Friday, May 14, 2010

Perhimpunan Hari Pekerja Warga Universiti Awam Malaysia

13hb Mei setiap tahun merupakan tarikh yang akan dipilih oleh GAKUM (Gabungan Majlis Presiden dan Setiausaha Kehormat, Kesatuan Kakitangan Universiti/IPTA Malaysia) bagi mengadakan perhimpunan hari pekerja khas untuk warga Universiti awam seluruh Malaysia yang berjumlah 20 buah termasuk Sabah (UMS) dan Sarawak (UNIMAS). Universiti Putra Malaysia merupakan tuan rumah yang pertama dipilih sebagai penganjur dan telah diadakan di Pusat Kebudayaan Dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah. Telah dirasmikan oleh Y. Bhg Datuk Omar Bin Abdul Rahman, Ketua Setiausaha, Bahagian Khidmat Pengurusan, Kementerian Pengajian Tinggi sebagai mewakili Menteri Pengajian Tinggi, Y Bhg Dato' Seri Mohamed Khaled Nordin. Perhimpunan ini merupakan julung-julung kali diadakan dan akan menjadi upacara tahunan. Universiti Malaya telah dipilih menjadi pengajur untuk perhimpunan bagi tahun 2011.


zainal-jumpa member2 GAKUM.

Sunday, May 2, 2010

Hari Pekerja di Terengganu

1hb Mei 2010 merupakan tahun ke tiga berturut-turut saya menghadiri perhimpunan Hari Pekerja anjuran Cuepacs. Johor merupakan negeri yang memecah tradisi menganjurkan perhimpunan hari pekerja diikuti Melaka dan pada tahun 2010 Negeri Terengganu pula menjadi tuan rumah.

“1Malaysia Kebajikan Cemerlang Negara Terbilang” adalah tema sambutan hari pekerja sektor awam 2010 anjuran Cuepacs dengan kerjasama kerajaan Negeri Terengganu yang telah diadakan di Stadium Negeri pada 1hb Mei 2010.

Telah dirasmikan oleh Y Bhg Datuk Dr S Subramaniam, Menteri Sumber Manusia. Turut hadir, Presiden Cuepacs, Tuan Hj Omar Osman.

Diantara ucapan pada perasmian tersebut, beliau berharap agar pekerja perlu lebih berinovasi dan kreatif dalam menjayakan proses transformasi negara dan menghargai kematangan pemimpin Cuepacs kerana memahami kekangan dihadapi kerajaan terutamanya faktor kelembapan ekonomi negara dengan tidak terlalu menekan kerajaan dalam membuat tuntutan.

Sementara itu, Tuan Hj Omar semasa membuat ucapan kepada hampir 3,000 yang hadir terdiri daripada pelbagai penjawat sektor awam berkata imej perkhidmatan awam sudah lama tercemar dengan gejala rasuah membabitkan penjawat di pelbagai peringkat.

"Bila sebut sahaja rasuah, masyarakat akan fokus kepada perkhidmatan awam seolah-olah semua aktiviti rasuah yang berlaku membabitkan sektor perkhidmatan awam.

"Di sana sini media melaporkan kegiatan rasuah dan individu-individu dalam perkhidmatan awam yang ditangkap tetapi individu yang memberi rasuah lepas begitu sahaja," katanya.

Menurut Omar, beliau tidak mahu sektor perkhidmatan awam dicap sebagai perasuah dan mahu semua pihak menggembleng usaha bagi memulihkan imej sektor berkenaan daripada terus tercemar.

Beliau berharap agar semua penjawat awam supaya sama-sama memerangi rasuah dengan menjadi pelapor rasuah. Sekiranya penjawat awam bekerjasama sudah pasti gejala ini dapat diperangi dengan lebih berkesan.

Tambah Omar, beliau mahu melihat kadar rasuah menurun sehingga 20 peratus pada 31 Disember ini selepas tiga tahun berturut-turut menunjukkan perubahan positif kadar rasuah dalam perkhidmatan awam. "Sejak tiga tahun kebelakangan ini kadar rasuah telah turun pada kadar yang memberangsangkan dan saya mengharapkan perkembangan berterusan dapat dilihat sehingga tahun 2010 berakhir.

"Cuepacs juga menjalin kerjasama dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi melancarkan perang rasuah hingga ke akar umbi," katanya.

Dalam pada itu Cuepacs tidak pernah menutup ruang rundingan bagi menyampaikan hasrat dan menyuarakan permasalahan penjawat awam kepada pihak kerajaan bagi mencari penyelesaian terbaik. "Cuepacs sentiasa boleh berjumpa dengan pihak kerajaan bagi menyelesaikan masalah penjawat awam tetapi cepat atau lambat ia tertakhluk kepada keadaan ekonomi semasa.

"Sekiranya ekonomi bagus, tidak berlaku ketirisan dan penjawat awam menunjukkan peningkatan produktiviti dalam perkhidmatan, sudah pasti permasalahan-permasalahan itu akan didengar oleh kerajaan," katanya.
zainal-pekena kopok lekor