Saturday, January 17, 2009

Mesyuarat Ke 11 Gabungan Juruteknologis Makmal IPTA Malaysia

Hari ini pengundian bagi Pilihanraya kecil bagi Parlimen Kuala Terengganu berlangsung. Saya bukan menghadiri untuk mengundi tetapi menghadiri Mesyuarat Ke 11 Gabungan Antara Persatuan Juruteknologis/Penolong Pegawai Sains Universiti/IPTA Malaysia telah diadakan di Rumah Kesatuan KKAUM pada 17hb Januari 2009. Mesyuarat yang sepatutnya dihadiri oleh semua Presiden dan Setiausaha Persatuan-persatuan Juruteknologis Makmal/Penolong Pegawai Sains atau wakil amat mendukacitakan disebabkan hanya 5 Universiti sahaja daripada 20 Universiti menghantar wakil.

Persatuan Juruteknologis Makmal Universiti Malaya sebagai penaja telah diketuai oleh Encik V. Gopal Krishnan selaku Pengerusi mesyuarat, Puan Kalaiselvi, pencatat minit mesyuarat, Encik Zainal Aris, Encik Hadi Tabrani serta Encik Azhar Arshad sebagai wakil persatuan. Universiti Teknologi Malaysia diketuai oleh Encik Ayob Jabal selaku Pengarah Sketma ke 9 dan Tuan Haji Ahmad Imbar sebagai Timbalan Pengarah SKETMA Ke 9 yang telah memberi penerangan secara terperinci perkembangan sebagai penganjur SKETMA Ke 9. Universiti Sains Malaysia diwakili oleh Puan Haslinda dan Encik Md Fauzy Adam, Penolong Setiausaha Agong KKAUSM sebagai pemerhati. Universiti Islam Antarabangsa diwakili oleh Encik Mohd Yazid Ahmad dan Universiti Putra Malaysia pula diwakili oleh Presidennya Encik Zainal Abidin Bahari.
Mesyuarat yang bermula jam 10.00 pagi dan berakhir 1.30 ptg tanpa keputusan bagi menerima usul-usul yang penting seperti pendaftaran bagi mewujudkan Gabungan Kesatuan yang berdaftar, Pelantikan Jawatankuasa sementara serta semakan perlembangaan. Keputusan hanya akan diputuskan pada bulan Mei 2009 semasa mesyuarat ke 12 yang akan diadakan di Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor sempena kehadirian semua peserta bagi menghadiri SKETMA ke 9.
.................................................
zainal- tidak berapa setuju GAJUM sebagai nama Gabungan

Sunday, January 11, 2009

Mesyuarat Khas CUEPACS, Sungai Petani, Kedah


Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) yang mengadakan mesyuarat khas di Hotel Sungai Petani Inn mencapai kata sepakat tidak akan menerima keseluruhan pakej butiran pindaan ke atas Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) yang dilaksanakan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mulai 1 Januari 2009 dengan mengambil pendekatan mewujudkan Jawatankuasa Penyemakan bagi menambahbaikan kandungan yang terkandung didalam surat pekeliling bagi kerana 40 peratus daripada 34 perkara yang dikemukakan itu tidak memuaskan.
Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) yang mengadakan mesyuarat khas di Hotel Sungai Petani Inn mencapai kata sepakat tidak akan menerima keseluruhan pakej butiran pindaan ke atas Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) yang dilaksanakan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mulai 1 Januari 2009 dengan mengambil pendekatan mewujudkan Jawatankuasa Penyemakan bagi menambahbaikan kandungan yang terkandung didalam surat pekeliling bagi kerana 40 peratus daripada 34 perkara yang dikemukakan itu tidak memuaskan.

Presiden, Tuan Haji Omar Osman berkata, tindakan berkenaan dibuat memandangkan kebanyakan ahli melahirkan rasa kurang senang dengan surat pekeliling 19/2008 tersebut yang didakwa tidak dibincangkan dengan kongres. "Dalam perbincangan sebelum ini, CUEPACS hanya menerima dua pekeliling iaitu melibatkan pengurangan cuti lima hari bagi kakitangan lantikan baru 1 Januari 2009 dan penambahan cuti ganjaran tahunan 150 hari.


Mesyuarat khas CUEPACS yang dihadiri 99 ahli gabungan persatuan telah diadakan pada pukul 2.30 petang dan ditangguhakan pada pukul 5.00 petang.

Pada 16 Disember lalu, CUEPACS menerima surat pekeliling butiran pindaan ke atas PTK setebal 27 muka surat dengan 34 perkara daripada JPA untuk diteliti dan dibincangkan dalam kalangan 120 kesatuan di bawah naungannya.

Antara butiran tersebut ialah setiap jabatan kerajaan diberi kuasa menetapkan corak peperiksaan dan penilaian ke atas kakitangan mengikut panduan pelaksanaan PTK untuk dilaksanakan mulai 1 Januari lalu. Dengan pindaan itu juga, kakitangan tidak perlu menduduki peperiksaan yang tidak bersesuaian dengan pekerjaan, pengalaman dan usia, sebaliknya mengikut keperluan di jabatan masing-masing.
Ahli Kongres juga sebulat suara mengesa pekerja sector awam memboikot produk Amerika dan Israel sebagai tanda protes kekejaman yang melanda penduduk Palestin.
.....................................
zainal-singgah di Sungai Dua pekena Kuay Teow

Taklimat PTK, Sungai Petani Kedah

AJK CUEPACS Negeri Kedah telah menganjurkan Taklimat Perlaksanaan PTK dan Isu-isu semasa CUEPACS bertempat di Majlis Perbandaran Sungai Petani, Tikam Batu, Kedah. Pengerusi CUEPACS Bahagian Negeri Kedah. Saya terlewat tiba tetapi berkesempatan untuk mendapatkan foto-foto sebelum talimat selesai.
Memandu dari Kuala lumpur ke Sungai Petani yang memakan masa hampir 5 jam merupakan pengalaman yang berguna. Banyak pengalaman dan perkara-perkara dapat dibincangkan sepanjang pemanduan. Sambil saya memandu, sedikit demi sedikit masalah berkaitan Kesatuan saya utarakan. Kesempatan bersama Tuan Haji Husain Mohd Yasin, Timbalan Presiden CUEPACS selaku Presiden KKAUM dan Kang Bee Leng, Pengerusi Public Services Internasional cawangan Malaysia selaku Setiausaha AUEGCAS yang turut menumpang kereta saya ke Sungai petani merupakan masa yang sesuai bagi saya mengutarakan beberapa kemusykilan dan mencungkil pengalaman-pengalaman mereka berdua. Saya terlalu mentah dalam berkesatuan berbanding mereka.
Taklimat telah disampaikan oleh Presiden CUEPACS, Tuan Haji Omar Osman. Kepada AJK CUEPACS Bahagian Kedah yang dipengerusikan oleh Encik Othman Hamid dan ahli jawatankuasanya, saya ucapkan tahniah diatas penganjuran yang telah diadakan. Disamping memenuhi aktiviti CUEPACS yang telah dirancang begitu rapi, pertemuan dengan teman-teman baru daripada penjawat-penjawat awam di Sungai Petani dapat juga bertukar-tukar pendapat berkaitan suasana kerja disana.
Tahniah juga diucapkan kepada semua yang hadiri kerana derma kilat bagi disalurkan kepada rakyat Palestin berjumlah RM 1,620 yang dapat dikumpul pada hari taklimat.
.........................................
zainal-tersalah masuk tol sungai petani utara.

Wednesday, January 7, 2009

Opsyen cuti rehat tahunan

Tiada yang menarik mendengar taklimat opsyen cuti rehat tahunan yang telah diadakan di Auditorium Tun Mohamed Suffian, Fakulti Undang-undang pada 7hb Januari 2009 pada kakitangan Universiti yang sedang berkhidmat. Saya berpendapat sebilangan besar yang hadir pada taklimat bersetuju mengekalkan cuti rehat mengikut Pekeliling Perkhidmatan 1 September 2005.
Walaupun Ketua Penolong Pendaftar Puan Lim Chor Yoke mengesyorkan agar kakitangan menganggap penerimaan opsyen sebagai pengorbanan dan keikhlasan kepada majikan. Saya kurang setuju dengan ungkapan itu tetapi terpulanglah kepada penjawat itu sendiri. Pendirian saya, kekal cuti rehat yang lama.
Diantara perkara yang penting pada taklimat tersebut:
Pegawai Perkhidmatan Awam yang ditawarkan opsyen adalah diminta untuk membuat pilihan sama ada-

kekal diberi kemudahan Cuti Rehat tahunan mengikut Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2002 atau Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 20 Tahun 2005 atau Perjanjian/ Kontrak berdasarkan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 2008, atau pekeliling, atau surat pekeliling atau peraturan lain yang berkaitan, tertakluk kepada semua peruntukan pekeliling, surat pekeliling atau peraturan yang berkuat
kuasa tersebut; atau

bersetuju memilih kadar Cuti Rehat tahunan sebagaimana yang ditetapkan di Jadual 1 atau Jadual 2 dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 14 Tahun 2008; tertakluk kepada semua peruntukan Pekeliling Perkhidmatan berkenaan.

Implikasi Opsyen

Implikasi bagi pegawai Perkhidmatan Awam yang bersetuju menerima opsyen dan memilih kadar Cuti Rehat tahunan.

i. kadar Cuti Rehat tahunan bagi pegawai yang berkaitan akan dipinda mengikut ketetapan.

ii. bagi pegawai yang sedang dan akan menikmati kadar Cuti Rehat tahunan melebihi 25 hari setahun, bilangan maksimum Cuti Rehat tahunan yang boleh dikumpulkan bagi maksud Pemberian Wang Tunai Gantian Cuti Rehat (GCR) untuk sesuatu tahun akan berkurangan; dan

iii. tempoh yang diperlukan untuk memenuhi bilangan maksimum GCR akan bertambah kepada 150 hari penambahan 30 hari dari yang asal .

Bagi pegawai Perkhidmatan Awam yang menolak opsyen di bawah Pekeliling Perkhidmatan ini, kadar Cuti Rehat tahunan pegawai berkenaan adalah ditetapkan mengikut peruntukan dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2002 atau Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 20 Tahun 2005 atau Perjanjian/ Kontrak berdasarkan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 2008, atau pekeliling, atau surat pekeliling atau peraturan lain yang terpakai kepada pegawai.
...................................................
zainal-menambah pengetahuan awal tahun 2009