Friday, May 1, 2009

MULAI 2009, CUEPACS AKAN LEBIH INOVATIF, BERINTEGRITI & DIHORMATI

Dewan Taming Sari, Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah mencatat satu sejarah apabila hampir 2,000 ahli gabungan CUEPACS berhimpun sempena sambutan Hari Pekerja 1hb Mei 2009 anjuran CUEPACS Bahagian Melaka. Perhimpunan ini merupakan sambutan yang ke 2. Tahun 2008, sambutan Hari Pekerja telah diadakan di Johor Bahru.

Dirasmikan oleh YB Datuk Dr. S. Subramaniam, Menteri Sumber Manusia. Hadir sama, Datuk Bandar Melaka, Encik Yusof Jantan, Encik R.Perumal, EXCO kerajaan Negeri yang mewakili Ketua Menteri Melaka, Presiden CUEPACS, Tuan Haji Omar Osman, semua Pegawai Tertinggi CUEPACS serta Tuan Haji Asran Mamat selaku Pengerusi CUEPACS Bahagian Melaka.

"Mulai 2009, CUEPACS akan lebih Inovatif, Berintegriti, Berdisplin dan lebih dihormati didalam memperjuangkan hak-hak dan kebajikan pekerja sektor awam". Tuan Haji Omar dalam ucapannya dihadapan hampir 2,000 pekerja yang turut sama pada sambutan tersebut. Sektor perkhidmatan awam merupakan tulang belakang bagi pentadbiran negara. Bergerak bersama-sama 1.2 juta penjawat awam menuju matlamat bagi perbangunan negara. Saling berkerjasama dan bertanggungjawab demi kepentingan negara. Walaupun didalam keadaan ekonomi Malaysia yang terdedah kepada kesan kemelesetan ekonomi global.

Angka tidak rasmi, hampir 27 ribu orang pekerja telah diberhentikan, 70 ribu orang kekurangan kerja dan gaji. Sebagai langkah bagi menangangi masalah tersebut, Kerajaan sentiasa memberi peluang-peluang baru seperti memperbanyakkan latihan kemahiran. Ketua-ketua Jabatan disektor awam digesa agar mencari internatif serta idea-idea untuk mengadakan program-program tertentu, mengadakan dialog-dialog bertujuan mencari perdekatan baru bagi mencapai objektif penambahbaikan perkhidmatan disektor awam dan mengenal pasti tahap kemahiran penjawat awam agar dapat diamalkan pada perkhidmatan yang lebih efeksen dari masa ke semasa.

Sementara itu, Kementerian Sumber Manusia menjangkakan Peraturan Kerja Separa Masa untuk pekerja sektor awam dan swasta bekerja selepas waktu kerja dapat dilaksanakan pada bulan depan.
Menteri Sumber Manusia Datuk Dr S. Subramaniam berkata kementeriannya kini di peringkat akhir menggubal peraturan itu di bawah Akta Kerja 1955. “Sebelum ini, kerajaan telah membenarkan pekerja sektor awam untuk bekerja separa masa tetapi tidak ada peraturan khusus mengenainya hingga menimbulkan beberapa isu.

Pada sambutan Hari Pekerja kali ini, 3 anugerah telah diperkenalkan oleh CUEPACS. Jawatankuasa pemilihan telah dipengerusi oleh Encik Husin Mohd Yasin, Timbalan Presiden 2, CUEPACS.

”Anugerah Tokoh Gemilang CUEPACS” telah diberikan kepada Tuan Haji Omar Osman, Presiden CUEPACS diatas banyak jasa-jasa yang telah beliau berikan. Dari tahun 2007 hingga 2008 sebanyak 8 perkara berkenaan tuntutan bagi kebajikan dan kepentingan pejawat telah berjaya diselesaikan semasa era pemerintahan Tun Abdullah Ahmad Badawi sebagai Perdana Menteri.

”Anugerah Tokoh Gemilang Wanita” pula diberikan kepada Saudari Lok Yim Pheng, Timbalan Setiausaha Agung 1.

”Anugerah Kesatuan Cemerlang” berdasarkan kepada sejarah penubuhan, aktiviti-aktiviti kesatuan dari dahulu sehingga terkini serta sumbangan-sumbangan kepada pekerja-pekerja telah diberikan kepada Kesatuan Bomba Malaysia.

Tahniah kepada semua diatasa penganugerahan yang tidak seberapa tetapi sungguh bererti kepada semua penjawat sektor awam diatas sumbangan dan jasa-jasa yang telah diberikan.
Tahun 2010, sambutan Hari Pekerja akan diadakan di Negeri Terengganu pula.
............................................
zainal-pekena asam pedas di Taman Laksamana

No comments: