Wednesday, December 31, 2008

Selamat Tahun Baru 2009


Selamat Tahun Baru 2009 saya ucapkan kepada semua. Semoga 2009 akan memberi kejayaan yang lebih gemilang daripada 2008. Seperti biasa, gambar menara berkembar KLCC yang saya paparkan ini sinonim apabila menyambut tahun baru. Kemeriahannya dapat dirasakan apabila anda berada disana.
---------------------
zainal- tingkat 72 merupakan tingkat yang selalu dikunjungi...

Karom Terbuka UM 2008

Dua hari berturut-turut saya hadir bagi membantu pihak urusetia Kelab Karom Universiti Malaya bagi menjayakan pertandingan Karom Terbuka UM bermula 27hb Disember 2008 hingga 28hb Disember 2008. Penyertaan daripada semua peminat karom daripada seluruh Malaysia telah memeriahkan lagi pertandingan. Karom Terbuka UM acara perseorangan telah dimenangi oleh Encik Mazlan daripada sbu.com. Tahniah diucapkan. Menerima hadiah wang tunai RM 1000.oo berserta hadiah iringan. Pemenang acara bergu pula telah dimenangi oleh bergu daripada Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah. Membawa pulang hadiah wang tunai RM 2000.00 berserta hadiah iringan.
Menjadi salah seorang urusetia merangkap pengadil kejohanan merupakan pengalaman yang berguna apatah lagi ini bukanlah kejohanan yang pertama saya sertai. Sebelum ini, setiap kali adanya kejohanan karom di Universiti Malaya, saya tidak pernah ketinggalan. Minat permainan karom ini telah tersemai sejak saya berumur 12 tahun lagi sewaktu zaman persekolahan dikampung halaman. Sewaktu itu, setiap perlawanan masih lagi menggunakan buah merah bagi menentukan siapa menang tapi zaman ini, penggunaan buah merah tidak lagi menjadi keutamaan.
....................................
zainal-turut serta, perseorangan dan bergu tapi pusingan kedua telah terkeluar.

Tuesday, December 23, 2008

Mesyuarat KKAUM

Mesyuarat Exco pertama selepas mesyuarat Agong pada bulan September telah diadakan pada 23hb Disember 2008. Hari ini, dua mesyuarat telah saya hadiri. 9.00 pagi tadi, mesyuarat Jawatankuasa latihan Teknologi Makmal di Fakulti Sains. Petang pula menghadiri mesyuarat Kesatuan Kakitangan Am Universiti Malaya.

Dipengerusikan oleh Tuan Haji Hussin Mohd Yasin, Presiden KKAUM. Isu-isu yang hangat dibincangkan didalam perkara-perkara berbangkit merupakan isu yang begitu menarik minat ahli-ahli Exco. Saya sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kecil Pengurusan Harta menjadi sasaran utama terutamanya berkaitan pengubahsuaian Apartment KKAUM di Port Dickson. Maklum sajalah, berkaitan peruntukan kewangan yang dikeluarkan.

Sejak saya dilantik menjadi Pengerusi menjaga harta KKAUM, misi saya yang utama adalah memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada ahli-ahli KKAUM dan bertanggungjawab diatas kepercayaan yang telah diberikan. Penambahbaikan Apartment merupakan tugasan yang perlu saya dahulukan disebabkan terlalu banyak komen-komen yang saya terima. Peralatan rosak, kelengkapan yang tidak mencukupi, tidak selesa, kotor dan sebagainya.

Alhamdulillah, semuanya telah saya atasi. Berulang alik dari Kajang ke Port Dickson telah menjadi rutin mingguan. Tanpa mengira wang ringgit, tenaga serta kadang-kadang hingga lewat malam meninggalkan keluarga dirumah. Hati merasa puas setelah semuanya berjalan dengan baik. Kepada teman-teman seperjuangan, terima kasih diatas dorongan dan kata-kata semangat.

.............................
zainal-keikhlasan penting bila diberi kepercayaan.

Mesyuarat JLTM

Seramai 96 orang Pembantu Makmal yang masih belum lagi mengikuti Program Peralihan kata Ketua Unit Latihan, Bahagia Sumber Manusia, Puan Robaayah Mohd Ghazali didalam mesyuarat Jawatakuasa Latihan Teknologi Makmal yang telah diadakan di Bilik Mesyuarat, Pejabat Dekan, Fakulti Sains yang telah dipengerusikan oleh Profesor Dr. Rauzah Hashim. Hadir sama, Encik Shahrizamshazlin Abd Rahim, Penolong Pendaftar, Unit Latihan, Bahagian Sumber Manusia, Universiti Malaya, Professor Dr. Zanariah Abdullah, Ketua Jabatan Kimia serta wakil-wakil dari jabatan.

Persatuan Juruteknologis telah diketuai oleh Presiden, Encik Gopal Krishna, Naib Presiden, Encik Zainal Aris, Setiausaha Kehormat, Puan Kalai Selvi, Penolong Setiausaha Kehormat, Tuan Haji Haron Mohd Salleh, Pengarang Kehormat, Encik Azman Mat Nor, Encik Thomas Verghese serta Encik Azhar Arshad.

Pada Program Peralihan pertama, seramai 59 calon telah lulus sepenuhnya dan telahpun menjawat jawatan Penolong Pegawai Sains, Program Peralihan ke 2 pula, seramai 48 calon telah dan 4 lagi calon gagal.

Mesyuarat JLTM telah membincangkan keputusan peperiksaan Program Peralihan, mengenalpastikan keperluan jawatan Penolong Pegawai Sains di Fakulti serta penempatan ditempat yang bersesuai penjawat serta perbincangan berkaitan pemohonan untuk tahun 2009 hingga 2011 kekosongan jawatan yang diperlukan di Fakulti dan Jabatan.

.......................................
zainal-suasana hangat tapi terkawal

Friday, December 5, 2008

Perjumpaan bersama Naib Canselor Universiti Malaya


“Berdisplin, Berintegriti, Berdedikasi serta dapat menyumbang mempertingkatkan pencapaian” merupakan amanat yang telah disampaikan kepada kakitangan sokongan oleh Y Bhg Prof. Datuk Ghauth Jasmon, Naib Canselor Universiti Malaya di Auditorium Perdanasiswa pada 5hb Disember 2008. Perjumpaan ini merupakan yang pertama semenjak beliau dilantik sebagai Naib Canselor, Universiti Malaya.

Turut hadir, Cik Norilah Salam, Pendaftar, Universiti Malaya, Encik Hussain Mohd Yasin, Presiden Kesatuan Kakitangan Am, Universiti Malaya, semua Ketua Penolong Pendaftar, Penolong Pendaftar dan hampir 1,000 kakitangan sokongan.

Pekerja yang cemerlang merupakan aset yang bernilai dan membawa imej yang baik kepada sesebuah organisasi . Antara ciri-ciri pekerja yang cemerlang ialah menepati masa waktu berkerja, rajin, tekun, berdisiplin, amanah, bertanggungjawab dan niat yang ikhlas untuk mendapatkan keredaan dari Allah s.w.t. di samping mengharapkan pekerjaan itu diterima sebagai ibadah dan amal. Berazam dengan semangat bekerja bersungguh-sungguh sehingga mampu menghasilkan daya cipta dan kreativiti yang berkualiti kepada organisasi dan masyarakat.

Muhasabah diri, menghitung kebaikan dan keburukan yang telah kita lakukan. Pekerja perlu menghisap diri sepanjang hari terutama dalam pekerjaan. Kita perlu menghisap diri di hujung minggu tentang apa yang telah kita laksanakan sepanjang minggu. Dan seterusnya kita perlu menghisap diri di akhir tahun untuk mempastikan apa sebenarnya yang telah dilakukan sepanjang berada di Universiti Malaya.

“Mengubah Universiti Malaya” menjadi diantara yang terbaik didunia merupakan wawasan Naib Canselor. Menjadikan Harvard University, University Of Oxford dan Massachusetts Institute of Technology (MIT) sebagai contoh.

Pekerja perlu tingkatkan lagi produktiviti, tingkatkan kualiti kerja, berkerja bersungguh-sungguh serta buat yang terbaik bagi merealisasikan harapan semua. ‘Kekuatan ada di dalam Universiti Malaya’. Bersama-samalah kita menambahbaikan yang perlu.
...................................
zainal-nasib baik tak tercalon didalam senarai 174 (yang hadir saja tahu fakta ini)

Sunday, November 30, 2008

PSI-Malaysia Trade Union Rights



28hb November hingga 1hb Disember, saya telah menghadiri satu lagi seminar yang telah dianjurkan oleh Public Services International di Hotel Federal, Kuala Lumpur. Seminar bertajuk Turn Workshop on Negotations & Violations Reporting ini merupakan seminar kedua yang saya sertai. Kali pertama sewaktu diadakan di Tawau, Sabah.

Seramai 27 orang peserta serta 4 pegawai utama yang telah dipengerusi oleh Encik Mohd Rozeli Majid, Encik Vinothan dan Encik Ikmal sebagai penceramah serta Puan Kangbili merangkap Pengurus Besar PSI Malaysia.
Isu berkaitan Hak pekerja merupakan tajuk yang dibincangkan. Hak-Hak pekerja selama ini sedikit demi sedikit telah tergugat disebabkan beberapa faktor. Diantaranya wujudnya akta-akta yang menghalang pekerja bersuara dan hak perundingan. Disektor awam misalnya kakitangan awam terikat dengan akuan 'akur janji'. Disektor swasta pula pengecilan dari jumlah keahlian menyertai kesatuan berlaku diserata sektor. Inilah yang membimbangkan. Keahlian daripada maklumat yang diperolehi, hanya 8% sahaja yang bergiat aktif didalam kesatuan.
Pencabulan hak pekerja juga telah dibincangkan dengan jayanya. Perbentangan tugasan daripada peserta seminar perlu difikirkan secara positif bagi menangani masalah-masalah yang diutarakan.
Seminar berakhir pada pukul 12.30 tghari 1hb Disember 2008.
...........................................
zainal-berjumpa kembali kawan-kawan PSI di Tawau.





Wednesday, November 26, 2008

Coretan Di Sabah 5


Berpatah balik dari "Kampung Baru Jumpa" ke Tenom dan terus ke Keningau sejauh 70 Km. keletihan mula dirasakan. Dari Keningau ke Kota Kinabalu lebih kurang 7o Km juga. Sepanjang perjalanan yang lengang dijalanrayanya serta lurus, kepenatan beransur hilang. Dikelilingi bentuk muka bumi yang menghijau saujana mata memandang. Persekitaran yang sungguh bersih dengan udaranya yang nyaman membuatkan hati terbuka untuk meneroka lagi sekiranya ada peluang sebegini. Insyallah, mungkin ke Kudat dimasa akan datang.

Coretan Di Sabah 4


Di Keningau, saya hanya singgah di stesen minyak untuk berehat seketika dan membeli sedikit makanan ringan. Mengisi minyak sambil mata melilau melihat keindahan pekan Keningau. Pesat dan membangun sekali pekan ini. Saya tertarik dengan papan tanda "Tenom" di sebutkan juga KM nya sekali. Bagi mengetahui lebih lanjut lagi, saya bertekad untuk ke Tenom. Meneruskan juga pemanduan tanpa rasa takut dan penat, saya akhirnya sampai juga ke Pekan Tenom. Dengar khabarnya, popular dengan buah kopinya dan masyarakat Murut.
Seterusnya, saya pergi ke Kemabong. Perkampungan yang damai dengan sawah yang sedang menghijau telah menarik minat saya untuk merakamkan foto. Apa yang paling saya tidak akan lupakan, nama sebuah jalan dan kampungnya tertera "Kampung Baru Jumpa". Memang nostalgia betul namanya.





Coretan Di Sabah 3



Dari Beaufort, saya terus berpatah balik bagi meneruskan perjalanan meneroka pekan-pekan lain di Sabah. Sepanjang perjalanan balik, saya sempat singgah di Membakut dan Bongawan. Tanpa bantuan kertas rujukan peta, saya menjadikan papan-papan tanda saja bagi menentukan arah yang seterusnya. Keningau merupakan destinasi saya yang seterusnya. Perjalanan ke Keningau sungguh mencabar. Berbukit bukau disulami dengan cuaca yang agak berkabus. Rupanya-rupanya, saya sedang membelah Banjaran Crocker.

Coretan Di Sabah 2




Jika dulu, Kundansang merupakan pekan paling jauh saya jejaki dan Tawau merupakan pekan ke 2 pernah saya bermalam selama 4 hari 3 malam, keinginan untuk terus meneroka tempat-tempat lain didalam Negeri Sabah berterusan. Semasa saya menaiki sebuah teksi, pemandunya agak peramah berceritakan tempat-tempat menarik yang perlu saya lawati. Pekan Beaufort telah menjadi pilihan saya kali ini. Apa yang lebih menariknya, saya telah menyewa sebuah kereta untuk meneruskan hajat yang telah lama terpendam. Alhamdulillah, saya sampai juga di Pekan Beaufort. Didalam perbualan daripada pemandu teksi tersebut, Beaufort terkenal dengan durian merahnya. Memang betul, saya sempat merakamkan foto durian tersebut.

Coretan di Sabah 1

Sabah merupakan sebuah negeri yang indah. Sebutan popularnya, "Negeri Di Bawah Bayu" telah sinonim bagi rakyak Malaysia. Inilah kali ke 3 saya ke Negeri Sabah. Tahun 2007 ketika menghadiri Seminar Sketma di Universiti Malaysia Sabah selama 4 hari. Tahun 2008, di Tawau dan di Kota Kinabalu. Kali ini berbeza kerana sebelum ini saya begitu malas untuk mencatatkan pengalaman-pengalaman harian. Saya lebih memfokuskan pengambilan foto-foto yang menarik untuk kekawan.


Saturday, November 22, 2008

Temuduga PPS Pengambilan daripada Program Peralihan Ke 2

Seramai 28 calon daripada program peralihan ke 2 telah menghadiri temuduga pada 20hb November hingga 21hb November 2008 bagi mengisi kekosongan jawatan Penolong Pegawai Sains. Pemilihan calon adalah berdasarkan kepada yang telah lulus sepenuhnya daripada peperiksaan sesi 1 tahap 1 sehinggalah tahap 3 dan juga syarat-syarat yang lain seperti telah di sahkan dalam jawatan sebelum ini. Kepada semua, saya ucapkan tahniah. Kepada yang gagal terpilih untuk temuduga tersebut, jangan berputus asa. Rezeki anda tetap ada dimasa akan datang, Insyaallah. Seperti saya juga, 4 kali dipanggil untuk temuduga.
.............................
zainal-teringat pula masa temuduga dulu....

Saturday, November 15, 2008

Mesyuarat Kongres CUEPACS, Kota Kinabalu, Sabah

Mesyuarat kongres CUEPACS telah dipengerusi oleh Presiden CUEPACS, Tuan Haji Omar Osman pada 15hb November 2008 di Tang Dynasty Park Hotel pada pukul 9.30 pagi. Kesemua pegawai utama dan ahli-ahli kongres telah hadir. Pandangan dan pendapat dari semua pihak berkaitan masalah-masalah sektor awam telah dibincangkan dalam keadaan yang sungguh harmoni tanpa perbalahan.

Didalam kata-kata aluan Presiden, kejayaan demi kejayaan telah dicapai terutama berkenaan tuntutan yang telah dikemukakan kepada pihak kerajaan.

Semua ahli Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) telah bersetuju sebulat suara menggesa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) memansuhkan peperiksaan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK). Presiden, Tuan Haji Omar Osman berkata, proses kenaikan pangkat kakitangan awam yang dinilai mengikut prestasi dan temu duga secara lisan oleh ketua jabatan lebih berkesan berbanding kaedah peperiksaan yang digunakan sekarang.

''CUEPACS akan memboikot peperiksaan PTK jika ia tidak dimansuhkan tahun depan dan kita memberi tempoh hingga 31 Disember ini kepada JPA untuk membuat keputusan, sama ada meneruskan sistem itu atau sebaliknya. ''Justeru, kami mahu proses kenaikan pangkat dinilai mengikut prestasi kerja dan temu duga secara lisan oleh ketua jabatan,'' katanya
CUEPACS telah mengadakan perbincangan dengan JPA mengenai kaedah peperiksaan PTK yang baru untuk kakitangan awam Kumpulan Sokongan Satu (Gred 17 hingga 40) dan Kumpulan Pengurusan dan Profesional (Gred 41 hingga 54) sebelum ini. Selain itu, katanya, perbincangan yang sama juga sudah diadakan untuk kakitangan awam Kumpulan Sokongan Dua (Gred 1 hingga 16). Perbincangan kedua-dua pihak tertumpu kepada pemansuhan peperiksaan PTK dan jika ia tidak diterima, CUEPACS mahu kaedah baru iaitu kenaikan pangkat mengikut prestasi kerja dilaksanakan. Katanya, kaedah itu lebih adil berbanding peperiksaan PTK yang diamalkan sekarang kerana ia memberi tekanan kepada kakitangan awam.

Dalam pada itu, Omar berkata, CUEPACS mahu Elaun Kos Sara Hidup (COLA) diselaraskan di seluruh negara. Menurutnya, ketiadaan elaun COLA bagi kakitangan awam dari Sabah dan Sarawak yang berkhidmat di Semenanjung atau kawasan terpencil di negeri masing- masing menimbulkan ketidakpuasan hati mereka terhadap JPA.

Walaupun isu berkenaan sering disuarakan oleh kakitangan kedua-dua negeri itu, tetapi tidak mendapat layanan JPA dan menyebabkan mereka berasa dianaktirikan oleh kerajaan Pusat. ''Kami juga mahu imbuhan tetap perumahan antara RM180 hingga RM230 yang dipersetujui oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada Mei 2007, dilaksanakan pada tahun depan.
Mesyuarat Kongres ditangguhkan pada pukul 1.00 ptg.
.....................
zainal- kali pertama menghadiri mesyuarat kongres setelah 3 kali sebelum ini terlepas.

Majlis Penutupan Seminar Bina Ummah, Kota Kinabalu, Sabah

Setelah 3 hari mengikuti seminar bina ummah anjuran Yayasan Dakwah Islamiah Malayasia dengan kerjasama CUEPACS seluruh Malaysia yang dihadiri oleh pemimpin-pemimpin utama gabungan kesatuan mewakili keseluruhan 1.3 juta pekerja sektor awam, YB. Haji Shabudin Bin Yahya, Timbalan Yang Dipertua, Yayasan Islamiah Malaysia (YADIM) telah merasmikan upacara penutupan.

Didalam ucapannya dihadapan semua peserta seminar, beliau berharap agar perkongsian bijak diantara YADIM dan CUEPACS berterusan bagi melengkapi dan berkerjasama agar kualiti hidup bagi penjawat sektor awam dapat dimantapkan dari masa ke semasa. Seminar tersebut juga diharapkan dapat mengupayakan masyarakat pekerja akan lebih hebat dan berilmu.
Disamping itu juga, kemahiran perbangunan kerohanian dapat dihurai dan dilaksanakan dari satu peringkat ke satu tahap bagi meningkatkan mutu, kualiti serta kemampuan individu itu sendiri.
........................
zainal-petua 7 kali sentuhan akan tetap diingat selalu..

Friday, November 14, 2008

Seminar Bina Ummah, Kota Kinabalu, Sabah

"Memberi kefahaman mengenai agenda besar perjuangan Islam dan peranan bangsa melayu dalam menegakkan agama. Memartabatkan bangsa dan memajukan perjuangan besar itu. Memahami Islam sebagai cara hidup tamadun" merupakan objektif Seminar Bina Ummah anjuran Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia dengan kerjasama CUEPACS, Malaysia. Telah dirasmikan oleh Y Bhg Datuk Seri Panglima Hj. Yahya Bin Husin, Timbalan Ketua Menteri Sabah merangkap Menteri Pertanian Dan Industri Makanan pada 13hb November 2008. Bertempat di Tang Dynasty Park Hotel, Kota Kinabalu, Sabah.

Didalam ucapannya, Y Bhg berkata,
"Saya berharap CUEPACS Sabah mengikut jejak langkah ini, walaupun saya sedar badan ini tidak pernah mengambil tindakan drastik terhadap kerajaan negeri, jabatan atau agensi-agensi tempat mereka berkhidmat. "Ini adalah tugas mereka dan segala tuntutan serta tindakan yang diambil oleh CUEPACS terhadap kerajaan adalah demi kebaikan dan faedah ahli-ahlinya," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Seminar Bina Ummah Bagi Pemimpin CUEPACS dan Kesatuan Gabungan. Seminar tiga hari bermula 13hb Novem hingga 15hb Nov 2008 anjuran bersama oleh Yayasan Dakwah Islamiah dan CUEPACS. Hadir sama, Presiden CUEPACS, Omar Osman dan Pengerusi CUEPACS Sabah, Pengiran Anak Pengiran Mubin selaku penghulu seminar tersebut.
CUEPACS hari ini dihormati bukan sahaja di kalangan penjawat awam tetapi juga di kalangan peniaga, pengilang dan pelabur. "Oleh itu, imej CUEPACS yang saya rasa pada tahap ini cukup membanggakan kerajaan dan ia perlu dipertahankan dan dipertingkatkan lagi," katanya.

"Bagi pihak kerajaan negeri akan sentiasa bekerjasama dan menghormati kesatuan-kesatuan sekerja," Sementara itu, katanya, anggota sektor awam perlu terus meningkatkan lagi kualiti dan integriti perkhidmatan supaya dapat memenuhi harapan dan kehendak rakyat yang merupakan pelanggan kepada kerajaan. Rakyat kini sudah pandai menilai sumbangan dan perkhidmatan kita dan mereka mahu yang terbaik, cepat dan berkesan.

"Oleh itu, Kita perlu melakukan anjakan paradigma supaya selaras dengan hasrat kerajaan dan pucuk pimpinan negara yang sentiasa mengutamakan kepentingan rakyat dalam sebarang tindakannya," katanya. Seminar Bina Ummah itu diharapkan dapat dimanfaatkan sebaik mungkin bukan sahaja di kalangan pemimpin CUEPACS tetapi juga pemimpin kesatuan sekerja gabungan yang lain.

"Sudah tentu, jika kepimpinan sesuatu organisasi itu mantap, berkualiti dan berintegriti, maka hasilnya ialah ahli-ahli akan ikut serta dan sentiasa mengamalkan prinsip kepimpinan yang sama. "Apa lagi mereka terdiri daripada anggota sektor awam, maka kesan kebaikan akan dirasai oleh anggota sektor awam dalam jabatan atau agensi di mana mereka berkhidmat termasuk juga di Sabah," katanya.

Tambahnya, pimpinan kesatuan sekerja turut diingatkan supaya sentiasa menyelesaikan sebarang isu berbangkit melalui perundingan.
........................
zainal-update di warisan rakyat, kota kinabalu.

Friday, October 31, 2008

Majlis Kesyukuran Kenaikan Pangkat


Mengambil keberkatan hari Jumaat, 2 Zulkaedah 1429 Hijrah bersamaan 31hb Oktober 2008, Biro Sukan Dan Rekreasi, PjMUM telah mengajurkan Majlis Kesyukuran kenaikan pangkat Pembantu Makmal yang mengikuti Program Peralihan Sesi 2004 – 2006 kepada Penolong Pegawai Sains.

Majlis Kesyukuran tersebut diadakan bagi memberi penghargaan kepada semua pihak terutamanya Jawatankuasa Latihan Pembantu Makmal, Unit Latihan Bahagian Sumber Manusia, Universiti Malaya, Ketua-ketua Jabatan daripada Fakulti Sains, Fakulti Kejuruteraan, Pusat Asasi Sains, Kesatuan Kakitangan Am, Universiti Malaya serta Gabungan Kesatuan Kakitangan Universiti IPTA Malaysia (GAKUM) yang diketuai oleh Tuan Haji Omar Osman sebagai Presiden selaku Presiden CUEPACS.

Diatas sokongan semua pihak, hampir 95% peserta yang mengikuti Program Peralihan 2004 – 2006 telah berjaya mengisi kekosongan jawatan Penolong Pegawai Sains. Sejarah awal bermula apabila Jawatankuasa Naib Canselor IPTA pada 6.4.2001 telah membincangkan kerjaya dan pengiktirafan Pembantu Makmal di IPTA. Jawatankuasa terlah bersetuju bahawa perlaksanaan terhadap pengwujudan skim perkhidmatan . baru Juruteknologi Makmal Universiti bagi menggantikan skim perkhidmatan Pembantu Makmal di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) perlu disegerakan berdasarkan kepada keperluan asas dan perkembangan teknologi semasa yang meningkat di IPTA. Keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Naib Canselor IPTA telah diperakukan secara prinsip dalam Mesyuarat Pendaftar-Pendaftar IPTA pada 5.6.2001.
.................................................
zainal- majlis kesyukuran idea daripada saya telah menjadi kenyataan....

Saturday, October 25, 2008

MAJLIS MAKAN MALAM CUEPACS KEBANGSAAN

Dewan Majlis Perbandaran Seremban dipenuhi hampir 500 orang wakil daripada Kesatuan Gabungan daripada seluruh Malaysia kecuali Sabah dan Sarawak pada 24hb Oktober 2008 bagi menghadiri Majlis Makan Malam CUEPACS anjuran CUEPACS Bahagian Negeri Sembilan yang diketuai oleh Encik Shazali Bin Hussain selaku Pengerusi CUEPACS Bahagian Negeri Sembilan merangkap Pengerusi Majlis Makan Malam 2008

Menteri Besar Negeri Sembilan, Y.A.B. Dato’ Seri Utama Hj Mohamad Bin Hj Hasan merupakan tetamu istimewa pada majlis tersebut. Y.B Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan, Dato’ Haji Norzam Bin Mohd. Nor pula merangkap Penaung Kehormat Majlis Makan Malam CUEPACS Kebangsaan. Hadir sama, semua Pegawai Tertinggi CUEPACS sessi 2007 – 2010 serta Ahli-ahli Kongres.

Sejumlah 38 Kesatuan Gabungan telah menghantar wakil-wakil pemimpim Kesatuan bagi menghadiri majlis tersebut. Memeriahkan lagi majlis tersebut, beberapa aturcara telah diadakan. Persembahan Kebudayaan oleh Kumpulan Putra Sari Daerah Rembau begitu menghiburkan. Penyampaian Sijil dan Cenderamata serta Cabutan Bertuah turut diadakan bagi memenuhi aturcara-aturcara pada malam tersebut.
Saya bersama ahli-ahli exco KKAUM turut hadir. Pergi ke Seremban dengan memandu berseorangan terasa kebosanan. Selalunya kalau ke Negeri Sembilan terutamanya ke Port Dickson, riuh randah dalam kereta dengan perangai anak-anak sekiranya turut serta. Sunyi betul tanpa anak-anak dalam kereta ketika itu. Walau bagaimana pun disebabkan majlis seperti ini, saya terpaksa meninggalkan keluarga dirumah. Pukul 7.30 malam, saya sampai di Majlis Perbandaran Seremban. Perjalanan pulang, jalanraya tidak begitu sibuk dan lebihkurang pukul 12.00 tengahmalam baru sampai dirumah.

Ucapan oleh Menteri Besar Negeri Sembilan yang sempat saya catitkan:

Beliau berharap agar CUEPACS menjadi ‘Jambatan Dua Hala yang kukuh” agar boleh dilalui sebagai perhubungan yang baik supaya menjadi penghubung diantara Kerajaan dan Pekerja-pekerja Sektor Awam. Sentiasa berkerja kuat tanpa mengadai maruah, jati diri dan martabat. Maruah tidak boleh dijual beli. Amanah agar penjawat Sektor Awam terus disanjung tinggi. Sentiasa memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan-pelanggan dan orang ramai. Berkhidmatlah sebagai beribadah, jujur, sepenuh hati dan ikhlas.

Bertanggungjawab kepada kepercayaan yang telah diberikan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam dan Majikan. Memberi layanan dengan hati yang terbuka serta hati yang manis kepada rakyat yang merupakan ‘majikan’.

Bernaunglah dibawah ‘Bendera Perkhidmatan Awam’ yang merupakan panji-panji perkhidmatan awam selaras dengan sumpah taat setia semasa menjawat jawatan dalam Sektor Awam.
Beliau juga berpesan kepada CUEPACS agar mengutamakan tanggungjawab bagi hal ehwal pekerja-pekerja yang diwakilinya iaitu seramai 1.2 juta diberi keutamaan. Lakukan penimbangtara yang bersesuaian agar perjalanan bagi memberi perkhidmatan dapat ditingkatkan. Sebagai contoh katanya, ‘jangan menyiram bunga dihari hujan’ walaupun ianya merupakan rutin tugasan yang telah diarahkan. Mentaliti seperti ini mesti diperbetulkan oleh penjawat awam.

..............................................
Zainal-sedap menjamu selera, daging salai masak lemak cili padi pada malam tu....

Tuesday, September 23, 2008

Mesyuarat Agong Ke 46 KKAUM

Hari ini, 23hb September 2008 berlangsungnya mesyuarat agong ke 46, Kesatuan Kakitangan Am Universiti Malaya. Inilah mesyuarat agong yang saya hadiri sebagai exco. Tidak seperti sebelum ini, sebagai ahli biasa. Alhamdulillah kehadiran hampir 400 orang ahli melebihi korum bagi mesyuarat boleh dijalankan. Presiden, Encik Husain Mohd Yasin telah mempergerusikan mesyuarat tersebut. Diantara ucapan beliau, merakamkan penghargaan atas kehadiran ahli-ahli yang begitu memerangsangkan walaupun sedang berada dibulan Ramadhan.
Beliau memaklumkan kepada keahlian yang hadir tentang isu-isu yang sedang diperjuangkan oleh pihak kesatuan dengan pihak pengurusan Universiti Malaya. Diantara isu-isu yang sedang diusahakan berhubung pembayaran balik caruman PERKESO kepada setiap ahli. Cadangan bagi pengupredan semua Juruteknik kepada Pembantu Teknik memandangkan telah ramai dikalangan Juruteknik yang sedang berkhidmat mempunyai Diploma. Bagi Pembantu Teknik pula, perubahan nama dicadangkan kepada Penolong Jurutera. Semoga ianya akan diterima oleh pihak Jabatan Perkhidmatan awam.
Walau bagaimanapun, penjawatan tersebut mestilah mengikuti program intensif selama 6 bulan bagi merealisasikan harapan mereka. Kertas kerja telah dilakukan bagi maksud tersebut.
Mesyuarat berakhir pada jam 4.30 ptg.
.....................................................
zainal- macam biasa, mengambil gambar-gambar yang menarik.

Friday, July 25, 2008

Presiden CUEPACS Merasmikan Mesyuarat Agung PjMUM Kali Ke 14

Persatuan Juruteknologis Makmal mengucapkan jutaan terima kasih kepada Presiden CUEPACS, Tuan Haji Omar Osman diatas kesudian beliau serta sokongan yang tidak pernah berbelah bagi bagi merasmikan persatuan PjMUM. Inilah contoh seorang pemimpin Kesatuan yang perlu kita contohi. Walaupun telah popular diperingkat kebangsaan, demi memberi perangsang kepada teman-teman seperjuangan, beliau sanggup meluangkan masa untuk hadir. Tahniah diatas komitmen beliau sejak dari dulu lagi. Persatuan PjMUM amat bertuah dengan kehadiran beliau. Menjadi satu sejarah bagi persatuan dimesyuarat agung ke 14 ini.
Turut hadir Presiden Kesatuan Kakitangan Am Universiti Malaya (KKAUM), Encik Hussin Mohd Yasin selaku Naib Presiden CUEPACS.
Sedikit maklumat saya perolehi daripada ucapan Presiden PjMUM, Encik Gopal Krishna..
"Saya amat gembira di beri peluang untuk berada di kalangan saudara/i sekali lagi untuk menghulurkan sekata dua. Dikesempatan ini, saya mengucapkan penghargaan kepada para semua ahli dan para jemputan yang sudi meluahkan masa untuk berada bersama kita petang ini. Saya juga mengucapkan tahniah diatas komitmen saudara/i hadir pada petang ini. Pandangan saya, menghadiri Mesyuarat Agung adalah tanggungjawap kita bersama. Jika tanggungjawab ini tidak dilaksanakan, tiada gunanya kita menjadi ahli Persatuan atau Kesatuan sesuatu Organisasi".

Persatuan kita telah meningkat usia setahun lagi. Kita boleh berbangga didalam pencapaian setakat ini, kita telah berjaya membuktikan peranan kita di peringkat Universiti maupun di Kementerian Pengajian Tinggi. Lanjutan perbincangan yang diadakan pada 21hb Ogos 2007, Kementerian Pengajian Tinggi telah bersetuju bahawa kakitangan makmal di Universiti diberi peluang penukaran jawatan ke Penolong Pegawai Sains. Diantara pihak yang turut terbabit didalam perbincangan tersebut termasuklah Gabungan Presiden dan Setiausaha Kehormat Kesatuan Kakitangan Universiti Malaysia (GAKUM), Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) serta pegawai-pegawai dari Universiti-Universiti tempatan..
Kata putus daripada hasil perbincangan tersebut, menyarankan agar semua IPTA Awam menjalankan program peralihan bagi memberi peluang kepada semua pembantu makmal Universiti mengikutinya dan melayakan diri untuk dilantik sebagai Penolong Pegawai Sains. Disamping menjalankan program peralihan, pihak Bahagian Sumber Manusia (BSM) IPTA Awam masing-masing perlu mengenal pastikan keperluan jawatan Penolong Pegawai Sains yang diperlukan serta memohon kepada pihak JPA untuk dipertimbangkan bagi pengisian.

Kita harus berbangga, daripada 59 Pembantu Makmal yang telah mengikuti Program Peralihan Pertama, 54 orang telah dilantik sebagai Penolong Pegawai Sains. Dengan kejayaan ini, saya boleh menyatakan dengan bangganya bahawa satu landasan yang kukuh telah diamanahkan untuk setiap kakitangan makmal agar terus menjejak langkah seterusnya bagi merealisasikannya. Sejauh mana keinginan bagi maksud tersebut, terpulang kepada kesediaan individu terbabit. Mengikut skim perkhidmatan Sistem Saran Malaysia (SSM), semua penjawat jawatan awam diberi peluang untuk meningkatkan diri didalam kerjaya mereka. Besarlah harapan saya, sekiranya seseorang itu telah dilantik sebagai seorang Penolong Pegawai Sains, kakitangan tersebut perlulah melibatkan diri sepenuhnya bagi memperolehi kemahiran yang secukupnya dalam menjalan tugas hariannya setelah bergelar Penolong Pegawai Sains.

Dari pengalaman saya sendiri, dengan melibatkan diri dalam penyelidikan, seseorang boleh memantapkan lagi teknik serta pengetahuan serta menambahkan lagi pengalaman. Selain dari penglibatan secara langsung dalam penyelidikan, saya juga ingin menasihatkan supaya kakitangan tersebut berterusan mengikuti apa jua program akademik untuk meningkatkan lagi kelayakan. Saya juga mengesyorkan kepada rakan-rakan saya yang masih muda terus menimba pengetahuan dan meneruskan pebelajaran yang lebih tinggi kerana ianya berkemungkinan anda akan menjadi seorang pensyarah pula dimasa hadapan..

Peluang tidak akan mencarikan kita. Sebaliknya, kita perlu mencari dan mengejar peluang yang ada.. Pandangan kita perlu sentiasa terbuka, usaha perlu berterusan tanpa berhenti kerana perubahan sentiasa berlaku. Seseorang yang berjaya menyiapkan diri untuk menerima cabaran pasti akan berjaya.

Disamping menyentuh tentang keperluan memperbaiki diri, saya juga menyeru kepada semua, khususnya yang telah berjaya dilantik Penolong Pegawai Sains, anda perlu tampil kehadapan untuk membantu Persatuan bagi memberi idea-idea didalam mengiatkan lagi aktiviti-aktiviti dimasa hadapan. Banyak aktiviti dapat kita jalankan sekiranya ada kerjasama sesama kita.. Pada masa lalu, kita pernah menjalankan bengkel/kursus serta latihan. Kegiatan ini harus diberi penghidupan semula. Satu lagi seruan saya, kepada sesiapa yang terlibat bersama dalam penyelidikan, kongsikanlah kepakaran anda bersama rakan-rakan lain – Ini pasti akan turut menggalakan mereka untuk turut melibatkan diri dalam penyelidikan.
Sebagai pengakhiran ucapan saya, saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan saya di Jawatankuasa. Tanpa bantuan mereka kita tidak dapat bergerak sehingga setahap ini. Saya juga mengucapkan terima kasih kepada semua ahli kerana mereka adalah tulang-belakang Persatuan ini. Akhir sekali saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Universiti, GAKUM dan KKAUM atas segala bantuan dan kerjasama yang dihulurkan selama ini sehingga berjaya mencapai matlamat pengupgredan Kumpulan Pembantu Makmal Universiti kepada Penolong pegawai Sains.
...................................
zainal....menjalankan tugas sebagai jurugambar saja....

Tuesday, July 15, 2008

Dialog bersama Setiausaha Agung MTUC

''Kenapa tiada pendekatan untuk berkerjasama diantara MTUC dan CUEPACS berkenaan tuntutan daripada majikan maupun kerajaan. Kenapa MTUC dan CUEPACS tidak seiring didalam sesuatu tuntutan sedangkan kedua-dua Kongres tersebut adalah demi memperjuangkan kebajikan pekerja dan membela pekerja".
Itulah soalan yang saya ajukan kepada Setiausaha Agung MTUC, Encik G. Rajasekaran pada hari penutup kurus Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan di Hotel Plaza anjuran MTUC bahagian Selangor, Wilayah Persekutuan dan PERKESO yang telah secara rasminya ditutup oleh beliau lewat petang 15hb Julai 2008.
Saya sebelum ini sering mengikuti aktiviti-aktiviti anjuran CUEPACS. Inilah pertama kali saya menghadirkan diri pada aktiviti pengajuran MTUC. Saya sebenarnya mewakili Kesatuan saya, KKAUM bagi kursus ini. Banyak pengetahuan dapat saya pelajari. Tajuknya merupakan satu topik yang sedang hangat diperkatakan di Universiti Malaya terutamanya di Fakulti Sains. Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan amat penting kepada pekerja-pekerja tanpa mengira dari penjawat awam ataupun sektor swasta. Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 dan Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (Akta 4) merupakan rujukan penting kepada pekerja.
................................
zainal-bergambar ditempat sempit, terpaksalah menyelit untuk tidak ketinggalan..

Monday, July 14, 2008

Kursus Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan anjuran MTUC


Hari ini 14hb Julai 2008, 2 sekatan jalan raya saya temui, satu selepas tol batu 9, cheras dan satu lagi di jalan Loke Yew. Kuala Lumpur hari ini jem disebabkan sekatan jalan raya yang di buat oleh pasukan Polis. Terutamanya jalan menuju ke parlimen. Keadaan lalu lintas di sekitar ibu kota amat sesak berikutan tindakan pihak polis yang mengadakan sekatan jalan raya yang kononnya untuk menghalang perhimpunan di Parlimen tapi saya tidak mengalami masalah sebab menunggang motosikal kalau nak kemana-mana. Malas nak 'drive' kereta.
Sebenarnya jalan Loke Yew memang laluan utama saya untuk ke Plaza Hotel dijalan Raja Laut untuk menghadiri kursus Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan anjuran MTUC bahagian Selangor dan Wilayah Persekutuan serta PERKESO.
Sesampai saja saya di Plaza Hotel, saya terkejut sebab pengerusi majlis rupa-rupanya kawan lama saya, Encik Zulkarnean. Saya bersama beliau selama 4 hari di Tawau mengikuti kursus anjuran PSI.
Perasmian oleh presiden MTUC, Tuan Syed Shahir Syed Mohamud terlewat hampir 1 jam disebabkan beliau tersekat dalam kesesakkan jalanraya. Didalam ucapan perasmian tersebut, beliau telah mengucapkan tahniah kepada pengajur kerana Kursus Keselamatan dan Kesihatan pekerjaan adalah merupakan kursus yang amat penting kepada pekerja-pekerja diseluruh Malaysia.
Ianya dapat membantu peserta mengenali agensi-agensi kerajaan yang terlibat dalam keselamatan dan kesihatan seperti JKKP, NIOSH dan PERKESO, memberi pendedahan kepada peserta berkenaan Akta Keselamatan dan Kesihatan 1994, menerangkan tanggungjawab majikan dan pekerja terhadap keselamatan dan kesihatan di tempat kerja, memupuk kesedaran dan minat kepada peserta tentang pentingnya keselamatan dan kesihatan di tempat kerja. Peserta akan diberi pendedahan mengenai sejarah keselamatan dan kesihatan di Malaysia. Agensi kerajaan yang terlibat di dalam keselamtan dan kesihatan Akta keselamatan dan kesihatan 1994, polisi keselamatan dan kesihatan, Jawatan kuasa keselamatan dan kesihatan, tanggungjawab majikan dan pekerja terhadap keselamatan dan kesihatan di tempat kerja.
.........................
zainal-pak K.soma cakap, beliau bangga dengan kehadiran ramai peserta...

Saturday, July 12, 2008

Lawatan wakil JPA ke Fakulti Sains

Jumaat, 11hb Julai 2008, saya sempat merakamkan beberapa gambar dan sedikit berita untuk dimuatkan dilaman web juruteknologis makmal yang saya kendalikan. Maklumat sepanjang taklimat saya terima dari Encik V Gopal Krishna, presiden persatuan PjMUM. Beliau telah meng 'e-mail' kepada saya. Terima kasih boss.

Sedikit cerita daripada taklimat tersebut:
Satu taklimat berkaitan peranan Universiti dari segi Pembelajaran, Pegajaran, Penyelidikan serta Perkhidmatan telah diadakan dihadapan wakil pegawai daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) pada hari Juma'at, 11hb Julai 2008. Taklimat telah disampaikan oleh Profesor Dr Rauzah Hashim, Timbalan Dekan (Penyelidikan),Fakulti Sains. Turut hadir, Profesor Dr Lee Chai Peng, Timbalan Dekan (Pembangunan), semua Ketua_ketua Jabatan dari Fakulti Sains diantaranya Profesor Dr Azman Abdul Ghani (Geologi), YBhg Profesor Datin Dr Aishah Salleh (ISB), Profesor Dr Zanariah Abdullah (kimia), Profesor Madya Dr Nor Hasnah Moin (ISM) dan Profesor Madya Rosli Mahat mewakili bagi pihak ketua (Fizik). Hadir sama, YBhg Profesor Dato' A Hamid A Hadi, mantan Timbalan Naib Canselor, Puan Noorihan Ali Yusoff, Ketua Pendaftar Fakulti Sains, Encik Sazali Kamaluddin, Ketua Penolong Pendaftar bersama wakil-wakilnya daripada Bahagian Sumber Manusia serta Encik V Gopal Krishna, Presiden Persatuan Juruteknogis Makmal.
Antara intipati yang dapat disimpulkan semasa sesi taklimat berkenaan adalah untuk mengetahui dengan lebih terperinci peranan Sains & Teknologi di Universiti serta betapa pentingnya peranan kakitangan makmal.
Disamping mendengar penerangan daripada pihak Universiti, pihak JPA juga telah menerangkan serba sedikit tentang Skim Perkhidmatan dan menasihatkan supaya keperluan dikenalpastikan terlebih dahulu dan bilangan jawatan berkaitan yang perlu dipohon berserta dengan justifikasinya. Contohnya jika ada 30 pelajar yang diajar dengan bantuan seorang kakitangan masa dahulu dan kini bilangan tersebut telah meningkat ke 300, bermakna keperluan tambahan jawatan memang diperlukan bagi menampung beban tugasan, walau bagaimanapun jawatan yang bakal diisikan pihak JPA menyerahkan kepada pihak Universiti untuk menanganinya.
Pihak Persatuan telah mengesyorkan agar satu penerangan secara terperinci oleh pihak Bahagian Sumber Manusia kepada semua Dekan, Pengarah dan Ketua Jabatan disetiap Fakulti dan Pusat. Keputusan persetujuan yang telah dibuat di Kementerian Pengajian Tinggi pada 21hb Ogos 2007 perlu disampaikan kepada semua pihak yang terlibat dengan keperluan kakitangan makmal. Persatuan berharap bahawa struktur kakitangan makmal dirombak semula supaya struktur lama digantikan dengan struktur baru. Apa yang dimaksudkan adalah Kumpulan Pembantu Makmal perlu digantikan dengan Kumpulan Penolong Pegawai Sains. Dalam struktur lama Skim Perkhidmatan Pembantu Makmal terletak pada gred C17, C22 dan C26. Ini perlu digantikan dengan Skim Perkhidmatan Penolong Pegawai Sains , iaitu gred C27, C32 dan C38. Hanya dengan berbuat sedemikian, Pembantu Makmal telah diupgredkan kepada Penolong Pegawai Sains selaras dengan tugasan masa kini seperti mengendalikan peralatan canggih, tunjuk ajar penggunaan peralatan canggih, penglibatan dengan kerja-kerja projek atau penyelidikan dan sebagainya.. Mengikut keputusan di KPT, dijangka menjelang tahun 2010/11 tiada lagi pengambilan jawatan dibawah Skim Perkhidmatan Pembantu Makmal di Universiti.
...............................
zainal...harap-harap gred c27,c32,c38 akan digunapakai sebab saya terlibat dalam menyenarai tugas-tugas gred-gred tersebut.

Tuesday, July 1, 2008

Tarikh Penuh Bermakna



Banyak peristiwa penting berlaku pada tarikh 1hb Julai. Diantaranya pengumuman kerajaan kepada penjawat awam berkenaan lanjutan umur persaraan kepada 58 tahun diperhimpunan Hari Pekerja Sektor Awam 2008 yang telah diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya.

Tarikh keramat ini juga amat bermakna kepada saya. Saya dilahirkan pada 1hb Julai 1965. 1hb Julai juga telah memberi satu hadiah paling bernilai dalam hidup saya. Anak perempuan saya, Hazlen Zazulia dilahirkan pada 1hb Julai 2001 iaitu sama tarikh dengan saya.

Pada tarikh ini juga, saya sekeluarga telah mengadakan 'kenduri kecil' meraikan sambutan ulang tahun kelahiran. Sekadar menjemput jiran-jiran.

Gambar diatas saya ambil sebagai kenang-kenangan bukan buat saya. Sebenarnya sebagai memori kepada kanak-kanak generasi akan datang. Inilah wajah-wajah yang bakal menyambung perjuangan kita nanti. 20 tahun akan datang (masa tu umur saya 63 tahun kalau panjang umur dan Hazlen 27 tahun), mungkin diantara mereka-mereka inilah bakal menjawat jawatan yang lebih baik daripada saya dan mungkin juga memimpin di Kesatuan-kesatuan sekerja seperti kita. Mudah-mudahan

....................................

zainal- seronok bila dah ramai-ramai berkumpul..

Monday, June 30, 2008

Helo Malaysia Astro 502

Saya terlepas untuk menghadiri mesyuarat Kongres Cuepacs pada 28hb Jun 2008 disebabkan surat jemputan terlewat tiba ditangan. Jumaat petang baru Puan Shanti, setiausaha dipejabat KKAUM menelefon saya. Malangnya, disebabkan kesibukan dengan gotong royong di Jabatan, saya memohon En Azman Mat Nor mengambilnya. Bukan tujuan untuk mengarah beliau tapi terlanjur beliau akan ke pejabat KKAUM untuk mengambil kunci apartment Port Dickson bagi tujuan penyelengaraan dan bancian peralatan kerosakan yang perlu dibaiki dan digantikan bersangkutan surat saya kepada KKAUM untuk penambahbaikan apartment tersebut. Sebenarnya itulah surat rasmi saya kepada KKAUM dan tugasan pertama saya setelah dilantik sebagai pengerusi biro yang menjaga hal ehwal harta KKAUM. Harap-harap permohanan saya akan diterima demi kebaikan bersama. Almaklumlah, hampir lebih 10 tahun, tiada penyelengaraan penambahbaikan dilakukan. Budget pun ada, apa salahnya.

Oh ya, sebenarnya bukan cerita pasal apartment hendak saya kongsi disini tapi berkaitan rancangan Helo Malaysia yang disiarkan di saluran Astro 502. Malam sabtu lebih kurang pukul 8.00 pm saya telah menerima sms daripada Presiden KKAUM selaku Timbalan Presiden CUEPACS, Encik Husain Mohd Yasin. Sms mengatakan beliau akan menjadi tetamu dalam rancangan tersebut. Tepat 10.30 pm, saya telah bersedia didepan TV bagi mengikuti rancangan tersebut. Boleh tahan juga bos saya ni menjawab secara spontan soalan yang dikemukakan oleh pengacara rancangan tersebut.

Diantara resolusi kongres CUEPACS adalah:
1. Menyelaraskan COLA pekerja awam kepada RM 500 sebulan seluruh negara
2. Menolak secara rasmi cadangan pembayaran gaji kali dua bulan
3. Menolak cadangan pengurangan potongan caruman KWSP kepada 7 %.
4. Mempastikan perlaksanaan pengagihan permit perniaga kecil diberikan kepada yang berhak
5. Meminta kerajaan mempercepatkan proses penghantaran pulang pekerja asing

Isteri saya yang turut serta mengikuti rancangan tersebut pun kagum dengan beliau. Bukan saya nak puji atau bodek dalam perkara ini, saya telah beberapa kali bersama beliau didalam mesyuarat bulanan KKAUM dan dari permerhatian saya, beliau cukup tenang dan berwibawa menjadi pengerusi mesyuarat dari awal hingga akhir. Kepimpinan beliau boleh dijadikan contoh.

Gambar atas tu sebenarnya bukan daripada rancangan Helo Malaysia tapi saya ambil semasa KKAUM mengadakan taklimat opsyen persaraan 58 tahun pada hari Rabu 25hb Jun 2008 di Dewan Kuliah 2, Fakulti Ekonomi jam 4.30 ptg kepada kakitangan sokongan Universiti Malaya yang turut hadir, Setiausaha Kehormat Encit Vinot dan Encik Razak (Orang kuat CUEPACS).

Sedikit maklumat berkenaan umur layak diberi pencen bagi anggota yang bersara pilihan telah diberikan penerangan pada petang itu tapi saya terkilan dengan jumlah kehadiran ahli-ahli pada sesi tersebut. Amat mendukacitakan.

.........................................
zainal- sempat rakam video rancangan Helo Malaysia....lenguh tangan dibuatnya.

Wednesday, May 21, 2008

Temuduga kali ke 3

Datang lagi untuk kali ke 3. Tiada sifat berputus asa. Itulah semangat yang telah ditunjukkan oleh semua teman-teman yang belum lagi dilantik ke jawatan Penolong Pegawai Sains. Harap-harap kali ini, impian menjadi kenyataan. Seramai 35 calon hadir pada 20hb Mei hingga 21hb Mei 2008 bagi sesi pengambilan baru. Saya sempat risik-risik jumlah calon dari Cik Zubaidah dari Bahagian Sumber Manusia yang membantu didalam pengambilan kedatangan ditemuduga tersebut.
Apa yang menarik, Kementerian Pengajian Tinggi telah meluluskan sejumlah 43 jawatan kosong Penolong Pegawai Sains yang perlu diisi pada tahun 2008. Rasa-rasanya peluang kali ini amat cerah. Kalau ada rezeki tak akan kemana.
Gambar diatas sempat saya rakamkan sebelum semua penemuduga hadir. Dah bertambah canggih bilik Court ni. Kali pertama saya hadir pada tahun 1985 semasa menghadirkan diri dalam temuduga. Ketika itu, umur baru 20 tahun. Kini saya hadir pada tahun 2008 ketika berumur 43 tahun. 23 tahun telah berlalu.
zainal.......Penemuduga semuanya baik-baik belaka

Sunday, May 11, 2008

Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Fakulti Sains


Hari jumaat 9hb Mei 2008, saya mendapat surat secara 'offical' dari Pejabat Dekan, Fakulti Sains. Terkejut pada mulanya. Setelah dibuka, baru saya tahu isi kandungannya. Ingatkan apa dia, rupa-rupanya, saya telah dilantik menjadi salah seorang ahli jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan bagi Fakulti Sains. Surat ditandatangan oleh Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan, Prof. Dr Lee Chai Peng selaku Timbalan Dekan (Pembangunan). Saya pernah belajar dibawah Prof. Lee. Beliau mengajar subjek berkaitan Fosil didalam matapelajaran Geologi masa program peralihan yang saya ikuti.
Atas kepercayaan yang diberikan kepada saya, saya ucapkan ribuan terima kasih.
Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Fakulti Sains telah mengadakan mesyuarat dan perbincangan pada 8hb Mei 2008, dipengerusikan oleh Timbalan Dekan (Pembangunan) Profesor. Dr Lee Chai Peng selaku Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Fakulti Sains. Turut hadir semua ketua penyelaras keselamatan jabatan. Prof MafyaRosli Mahat (Jabatan Fizik), Prof. Madya Dr. Richard Wong Chee Seng (Jabatan Kimia), Dr Nur Iskandar Taib (Jabatan Geologi), Dr Ghufran Redzuan (ISB), Prof. Dr Wong Peng Choon (ISM)Encik Zufri Mamat (JPS&T), En. Abd Rahman Mohamed (Pejabat Dekan), Encik V.Gopal Krishnan dan Encik Zainal Aris mewakili Exco Fakulti Sains, Kesatuan Kakitangan Am Universiti Malaya (KKAUM) serta En Patrick Lee Kok Yuen sebagai Setiausaha Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Fakulti Sains.
Pada 16hb April hingga 18hb April 2008, kursus berkaitan Keselamatan dan Kesihatan telah diadakan. Bertempat di Jabatan Kimia. Penceramah, Puan Susanna Ameriyanti Suwandi, Pegawai Projek Keselamatan & Kesihatan, Universiti Malaya selaku Setiausaha JAKPUM dari Jabatan Pendaftar.
Diantara objektif utama Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Fakulti Sains adalah bagi:
1. Melahirkan kesedaran tentang keselamatan dan kesihatan di tempat kerja.
2. Mengenal pasti dan memperbaiki keadaan dan perbuatan yang tidak selamat.
3. Memberi cadangan untuk pembaikan berterusan.
Semoga dengan aktiviti-aktiviti OSH untuk fakulti seperti HIRA, Pemeriksaan Tempat Kerja, Penyiasatan Kemalangan dan Kempen Keselamatan yang telah dijalankan ini, hasrat JAKPUM untuk memperolehi Sijil OSHAS 18000 dalam tempoh 2 tahun akan menjadi kenyataan.
....................................
zainal....pelik sebab dalam jabatan, saya tiada dalam jawatankuasa keselamatan dan kesihatan tapi orang lain percayakan saya.

Perhimpunan Hari Pekerja 2008 di Putrajaya


Kali kedua saya dapat hadir di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya. Kali pertama pada Majlis Perdana Perkhidmatan Awam (MAPPA) ke 8. Serba sedikit cerita dapat saya kongsi bersama pada perhimpunan kali ini, ada dibawah.


'Sektor Awam Cemerlang Negara Gemilang' adalah tema Hari Pekerja Sektor Awam 2008 anjuran Jabatan Perkhimatan Awam (JPA) yang telah diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 10hb Mei 2008. Universiti Malaya telah mewakilkan 27 orang kakitangannya daripada pelbagai Fakulti dan Jabatan. Diketuai oleh En Hussain Mohd Yasin, Presiden KKAUM selaku Timbalan Presiden CUEPACS.
Perdana Menteri, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan, Ketua Pengarah JPA, Tan Sri Ismail Adam, Presiden CUEPACS, Tuan Haji Omar Osman, Timbalan-Timbalan Presiden dan semua ahli Kongres CUEPACS serta hampir 3000 kakitangan awam turut hadir.
Pengumuman daripada 5 tuntutan yang dikemukakan oleh CUEPACS sejak tahun 2007 oleh Perdana Menteri, hanya 3 daripada tuntutan telah mendapat perhatian sewajarnya daripada kerajaan. Sebelum ini, tuntutan honorium sebanyak RM 2,000 untuk semua penjawat awam tanpa mengira pangkat telah ditolak. Keputusan kerajaan menerima tuntutan CUEPACS iaitu usia bersara dilanjutkan kepada 58 tahun, peperiksaan tahap kecekapan (PTK) dan pencen mengikut fomula berasaskan tempoh perkhidmatan sehingga 30 tahun telah mendapat tepukan yang gemuruh dari semua yang hadir didalam dewan.
Kerajaan bersetuju untuk menghitung pencen mengikut formula berasaskan tempoh perkhidmatan sehingga maksimum 30 tahun bagi semua pesara dan penerima. Perkara itu diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi ketika berucap pada Perhimpunan Hari Pekerja Sektor Awam 2008 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya. Bagaiamanapun, kadar pencen yang dihitung semula akan hanya diberi mulai 1 Januari 2009 tanpa bayaran tunggakan. Kerajaan bersetuju bahawa ibu atau bapa pegawai kerajaan yang meninggal dunia tanpa meninggalkan waris dibayar pemberian sekali atau ex-gratia dan bukan pencen terbitan.
' Saya bukan seronok (lihat) orang (penjawat awam) susah dan jika boleh tolong, saya akan tolong tetapi jika tidak boleh, apa boleh buat' kata Perdana Menteri dalam ucapannya. Kerajaan juga memutuskan untuk meningkatkan umur persaraan daripada 56 tahun kepada 58 tahun mulai 1 Julai 2008 selaras dengan tuntutan CUEPACS sebelum ini. Mengenai PTK, perdana menteri berkata, sebenarnya sejak tahun 2003, kerajaan telah menambah baik kaedah pelaksanaannya termasuk menambah kekerapan pelaksanaannya agar urusan pengembangan kerjaya pegawai dapat dipercepatkan. Bagi pegawai Gred 1 hingga Gred 16, kaedah ujian bertulis tidak akan digunakan untuk PTK. Lembaga penilaian kompetensi kementerian, negeri dan agensi akan menentukan kaedah lain sebagai ganti dan bagi pegawai-pegawai gred-gred lain, kaedah yang sedang dilaksanakan juga akan dikaji semula dan dilaksanakan secara berperingkat.
Bagi tuntutan-tuntutan lain yang dikemukakan oleh Cuepacs, termasuk semakan semula kadar imbuhan tetap perumahan atau penyerapan masuk kakitangan kontrak sebagai kakitangan awam, ianya masih dalam penelitian kerajaan dan keputusannya akan diumumkan tidak lewat dari pembentangan Belanjawan Negara 2009.
......................................
zainal...kali pertama duduk dibarisan ahli kongres CUEPACS

Thursday, May 1, 2008

Hari Pekerja, 1hb Mei 2008


Jumpa lagi dengan Presiden CUEPACS, Tuan Haji Omar Osman di Johor Bahru, pada sambutan hari pekerja sektor awam peringkat kebangsaan 2008 anjuran CUEPACS di Dewan Jubli Intan. saya sempat membuat sedikit catiatan untuk mengaktifkan blog ini setelah sekian lama tiada berita-berita menarik. Petikan dari ucapan-ucapan Menteri Sumber Manusia, Malaysia, Y Bhg Datuk Dr. S. Subramaniam, ucapan Tuan Haji Omar dan tambahan daripada pengetahuan 'ciput' saya.
Sambutan Hari Pekerja Sektor Awam Peringkat Kebangsaan 2008 Anjuran CUEPACS yang telah diadakan di Dewan Jubli Intan, Johor Bahru, Johor. Kehadiran hampir 2000 orang ahli daripada pelbagai gabungan kesatuan telah melakar sejarah kerana inilah sambutan yang julung-julung kalinya diadakan di Negeri Johor semenjak penubuhan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam secara rasminya pada tahun 1959. Penubuhannya adalah disebabkan beberapa faktor. Diantara matlamat utamanya ialah Membela Hak dan Kebajikan pekerja-pekerja sektor awam.

Dirasmikan oleh Y Bhg Datuk Dr. S. Subramaniam, Menteri Sumber Manusia, Malaysia. Turut hadir Presiden CUEPACS, Tuan Haji Omar Bin Osman, Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Manusia, Dato’ Thomas George, Timbalan Presiden 1, Encik Azih Bin Musa, Timbalan Presiden 2, Encik Hussain Bin Mohd. Yassin, Presiden-presiden Gabungan Kesatuan Sekerja seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak serta pengerusi pengelola sambutan, Encik Mohd. Shaman Bin Jaes.

‘Smart Partnership’ berkaitan rundingan dan muafakat memperjuangkan hak-hak pekerja merupakan tulang belakang antara Kesatuan dan Kerajaan. Semangat perpaduan Kesatuan Sekerja dalam menempuh cabaran daya saing, pemikiran matang serta memberikan perkhidmatan yang berkualiti telah berjaya meningkatkan kualiti, produktiviti dan intergriti kepada kedua-dua pihak. Pada taat ikrar yang diketuai oleh Setiausaha Agung, Encik Ahmad Shah Bin Mohd Zain, setiap pekerja perlu bekerja keras, memperkayakan diri dengan sikap masyarakat yang berminda kelas pertama serta berazam menjadi pekerja berinovatif dan kreatif, komitmen serta berazam agar kesatuan sekerja suatu hari nanti akan dihormati, disegani serta disanjung bersesuai dengan tema Hari Pekerja pada tahun ini ialah Pekerja Inovatif, Negara Kompetitif.

Menteri Sumber manusia juga telah mengarahkan agar pihak sektor awam mengoditkan Keselamatan dan Kesihatan (OSHA) ditempat kerja bagi menjamin persekitaran kerja yang selamat. Memberi latihan-latihan lanjutan bagi penambahan pengetahuan dan berkerja dengan penuh tanggungjawab, ubah sikap serta cara berkerja agar permasalahan dapat diselesaikan secara pratikal dan terbuka khususnya perhubungan perusahaan, perundingan secara bertolak ansur.
zainal.....Hidup pekerja, hidup pekerja, hidup pekerja

Monday, April 28, 2008

Pasukan Karom Zon 7


Terima kasih atas komitmen anda semua. Walaupun gagal dalam sasaran untuk menjadi juara, tempat ke 3 telahpun membuktikan bahawa kita juga telah berjaya jika dibandingkan pada tahun-tahun sebelumnya. Saya sebagai pengurus buat julung kalinya, mengharapkan agar tahun 2009 kita bangkit dan memperbaiki segala kesilapan yang telah kita lakukan. Semoga ianya menjadi lebih baik...

Tuesday, January 29, 2008

Majlis Perdana Perkhidmatan Awam (Mappa) kelapan

Bagus juga kalau tiap-tiap bulan dapat menghadiri majlis-majlis yang dihadiri oleh VVIP ni. Dapat juga berjumpa depan-depan tapi sekadar ambil gambar aje. Kalau tak, hanya sekadar tengok dalam TV atau surat khabar aje. Kira oklah tu...Dapat jumpa Perdana Menteri Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Sidek Mohd Hassan, dapat tengok Ketua Polis Negara Tan Sri Musa dan ramai gak lagi...tak larat nak sebut... yang peliknya satu, sorang pun tak jumpa member-member dari Kesatuan dalam dewan tu...kat mana diorang duduk tah...

Macam biasalah, saja buat sibuk. Buku catitan mesti ada...sempat gak tulis mana yang patut sebagai bahan. Adalah sikit sebagai memenuhi ruang blog ni yang setahun sekali baru diupdate...bolehlah.

“Kesepakatan Bersama Menjamin Kesejahteraan Pentadbiran Negara” adalah tema pada Majlis Perdana Perkhidmatan Awam (Mappa) kelapan yang berlangsung di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Antarabangsa (PICC) Putrajaya. Perdana Menteri Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd. Sidek b. Hj. Hassan merupakan tertamu kehormat.

Dihadiri oleh lebih 3,000 kakitangan perkhidmatan awam berbagai jawatan serta lintas langsung di Sabah yang dihadiri oleh 600 orang termasuk Ketua Menterinya Y.A.B. Datuk Musa Haji Aman dan 650 orang kakitangan perkhidmatan awam di Sarawak.

Perdana Menteri berkata kecekapan kerajaan serta peningkatan tahap kemampuan perkhidmatan tanpa menambah bilangan pekerja dan tanpa penambahan kos serta bertekad untuk berusaha bagi penambahbaikan kearah posisi yang lebih baik. Sektor perkhidmatan awam di negara ini perlu sentiasa bersedia menghadapi cabaran, menonjol kemampuan dan kebolehan dalam menghadapi saingan agar perkhidmatan yang diberikan akan beroleh kejayaan yang lebih tinggi dan diiktiraf sebagai perkhidmatan awam kelas pertama.

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berpuas hati setelah penubuhan PEMUDAH (Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan) kerenah birokrasi agensi-agensi kerajaan yang terlibat dalam proses memberi kelulusan kepada pelbagai permohonan untuk menjalankan perniagaan di negara ini dapat dikurangkan.

Selain itu katanya, pelbagai usaha yang dijalankan oleh kerajaan sepanjang tahun 2007 lalu untuk meningkatkan mutu perkhidmatan awam kini menampakkan hasil dan jumlah rungutan daripada masyarakat berhubung perkhidmatan kerajaan semakin berkurangan.

Lapuran setengah tahun ke 2 (2007) adalah permulaan yang amat memberangsangkan. Pihak pentadbiran, media serta orang ramai dapat merasakan satu perubahan positif.Perdana Menteri berharap agar tahun 2008 akan menjadi fasa perkasaan, mengulangi standard yang sudah dicapai bukan kecemerlangan, tetapi peningkatan dalam standard dan pencapaian, hingga setaraf dengan mereka yang terbaik atau 'best in its.Beliau juga mengingatkan kakitangan awam sentiasa menggekalkan sistem penyampaian yang pantas dan cekap agar dapat memberikan manfaat kepada rakyat termasuk menangani gejala rasuah.

"Tak usah fikir pasal gagal, tak boleh buat ke apa ke. Tiada pilihan melainkan berjaya, berjaya, berjaya," katanya diakhir ucapannya.

Bahagian Pembangunan Organisasi & Pentadbiran telah menghantar wakil staf Universiti Malaya terdiri dari pelbagai kategori untuk menghadiri Majlis Perdana pada hari Isnin, 28hb Januari 2008, jam 9.00 pagi.

Puan Koh Ai Peng dan Cik Pauziah Mohamad (Perpustakaan Utama), Puan Haslina Abd. Hamid dan Puan Nor’ain Mohamed (Pusat Teknologi Maklumat), En. Azizul Hakim Mashkuri dan Puan Norsalwan Ngah (Jabatan Bendahari), En. Adnan Baharudin dan En. Mohd. Hanif Abu Chek (JPPHB), En. Mahaganapathy a/l Dass@Paskaradass (ISC), Puan Aziah Saad dan Cik Fakhriatul Azhan Abd. Aziz (Bah. Hal Ehwal Pelajar & Alumni).

Kesatuan Kakitangan Am (KKAUM) diwakili oleh En. Zainal Aris, En. Razak Darus, Tuan Hj Haron Mohd Salleh, En. Shaharudin Mohd Basar, En. Norizam Omar, En. Manap Yosop, Puan Suzana Muhamad Zain, Puan Maimun Ramli, En Abdul Halil Johari, Puan Minah Ramli serta En. Jabarudin Jaafar.

.....................................
zainal......rasa kerdil bila masuk Dewan Plenari...