Friday, May 1, 2009

Majlis Makan Malam CUEPACS, Melaka

Majlis Makan Malam Sempena Hari Pekerja Peringkat Kebangsaan anjuran CUEPACS Bahagian Negeri Melaka telah diadakan pada 30hb April 2009 bertempat di Hotel Renaissanse, Melaka. Dihadiri hampir 780 orang ahli-ahli gabungan CUEPACS seluruh negara.

Presiden CUEPACS, Tuan Haji Omar Osman, Tuan Haji Asran Mamat selaku Pengerusi CUEPACS Bahagian Melaka serta semua pegawai tertinggi CUEPACS bersama-sama meraikannya. Majlis makan malam ini merupakan majlis bagi sambutan Hari Pekerja pada 1hb Mei 2009 yang akan diadakan Dewan Taming Sari, Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah, Ayer Keroh.

YAB Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Mohd Rustam merupakan tetamu kehormat dimajlis tersebut. Turut hadir, Datuk Bandaraya Melaka bersejarah EncikYusof Jantan, Setiausaha Sulit Kerajaan Melaka, Dato Wira Omar Kaseh.

Dalam ucapan YB Ketua Menteri, beliau berkata:

”Penjawat Awam perlulah bersemangat dan berkerja kuat”. Tingkatkan kualiti didalam perkhidmatan agar menjadi lebih dinamik dan inovatif. Penjawat awam merupakan pengerak bagi negara”.

Penjawat awam hendaklah sentiasa meningkatkan kecekapan dalam sistem penyampaian khidmat awam, mengatasi karenah birokrasi dan penyelewengan. Dari pengalaman beliau, karenah birokrasi diawal tahun 70an begitu ketara. Dasar kerajaan adalah arah tujuan sesebuah kerajaan terhadap rakyatnya. Ini dilakukan dengan pelbagai tindakan yang melibatkan perancangan berterusan. Dengan yang demikian penglibatan kedua-dua pihak samada penjawat awam maupun pihak yang memerintah saling bergantung satu sama lain.

Perkongsian pengalaman diantara kerajaan dan penjawat awam amat diperlukan. Sebagai bekas penjawat awam, beliau menasihatkan agar sentiasalah berusaha untuk memperbaiki diri. Teruskan usaha untuk melanjutkan pelajaran kerana bagi beliau, penjawat awam yang berpendidikan tinggi akan mendapat insentif suatu hari kelak.

Terdapat 30,000 penjawat awam di Negeri Melaka.

No comments: