Thursday, May 14, 2009

Dialog Bersama Ketua Setiausaha Negara

Peristiwa 13 Mei pada tahun 1969 ialah rusuhan kaum yang berlaku dan kemuncak masalah perpaduan di Malaysia. Tragedi ini yang mengakibatkan kehilangan nyawa serta harta benda dan mempunyai kaitan yang rapat dengan "Pilihan Raya Umum 1969" merupakan satu titik hitam dalam sejarah negara Malaysia.

Isu-isu perkauman yang menyentuh emosi dan sentimen menjadi tema utama sepanjang kempen pilihanraya yang telah menaikkan semangat kaum-kaum di Malaysia. Semasa kempen Pilihan Raya 1969, calon-calon pilihan raya serta ahli-ahli politik terutamanya daripada parti pembangkang, telah membangkitkan soal-soal sensitif berkaitan dengan Bahasa Kebangsaan (Bahasa Melayu), kedudukan istimewa orang Melayu sebagai (Bumiputera) dan hak kerakyatan orang bukan Melayu. Hal ini telah menimbulkan perasaan perkauman dan syak wasangka.

Tapi hari ini, 13hb Mei 2009, pelbagai kaum daripada penjawat awam telah berkumpul di Auditorium Perdana, Wisma Radio, Angkasapuri bagi mendengar serta berdialog bersama Ketua Setiausaha Negara. Tiada menyentuh isu-isu perkauman, isu politik apatah lagi membangkitkan soalan-soalan sensitif berkaitan hak-hak istimewa kaum di Malaysia.

KPI dan INTEGRITI merupakan isu dalam wawancara khas bersama Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan di Dialog@ 1,TV. Pengantara bagi majlis tersebut adalah Tuan Sayed Munawar b. Syed Mustar. Dihadiri hampir 1,100 orang kakitangan sektor awam serta wakil-wakil daripada Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO).

Perkhidmatan Awam Malaysia dan juga Negara dalam usaha tuk memperlengkapkan diri serta melibatkan penilaian secara kritikal ke atas Perkhidmatan Awam dari segi kekuatan dan kelemahan serta keupayaannya untuk memastikan tercapainya perkara-perkara yang telah ditetap dan dijanjikan oleh Kerajaan untuk dicapai dalam usahanya yang berterusan bagi merealisasikan objektif Wawasan 2020 dan seterusnya.

Ini memerlukan fokus yang jelas diberikan kepada usaha-usaha yang boleh dilakukan oleh Perkhidmatan Awam yang berperanan penting dalam usaha untuk mencapai sasaran-sasaran yang telah ditetapkan di dalam RMKe-9. Kejayaan pelaksanaan RMKe-9 ini bergantung kepada jentera Kerajaan yang dipacu oleh penjawat-penjawat awam yang mana keupayaan mereka untuk melakukan perubahan minda adalah diperlukan dalam meningkatkan tahap penyampaiannya setaraf dengan piawaian dunia.


Untuk mengekalkan budaya berprestasi, akauntabiliti, dan ketelusan, tahap penyampaian Perkhidmatan Awam akan diukur dan dikaitkan kepada indeks-indeks prestasi yang diterbitkan dan diaudit secara berkala. Ini termasuk mengkaji semula dan memperkasakan keupayaan perancangan strategik agensi-agensi dalam penyampaian perkhidmatan dan output kepada orang awam dan sektor swasta.

Melaksanakan Piawaian Penyampaian Perkhidmatan di semua Kementerian dan Pihak Berkuasa Tempatan melalui pengukuran Petunjuk Utama Prestasi (KPI). Memantau dan Menguatkuasa Piawaian Penyampaian Perkhidmatan. Ini termasuk maklumbalas yang dipantau secara terus oleh Pejabat Ketua Setiausaha Negara.

Perkhidmatan awam Malaysia sentiasa menggalakkan penjawat-penjawatnya memiliki sifat sentiasa ingin mendengar apa jua permasalahan dan juga cadangan daripada orang ramai. Sikap ”saya tahu apa yang terbaik untuk anda” haruslah dikikis dan digantikan dengan pendekatan di mana Perkhidmatan Awam perlu lebih peka terhadap kehendak masyarakat.

‘Bukan setakat melihat tetapi melaksanakan’. Sudah pasti ada pihak yang meragui pendekatan yang diambil ini. Walaubagaimanapun, salah satu ciri kecemerlangan ialah melaksanakan sesuatu dengan penuh yakin bahawa kita akan berjaya sekiranya kita benar-benar percaya bahawa kita memiliki keupayaan untuk melaksanakannya.

Pada masa ini, Perkhidmatan Awam Malaysia terdiri daripada 1.2 juta orang, iaitu nisbah 26 warganegara untuk setiap Penjawat Awam. Adalah menjadi tanggungjawab setiap warganegara Malaysia untuk memastikan yang aset negara ini dapat digerakkan secara berkesan bagi mengekalkan kemajuan, keamanan dan kemakmuran negara.

Negara mengharapkan dan menuntut penyediaan perkhidmatan awam yang cemerlang untuk kebaikan semua, dan kita sewajarnya menyahut cabaran ini bersama-sama. Keujudan kita adalah untuk memberi perkhidmatan kepada orang ramai. Sehubungan itu, kita sewajarnya memastikan tahap Perkhidmatan kita memenuhi harapan dan ekspeksasi pelanggan. Bagi kita dalam Perkhidmatan Awam, matlamat utama adalah untuk menunaikan janji kita kepada Rakyat dan Negara.
.............................................
zainal-bersebelah Tuan Sayed Munawar semasa solat Maghrib.

No comments: