Sunday, January 11, 2009

Taklimat PTK, Sungai Petani Kedah

AJK CUEPACS Negeri Kedah telah menganjurkan Taklimat Perlaksanaan PTK dan Isu-isu semasa CUEPACS bertempat di Majlis Perbandaran Sungai Petani, Tikam Batu, Kedah. Pengerusi CUEPACS Bahagian Negeri Kedah. Saya terlewat tiba tetapi berkesempatan untuk mendapatkan foto-foto sebelum talimat selesai.
Memandu dari Kuala lumpur ke Sungai Petani yang memakan masa hampir 5 jam merupakan pengalaman yang berguna. Banyak pengalaman dan perkara-perkara dapat dibincangkan sepanjang pemanduan. Sambil saya memandu, sedikit demi sedikit masalah berkaitan Kesatuan saya utarakan. Kesempatan bersama Tuan Haji Husain Mohd Yasin, Timbalan Presiden CUEPACS selaku Presiden KKAUM dan Kang Bee Leng, Pengerusi Public Services Internasional cawangan Malaysia selaku Setiausaha AUEGCAS yang turut menumpang kereta saya ke Sungai petani merupakan masa yang sesuai bagi saya mengutarakan beberapa kemusykilan dan mencungkil pengalaman-pengalaman mereka berdua. Saya terlalu mentah dalam berkesatuan berbanding mereka.
Taklimat telah disampaikan oleh Presiden CUEPACS, Tuan Haji Omar Osman. Kepada AJK CUEPACS Bahagian Kedah yang dipengerusikan oleh Encik Othman Hamid dan ahli jawatankuasanya, saya ucapkan tahniah diatas penganjuran yang telah diadakan. Disamping memenuhi aktiviti CUEPACS yang telah dirancang begitu rapi, pertemuan dengan teman-teman baru daripada penjawat-penjawat awam di Sungai Petani dapat juga bertukar-tukar pendapat berkaitan suasana kerja disana.
Tahniah juga diucapkan kepada semua yang hadiri kerana derma kilat bagi disalurkan kepada rakyat Palestin berjumlah RM 1,620 yang dapat dikumpul pada hari taklimat.
.........................................
zainal-tersalah masuk tol sungai petani utara.

No comments: