International, semua Pegawai Tertinggi KKAUM yang diketuai oleh Encik Husin Bin Mohd Yasin serta ahli-ahli Exco

Majlis Makan Malam telah dipengerusi oleh Encik Ikmal Azam Thanaraj Abdullah,Timbalan Presiden KKAUM.

Didalam ucapan Naib Canselor, Y Bhg Datuk berharap agar semua warga pekerja Universiti Malaya sentiasa menepati masa waktu berkerja, rajin, tekun, berdisiplin, amanah serta bertanggungjawab. Berazam dengan semangat bekerja bersungguh-sungguh sehingga mampu menghasilkan daya cipta dan kreativiti yang berkualiti kepada organisasi dan masyarakat.

Beliau juga menyatakan bahawa Universiti Malaya buat masa ini sedang didalam era perubahan. Tiga sasaran yang paling diutamakan iaitu semua kakitangan akademik mestilah lebih bergiat didalam menjalankan penyelidikan yang berkualiti, apabila menghasilkan penerbitan mestilah penerbitan yang berimpak serta sentiasa meningkatkan produktiviti yang berprestasi tinggi agar Universiti Malaya akan terus cemerlang dan menjadi diantara yang terbaik didunia seperti Harvard University, University Of Oxford dan Massachusetts Institute of Technology (MIT) yang merupakan Universiti terkemuka dunia.

Kehadiran lebih 500 orang ahli telah memeriahkan lagi majlis. Aturcara majlis telah dimulakan dengan bacaan doa memohon keberkatan, ucapan daripada tetamu kehormat, persembahan nyayian, persembahan tarian kebudayaan serta memaparkan gambar-gambar aktiviti KKAUM sepanjang tahun 2008 dan 2009 dalam bentuk slideshow. Majlis tamat pada pukul 11.30 malam.

zainal-minggu yang sukar telah berlalu…

Thursday, August 6, 2009

AGM 15 PjMUM

Mesyuarat Agung PjMUM kali ke 15 telah dirasmikan oleh Tuan Hj Omar Bin Osman, Presiden CUEPACS yang telah diadakan pada hari Khamis, 6hb Ogos 2009 di Dewan Kuliah Cempaka, Kompleks Dewan Kuliah, Fakulti Sains, Universiti Malaya. Turut hadir tetamu-tetamu khas diantaranya, Pengerusi Jawatankuasa Latihan Teknologi Makmal (JLTM), Profesor Dr Rauzah Hashim selaku Timbalan Dekan Fakulti Sains, Presiden, Kesatuan Kakitangan AM Universiti Malaya (KKAUM), Encik Husin Mohd Yasin, Encik Ikmal Azam Thanaraj Abdullah,Timbalan Presiden KKAUM, Profesor Kurunathan Ratnavelu, Timbalan Dekan Fakulti Sains.

Dalam ucapan perasmian tersebut, Tuan Haji Omar yang juga Presiden GAKUM mengucapkan terima kasih atas jemputan serta mengucapkan tahniah kepada PjMUM yang begitu aktif didalam menjalankan aktiviti-aktiviti terutamanya berkaitan Program Peralihan Pembantu Makmal. Sebagai orang nombor satu CUEPACS, banyak lagi skim-skim didalam perkhidmatan awam terutamanya didalam kumpulan sokongan yang akan dirombak serta dinaik taraf bagi memastikan semua penjawat awam dapat mengecapi kehidupan yang lebih selesa. Beliau juga berharap agar kerajaan menimbangkan penempatan di wad kelas satu bagi semua penjawat awam yang ditahan untuk rawatan di hospital. Satu kertas kerja mengenainya sudah disiapkan dan ia akan diserahkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tidak lama lagi dalam usaha menaikkan imej penjawat awam. Beliau berkata permintaan itu dianggap wajar, dan jika diluluskan penjawat awam pasti akan merasa lebih dihargai serta mempunyai motivasi lebih baik untuk memberikan perkhidmatan yang cemerlang. "Sekarang ini penjawat awam yang masuk hospital akan ditempatkan di wad mengikut tangga gaji, kebanyakannya hanya layak di wad kelas kedua dan ketiga sedangkan mereka juga memainkan peranan yang sama ketika berkhidmat. Beliau berkata tuntutan itu juga dibuat memandangkan ketika ini wad kelas kedua dan ketiga biasanya turut menempatkan warganegara asing yang mendapatkan rawatan di hospital-hospital kerajaan.

Selain itu beliau berkata dalam kertas kerja itu juga Cuepacs berharap elaun hotel akan dikaji memandangkan elaun RM80 yang diberikan sekarang dilihat tidak sesuai kerana kadar sewa bilik hotel terutama di ibu kota menjangkau lebih RM100. "Sedih juga kadang-kadang penjawat awam duduk hotel di Chow Kit, bos-bos besar hotel lain, sedangkan nak mesyuarat hotel yang sama, mana ada sekarang ini hotel RM80. Sementara itu Omar berkata Cuepacs akan terus mengadakan penerangan serta taklimat di semua peringkat anggotaannya mengenai enam Bidang Hasil Utama Nasional (NKRA) dan konsep 1Malaysia bagi memastikan semua penjawat awam peka dengan seruan kerajaan itu. Beliau berkata penerangan itu penting bagi memastikan penjawat awam faham sekaligus melaksanakan seruan kerajaan terutamanya dengan mengaplikasikannya menerusi perkhidmtan yang mereka berikan.

Tuan Haji Omar Osman juga berkata tindakan tegas boleh diambil mengikut peraturan yang ada, sama ada Perintah Am atau akujanji yang ditetapkan sebelum ini. Mengikut Perintah Am dan akujanji, seseorang penjawat awam adalah dilarang melakukan perbuatan bertentangan dengan undang-undang dan perlu mematuhi perintah-perintah tetap kerajaan. "Untuk itu perintah-perintah tetap yang dikeluarkan oleh kerajaan adalah jelas dan perlu dipatuhi oleh setiap warga pekerja dan sekiranya berlaku pengabaian tugas boleh dikenakan tindakan tatatertib," katanya sebelum merasmikan Mesyuarat Agong PjMUM.


zainal-6 ogos? macam sama aje...

Wednesday, August 5, 2009

Post Mortem

Semuanya meluahkan apa yang tersirat dan tersurat diatas kejayaan serta kegagalan pasukan masing-masing. Bukan bertujuan merendah-rendahkan pihak pentadbiran sukan Universiti tetapi memberi pandangan dan pendapat agar penambaikan perlu dilakukan oleh pihak-pihak yang terlibat.

Misalnya kelemahan pihak penyelaras yang rata-ratanya mengambil mudah melanggar undang-undang pertandingan tanpa merujuk kepada panduan undang-undang yang diwartakan kepada setiap pertandingan yang diadakan.

Tahun 2010 diharapkan agar penambaikan daripada runggutan yang diterima diperbaiki dengan ikhlas agar sukan kakitangan yang diadakan setiap tahun lebih cemerlang standing sukan-sukan diperingkat antarabangsa.

Zainal-kecewa akan ditebus 2010.

Saturday, August 1, 2009

Akan Muncul

Contoh gambar yang saya paparkan ini akan muncul di Holiday Villa Subang Jaya. hahahaha..

Friday, July 31, 2009

Hitam Putih Tema 8.8.2009

Bagai satu kebetulan Jamuan Makan Malam KKAUM yang akan diadakan pada 8.8.2009 memilih tema Hitam dan Putih bagi memeriahkan lagi suasana. Minggu ini juga merupakan minggu yang paling sukar bagi saya. Tidak tahu kenapa. Hanya saya lebih memahami dan hanya saya yang menghadapinya. Mungkin secara kebetulan atau ada rahmat disebaliknya…Hanya Allah Maha Mengetahui……

Hitam Putih Kehidupan

Lihatlah sekitar alam
Dunia luas terbentang
Langit tinggi kebiruan
Pohon-pohon kehijauan
Hembusan bayu yang menyegarkan

Dengarkan di sana-sini
Beburung riang menyanyi
Berbunga aneka warna
Sumber kedamaian jiwa
Mensyukuri nikmat Maha Esa

Begitu berharga kehidupan ini
Bagi mereka yang tahu menghargai
Mengapa terdorong oleh perasaan
Kalau turutkan hati diri menjadi korban

Tiada yang dapat lari dari masalah diri
Hadapilah dengan tenang
Tiap cabaran yang datang
Atasinya dengan keimanan

Sekadar buat renungan
Untuk mu teman tersayang
Hitam putih masa depan
Sendirian menentukan
Hidup ini usah persiakan

Zainal-sering diuji dengan seribu dugaan...



Thursday, July 23, 2009

Triple Meeting



Tiga mesyuarat saya hadiri untuk hari ini saja. Pukul 10.30 pagi bertempat di Bilik Mesyuarat 1, Pejabat Dekan Fakulti Sains, Prof. Dr. Mohd Sofian Bin Azirun, Dekan Fakulti Sains telah mempengerusikan mesyuarat sambil dibantu Prof. Dr. Kurunathan A/L Ratnavelu, Timbalan Dekan (Perbangunan) membincangkan penambahbaikan laman web Fakulti dan langkah-langkah yang perlu dilakukan oleh pengendali laman web jabatan.

1.00 ptg hingga 2.00 ptg pula mesyuarat khas Persatuan Juruteknologis Makmal membicarakan persiapan bagi mengadakan mesyuarat agung kali ke 15 yang akan diadakan pada 6hb Ogos 2009. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar setelah pembahagian tugasan yang telah saya berikan kepada setiap ahli jawatankuasa. Resolusi berkaitan kelonggaran menjadi ahli dan penukaran nama jawatan telah di persetujui untuk dibawa dalam mesyuarat agung nanti.

2.00 ptg terus bergegas semula ke Pejabat Dekan untuk mesyuarat Jawatankuasa latihan Teknologi Makmal yang telah dipengerusikan oleh Profesor Dr Rauzah Hashim. Agenda tertumpu kepada keputusan peserta Program Peralihan Tahap 1 Sesi 1 dan persetujuan bermulanya pembelajaran untuk Tahap 1 Sesi 2. Jadual yang telah saya cadangkan kepada ketua penyelaras telah diterima pakai.

Zainal-Pengerusi JLTM telah memberikan kepercayaan penuh…

Saturday, July 11, 2009

Berakhir halangan separuh tahap...

Tengahari tadi tepat jam 11.30 pagi merupakan hari terakhir peperiksaan bagi Tahap 1 Sesi 1 Program Peralihan Siri Ke 3. Hari ini (Jumaat 10hb Julai) juga merupakan hari dimana saya tidak dapat hadir ke Dewan Peperiksaan tidak seperti hari-hari yang lepas dari 6hb hingga 9hb Julai sentiasa ke sana menjenguk serta memberi sokongan kepada teman-teman seperjuangan menghadapi peperiksaan.

Dari pemantauan perjalanan peperiksaan seminggu ini, saya sebagai penyelaras sangat berpuas hati diatas komitmen yang telah ditunjukkan oleh peserta-peserta dan pihak Bahagian Sumber Manusia terutama Encik Shahrizamshazlin dan Cik Helen. Cuma pada hari kedua peperiksaan saja ada berlaku sedikit masalah berkaitan pemberian nombor firasat peserta daripada Universiti Sains Islam Malaysia. Kekeliruan disebabkan nombor firasat yang diberikan didalam surat dengan nombor yang diberikan sewaktu mengambil peperiksaan. Semuanya berpunca daripada kelewatan surat yang diterima oleh peserta USIM.

Jadual untuk Tahap 1 Sesi 2 telah saya berikan kepada Bahagian Sumber Manusia. Dewan Kuliah telah saya tempah termasuk untuk kuliah dan amali peserta. Kalau tiada perubahan, kelas akan dimulakan semula pada 27hb Julai 2009 dan dijangka berakhir untuk sesi 2 ini pada 24hb Oktober 2009. Jumlah minggu yang perlu dihadapi oleh peserta adalah selama 12 minggu. Kuliah akan diadakan dari jam 1.00 hingga 2.00 petang dan Amali pada hari Jumaat dan Sabtu. Ini disebabkan bermulanya Semester bagi sesi 2009/2010 pelajar Universiti Malaya. Pertembungan menggunakan dewan kuliah diantara peserta Program Peralilhan dengan Pelajar-Pelajar Fakulti Sains memaksa PjMUM mengadakannya diwaktu rehat pekerja. Kesiannya....

zainal-tempat pertanyaan ‘tip-tip’ soalan peperiksaan.

Backdrop dalam tugasan pertama

Lakaran ‘Backdrop’ yang telah saya bina bagi tugasan yang diberikan oleh Timbalan Presiden KKAUM, Encik Ikmal untuk Majlis Makan Malam KKAUM bagi meraikan pesara yang akan diadakan di Hotel Holiday Villa, Subang Jaya pada 8hb Ogos 2009.

Saya bukan pakar dalam bidang cipta mencipta ni tetapi disebabkan tugasan yang telah diberi, kenalah bertanggung jawab. Puas memulas idea. Akhirnya inilah hasil lakaran yang telah memuaskan hati. Mencari idea dari jam 8 malam hingga menjelang 2 pagi (9hb Julai). Inilah hasil yang saya dapat dan tidaklah yang terbaik.

Tema biru, merah dan kuning yang saya gunakan dalam backdrop tersebut adalah bagi melambangkan kombinasi warna logo Universiti Malaya dan logo KKAUM. Betul ke? Ya kot….(minta Tuan Ramlan Sulaiman, teman saya bagi komen kalau beliau tersesat dalam blog saya ni).

zainal-bolehlahhh.

Wednesday, July 8, 2009

Untungnya Kalau Anak Pandai...

Majlis penyampaian cek bantuan pelajaran kepada anak-anak ahli KKAUM yang cemerlang bagi kategori Ijazah, Diploma, STPM, A-LEVELm SPM dan PMR telah diadakan di Balai Ungku Aziz, Fakulti Pergigian pada 8hb Julai 2009. Penyampaian cek-cek tersebut telah disempurnakan oleh Y. Bhg. Profesor Dato' Dr. Mohd. Amin Jalaludin, Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa). Kesatuan Kakitangan Am Universiti Malaya telah memperuntukkan sejumlah RM 62,800.00 kepada ahli-ahlinya yang memohon daripada peruntukan bantuan pelajaran.

Turut hadir Presiden KKAUM, Encik Husain Bin Mohd Yasin, Pegawai-pegawai Tertinggi KKAUM, Exco-Exco semua Fakulti serta penerima-penerima bantuan pelajaran. Kesatuan Kakitangan Am Universiti Malaya telah memperuntukkan sejumlah RM 62,800.00.

Dalam ucapan Presiden KKAUM beliau menyeru agar pihak pengurusan Universiti Malaya memberi keutamaan serta kelonggaran pemilihan bagi melanjutkan pelajaran kepada anak-anak kakitangan Universiti Malaya yang cemerlang agar berpeluang melanjutkan pelajaran di Universiti Malaya. Beliau juga berharap agar biasiswa pelajaran turut diberikan daripada peruntukkan-peruntukkan yang bersesuaian. Sambil memberi contoh Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) dan Universiti Teknologi Petronas (UTP) yang memberi keutamaan kepada anak-anak kakitangan melanjutkan pelajaran di Universiti tersebut.

Beliau juga berharap agar semua kakitangan Universiti Malaya sentiasa mematuhi arahan-arahan pihak pentadbiran agar sentiasa berkerja mengikut masa yang telah ditetapkan terutamanya berkaitan kedatangan ke pejabat, waktu rehat, serta mematuhi larangan yang telah ditetapkan terutamanya larangan merokok diseluruh kawasan kampus.

Sementara tetamu Kehormat pada majlis penyampaian cek bantuan pelajaran, Y. Bhg Profesor Dato' Dr. Mohd. Amin yang mewakili pihak pengurusan tertinggi Univerisiti pula mengucapkan tahniah kepada semua penerima bantuan pelajaran KKAUM. Y. BHG Dato’ berharap agar semua kakitangan am terus memberi pendidikan yang berterusan kepada anak-anak tanpa rasa jemu. Berdoalah untuk anak-anak kerana doa dan restu ibu bapa adalah penting bagi kesempurnaan dan kejayaan anak- anak.

Kejayaan anak-anak dalam pelajaran adalah kejayaan yang perlu dilihat dengan perspektif yang luas iaitu dalam konteks fizikal, mental dan spiritual bagi memastikan anak-anak bukan setakat berjaya dalam pelajaran sahaja tetapi juga dalam membina sahsiah diri yang seimbang sebagai insan yang cemerlang. Pihak pengurusan Universiti akan sentiasa memberi sokongan.

Beliau juga berharap agar Kakitangan Am sentiasa memberi perkhidmatan yang terbaik kepada Universiti bagi mencapai hasrat dan wawasan yang diutarakan oleh Naib Canselor, Y. Bhg Profesor Dr. Ghauth Jasmon agar Universiti Malayamenjadi sebuah institusi pengajian tinggi yang ternama di peringkat antarabangsa dalam penyelidikan, inovasi, penerbitan dan pengajaran.

Sebagai langkah kerjasama antara pihak pengurusan dan kakitangan am, Y. Bhg Dato’ menyarankan agar apa-apa juga masalah serta cadangan hendaklah dibincangkan semasa wakil KKAUM didalam Majlis Bersama Jabatan untuk menyuarakan apa jua pendapat demi kebaikan bersama pekerja dan juga pihak pengurusan. Ruang ini disediakan khususnya menyalurkan apa jua maklumat sesuai dengan harapan agar suasana harmonis antara pekerja dan pengurusan dapat dijalinkan untuk menjadikan Visi Universiti Malaya satu realiti.


zainal- sekadar dapat elaun kehadiran mesyuarat…

Monday, July 6, 2009

Peperiksaan Tahap 1 sesi 1, Peralihan siri ke 3

Peperiksaan Tahap 1 Sesi 1 Program Peralihan telah diadakan pada hari ini, 6hb Julai hingga 10hb Julai 2009. Setelah mengharungi pembelajaran selama 3 minggu dari 8.30 pagi hingga 6.00 ptg termasuk sabtu, peserta begitu bersemangat sekali masuk ke Dewan Peperiksaan. Masing-masing begitu teruja.

Sebenarnya tarikh serta jadual peperiksaan hari ini adalah 'buah tangan' saya. Saya yang telah menetapkan dan merancangkannya. Bahagian Sumber Manusia telah menerima dan hari ini semua peserta telahpun menghadirkan diri untuk peperiksaan. Kepada semua peserta, saya secara peribadi mengucapkan selamat maju jaya.

zainal-jawatan sedang menanti anda tidak seperti zaman saya.

Pelajar Baru Fizik Sesi 2009/2010

Selamat datang kepada pelajar-pelajar baru aliran Fizik bagi sesi 2009/2010. Saya sepatutnya tidak terlibat pun dengan sesi suai kenal hal akademik ni tetapi setelah di 'hint' oleh Timbalan Dekan (Ijazah Tinggi) Fakulti Sains, Prof. Dr Wan Ahmad Tajuddin agar merakamkan detik-detik sesi ini, kenalah menyibuk juga.

zainal-terima kasih pada bos saya (hadiah baju Hard Rock London)

Wednesday, July 1, 2009

Dulu dan Sekarang..


Wajah-wajah dulu dan sekarang. Dulu ada, sekarang tak ada. Sekarang ada, dulu tak ada. Dulu tak ada, sekarang pun tak ada, sekarang tak ada, dulu pun tak ada...Saya tetap ada...

I'M 44 now! My girl 8 years old





1hb Julai merupakan tarikh sama kelahiran saya dan anak perempuan saya, Hazlen Zazulia. Hari ini, kedua-duanya menyambut ulang tahun kelahiran tetapi ditempat yang berbeza. Saya diraikan di pejabat manakala anak perempuan saya disekolahnya. Walaupun berbeza tempat menyambutnya tetapi ingatan tarikh itu tetap bersama.

Terima kasih teman-teman sepejabat diatas ingatan hari lahir saya yang ke 44. Terutamanya kepada Mek T dan yang seangkatannya. Terima kasih diatas 'sponsor' kek yang sedap tu. Tahun depan buat lagi ye...

Peristiwa penting 1hb Julai 2009 pada hari ini:

1. Kehadiran masuk ke pejabat dan pulang kakitangan Universiti telah menggunakan attandance.um.edu.my mulai hari ini menukarkan yang lama, lms.um.edu.my.

2. Berkuatkuasanya tarikh perlaksanaan kenaikan pangkat pekerja yang berkhidmat 15 tahun dan lebih yang telah diumumkan oleh Kerajaan.

3. Saya dan anak perempuan diraikan ulang tahun kelahiran di tempat yang berbeza tidak seperti tahun lepas.

4. Mendapat hadiah utama (Milk Pot) cabutan bertuah semasa jamuan kakitangan sokongan di pejabat saya. Mungkin rezeki bertambah murah atau secara kebetulan.

5. Merupakan sambutan hari jadi saya yang julung kali kepada saya sepanjang berkhidmatan di Jabatan Fizik diadakan sempena tarikh hari ini.

6. Kakitangan Sokongan bergambar beramai-ramai bersama Ketua Jabatan cetusan idea saya.
7. Genap setahun saya di jawatan sekarang.

zainal-terima kasih atas prihatinnya teman-teman.

Saturday, June 27, 2009

Kebetulan berada disini..





Saya bukan pandai berpolitik. Berpolitik samada di luar, di Kesatuan, di Persatuan apatah lagi berpolitik di Tempat Kerja. Tetapi saya tidaklah sejahil yang disangka.

Gambar-gambar yang saya rakam diatas merupakan tempat-tempat yang menjadi 'kontroversi' di Negeri Perak iaitu berhampiran dimana Mesyuarat Kongres CUEPACS berlangsung. Sebenarnya gambar yang saya rakamkan itu secara kebetulan semasa bersarapan disalah sebuah restoran berhampiran.

Saya mengikuti perkembangan Politik Negeri Perak hanya dari Internet. Melayari Blog-blog yang hebat-hebat bagi menambah pengetahuan am. Saya pun tidak berapa faham sangat perjalanan politik-politik ni tetapi bila di aju soalan-soalan, siapa Presiden, siapa Pengerusi parti-parti yang ada di Malaysia, rasa-rasanya saya boleh menjawapnya.

Tidak kiralah dari UMNO ke, MCA ke, MIC ke, DAP ke, PKR ke, PPP ke, PAS ke dan banyak lagi parti-parti di Malaysia ni. Kalau di Sabah dan Sarawak, saya agak pening sikit dan payah sikit nak jawap.

Berbalik pada gambar-gambar diatas, kalau dulu saya hanya dapat melihatnya di blog-blog tetapi pada 27hb Jun 2009, saya sendiri dapat merakamkannya.

zainal-hanya mengundi setiap 5 tahun sekali.

Mesyuarat Majlis Kongres CUEPACS Bil 3

Secara langsung daripada Bilik Mesyuarat Gerakan Negeri, Aras 2 Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh, Perak. Mesyuarat Bil 3, Majlis Kongres Cuepacs yang bermula 8.30 pagi, 27hb Jun 2009.

Terlebih dahulu, ahli majlis kongres menyampaikan ucapan takziah kepada Presiden, Tuan Haji Omar Osman diatas kematian adik ipar beliau pada 26hb Jun 2009 atas sebab kemalangan jalan raya.

Mesyuarat dimulakan dengan Taklimat Pelaksanaan kenaikan pangkat pegawai kumpulan sokongan yang telah berkhidmat 15 tahun dan lebih dalam skim perkhidmatan dan perkhidmatan semasa secara khas untuk penyandang (KUP) oleh Dato' Dr Mohd Azhar Bin Hj. Yahaya, Pengarah Bahagian Perkhidmatan, Jabatan Perkhidmatan Awam, Malaysia.

Falsafah.
Penjawat awam akan menikmati kenaikan pangkat atau gred sekurang-kurangnya sekali sepanjang perkhidmatan. Sepertimana yang telah diputuskan semasa sambutan Hari Pekerja pada 14hb mei 2009 di Putrajaya.

Pegawai kumpulan sokongan yg telah berkhidmat 15 tahun dan lebih serta masih berada di gred lantikan dalam skim perkhidmatan dan perkhidmatan semasa dipertimbangkan kenaikan pangkat ke gred lebih tinggi sebagaimana ditetapkan dalam skim perkhidmatanya secara khas untuk penyandang (KUP)

Perlaksanaan tidak meliputi pegawai dalam skim perkhidmatan pengurusan dan profesional. Sesi soal jawab semakin hangat berkaitan isu-isu perlantikkan kenaikan pangkat. Taklimat berakhir pada pukul 11.15 pagi.

Mesyuarat ahli kongres telah dipengerusikan oleh Encik Azis Bin Muda, Timbalan Presiden CUEPACS setelah Tuan Haji Omar Osman terpaksa bergegas ke Gemas bagi menghadiri perkebumian adik ipar beliau.

Mesyuarat bermula jam 11.45 pagi. Isu berkaitan semakan tatacara pembelian dan pelaksanaan sms (CUEPACS Komuniti Servis) merupakan isu yang hangat diperdebatkan. Keputusan laporan akan dibentangkan 3 bulan lagi iaitu pada bulan September.

Lain-lain agenda:

Memorandum pemantapan & penambahbaikan Gaji/Skim Perkhidmatan Anggota Sektor Awam telah dibentangkan oleh Puan Lok Yim Peng, Timbalan Setiausaha Agung 1. Selain itu, Kenaikan Pangkat Bagi Kumpulan Sokongan, Tuntutan-tuntutan CUEPACS yang masih lagi ditangguhkan seperti tuntutan kenaikan imbuhan tetap perumahan (ITP), penyelarasan COLA serta Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) masih lagi diperingkat perbincangan.

Isu-isu pekerja kontrak & pekerja sementara juga telah dibangkitkan. Mesyuarat Kongres juga telah melaporkan aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan pada 25hb Mei hingga 27hb Mei 2009 yang telah dianjurkan oleh CUEPACS Bahagian Kelantan, Seminar Pemantapan Setiausaha-setiausaha Kesatuan Gabungan.

Aktiviti yang bakal berlangsung pula adalah Seminar Peningkatan Pepimpinan Amal Islami Malaysia yang akan diadakan di Langkawai pada 24hb Julai hingga 27hb Julai 2009. Seminar Pemantapan Presiden-Presiden Kesatuan Gabungan CUEPACS anjuran CUEPACS Bahagian Pahang juga akan diadakan pada bulan Julai 2009 serta Seminar 7hb Julai 2009yang akan diadakan di Bangi, Selangor bertajuk 'Keselamatan dan kesihatan Pekerjaan'

Mesyuarat berakhir pada jam 1.40 petang.

Gambar-gambar sila klik: http://www.flickr.com/photos/juruteknologis

zainal-bertolak subuh dari KL ke Ipoh

Friday, June 26, 2009

Michael Jackson dalam kenangan..

Michael Jackson, Raja Pop Dunia yang menerbit’kan sensasi serta fenomena di’ seluruh dunia telah pun meninggal dunia pagi tadi, pada umur 50 tahun. Jackson, mati di’ katil hospital UCLA Medical Center setelah mengalami serangan jantung mengejut di’ rumah sewa’nya di Holmby Hills. Sebelum itu, unit paramedik sudah pun bertungkus lumus menyelamat’kan beliau sebelum di’hantar ke hospital, di’mana para doktor menyambung kerja menyelamat.

zainal-fenomena 'break dance' masa zaman remaja tetap dalam ingatan.

Friday, June 19, 2009

Hari Ayah...


'Hari Ayah' sebab anak-anak memanggil saya Ayah bukan bapa. 'surprise' ini tandanya anak-anakku dah mula melangkah ke alam dewasa. Sudah pandai berpakat adik beradik membuat kejutan pada 'Ayahnya'. Terharu dibuatnya. Kepada anak-anakku, Hazeq Helmy, Hazem Eiman dan Hazlen Zazulia, ayah amat menyayangimu semua. Maafkan ayah sekiranya ada cara didikkan yang membuatkan kamu semua tidak bersetuju tetapi sebagai ayah, pastinya membuat yang paling terbaik untuk kamu bertiga.
.....................................
zainal-sebak bila salah sorang mengatakan 'dah lama tak peluk ayah'