zainal-jumpa member2 GAKUM.
Friday, May 14, 2010
Perhimpunan Hari Pekerja Warga Universiti Awam Malaysia
zainal-jumpa member2 GAKUM.
Sunday, May 2, 2010
Hari Pekerja di Terengganu
1hb Mei 2010 merupakan tahun ke tiga berturut-turut saya menghadiri perhimpunan Hari Pekerja anjuran Cuepacs. Johor merupakan negeri yang memecah tradisi menganjurkan perhimpunan hari pekerja diikuti Melaka dan pada tahun 2010 Negeri Terengganu pula menjadi tuan rumah.“1Malaysia Kebajikan Cemerlang Negara Terbilang” adalah tema sambutan hari pekerja sektor awam 2010 anjuran Cuepacs dengan kerjasama kerajaan Negeri Terengganu yang telah diadakan di Stadium Negeri pada 1hb Mei 2010.
Telah dirasmikan oleh Y Bhg Datuk Dr S Subramaniam, Menteri Sumber Manusia. Turut hadir, Presiden Cuepacs, Tuan Hj Omar Osman.
Diantara ucapan pada perasmian tersebut, beliau berharap agar pekerja perlu lebih berinovasi dan kreatif dalam menjayakan proses transformasi negara dan menghargai kematangan pemimpin Cuepacs kerana memahami kekangan dihadapi kerajaan terutamanya faktor kelembapan ekonomi negara dengan tidak terlalu menekan kerajaan dalam membuat tuntutan.
Sementara itu, Tuan Hj Omar semasa membuat ucapan kepada hampir 3,000 yang hadir terdiri daripada pelbagai penjawat sektor awam berkata imej perkhidmatan awam sudah lama tercemar dengan gejala rasuah membabitkan penjawat di pelbagai peringkat.
"Bila sebut sahaja rasuah, masyarakat akan fokus kepada perkhidmatan awam seolah-olah semua aktiviti rasuah yang berlaku membabitkan sektor perkhidmatan awam.
"Di sana sini media melaporkan kegiatan rasuah dan individu-individu dalam perkhidmatan awam yang ditangkap tetapi individu yang memberi rasuah lepas begitu sahaja," katanya.
Menurut Omar, beliau tidak mahu sektor perkhidmatan awam dicap sebagai perasuah dan mahu semua pihak menggembleng usaha bagi memulihkan imej sektor berkenaan daripada terus tercemar.
Beliau berharap agar semua penjawat awam supaya sama-sama memerangi rasuah dengan menjadi pelapor rasuah. Sekiranya penjawat awam bekerjasama sudah pasti gejala ini dapat diperangi dengan lebih berkesan.
Tambah Omar, beliau mahu melihat kadar rasuah menurun sehingga 20 peratus pada 31 Disember ini selepas tiga tahun berturut-turut menunjukkan perubahan positif kadar rasuah dalam perkhidmatan awam. "Sejak tiga tahun kebelakangan ini kadar rasuah telah turun pada kadar yang memberangsangkan dan saya mengharapkan perkembangan berterusan dapat dilihat sehingga tahun 2010 berakhir.
"Cuepacs juga menjalin kerjasama dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi melancarkan perang rasuah hingga ke akar umbi," katanya.
Dalam pada itu Cuepacs tidak pernah menutup ruang rundingan bagi menyampaikan hasrat dan menyuarakan permasalahan penjawat awam kepada pihak kerajaan bagi mencari penyelesaian terbaik. "Cuepacs sentiasa boleh berjumpa dengan pihak kerajaan bagi menyelesaikan masalah penjawat awam tetapi cepat atau lambat ia tertakhluk kepada keadaan ekonomi semasa.
"Sekiranya ekonomi bagus, tidak berlaku ketirisan dan penjawat awam menunjukkan peningkatan produktiviti dalam perkhidmatan, sudah pasti permasalahan-permasalahan itu akan didengar oleh kerajaan," katanya.
Thursday, November 12, 2009
Harapan Masih Ada...
Pertemuan serta perbincangan hampir 1 jam bersama Perdana Menteri di Bangunan Parlimen merupakan sejarah bagi CUEPACS. Sebelum ini tiada pertemuan seumpama ini dilakukan.
Didalam perbincangan tersebut, Perdana Menteri selaku Menteri Kewangan berjanji sekiranya ekonomi Malaysia berkembang dengan baik dalam masa terdekat, permintaan untuk 2 bulan bonus akan dipertimbangkan. Ini memandangkan peruntukan untuk bonus bagi 1.2 juta anggota sektor awam akan membelanjakan hampir RM 3 billion kewangan Negara.
Dalam pembentangkan Bajet pada Oktober lepas, saguhati yang diberikan kepada semua anggota sektor awam tidak termasuk pesara mencecah hampir RM 400 juta.
Walau bagaimanapun, Kerajaan tetap mempertimbangkan permintaan CUEPACS yang diutarakan oleh Presidennya Tuan Haji Omar Osman agar mempertimbangkan penambahan RM 500 lagi bagi tambahan saguhati bagi semua gred 1 sehingga 54 setelah permintaan 2 bulan bonus tidak dapat ditunaikan.
Monday, November 9, 2009
Berbaloi-baloi..
Saturday, November 7, 2009
Kesal diatas isu 'Moral'
1. Kesal dan dukacita diatas kenyataan Perdana Menteri berkaitan perkataan “MORAL” yang ditujukan kepada CUEPACS berkenaan permintaan 2 bulan gaji anggota sektor awam.
2. Majlis Kongres CUEPACS mengesa agar satu perjumpaan bersama Perdana Menteri diadakan dengan kadar yang segera bagi membincangkan isu tersebut.
3. Semua Kesatuan yang bergabung dengan CUEPACS akan menghantar surat menyatakan sokongan sepenuhnya kepada Presiden CUEPACS kepada Pejabat Perdana Menteri mengenai isu “Mencari Popularliti kepada ahli”.
Zainal-penuh semangat mendengar hujah-hujah ahli kongres
Wednesday, November 4, 2009
Pedasnya lada ini...
Perdana Menteri berkata adalah salah di segi moral untuk meminta mendapatkan bonus kerana negara ini masih bergelut untuk keluar dari kemelesetan ekonomi dan ramai pekerja di sektor swasta dibuang kerja."Adalah salah di segi moral untuk meminta mendapatkan bonus apabila ekonomi belum pulih. Saya sentiasa memberitahu Ceupacs (Presiden Omar Osman) bahawa ia tidak boleh bertindak seperti kesatuan sekerja, setiap kali meraung meminta bonus (setiap kali pembentangan bajet) kerana anda mahu menjadi (kekal) popular di kalangan ahli anda," katanya.
Cuepacs, badan induk bagi kesatuan pekerja sektor awam, kini mendesak kerajaan untuk mendapatkan bonus dua bulan bagi 1.2 juta kakitangan awam di negara ini.
"Di dalam sektor swasta, pekerjanya dibuang kerja dan ia tidak berlaku di dalam perkhidmatan kerajaan.
"Bagaimana pun, itu tidak bermakna pekerja cemerlang tidak boleh diberi ganjaran tetapi malangnya sistem sedemikian tidak diwujudkan.
"Jika kita ada sistem yang memotivasikan mereka, tenaga kerja awam juga boleh meningkat untuk menjadi pekerja berprestasi tinggi. Kita sepatutnya memberi ganjaran kepada mereka.
"Kita tidak sepatutnya membiarkan mereka menjadi yang kedua terbaik, tingkatkan prestasi mereka.
"Benar, sesuatu bantuan yang kecil perlu dihulurkan," katanya, sambil menyatakan bahawa "ia seperti permainan golf, sedikit handicap, tetapi mereka perlu mengurangkan lebih masa, dari 24 kepada 18, 12 dan kemudiannya satu angka dan bersaing secara setara dengan pekerja lain.
"Ia juga sama dengan Bumiputera; dari masa ke semasa mereka perlu mengurangkan handicap masing-masing.
"Anda tidak boleh berada pada 24 sepanjang masa. Saya mengimpikan satu hari nanti apabila Bumiputera berupaya bersaing dengan sesiapa pun yang tiada handicap. Hari itu akan tiba. Jadi, kita kurangkannya perlahan-lahan.
Bukan Bumiputera merasakan sistem semasa tidak adil tetapi saya jadikannya lebih adil. Setiap rakyat Malaysia akan dilayan dengan adil di negara ini," kata Najib, yang juga Menteri Kewangan, semasa berucap di Forum Majlis makan Tengah Hari Perniagaan Bankers' Club.
Dua pakej rangsangan RM67 bilion kerajaan telah membantu menampan kesan kemelesetan ekonomi global.
Sehubungan itu, ekonomi negara ini dijangka mengecut hanya 3.0 peratus pada tahun ini, iaitu lebih rendah daripada unjuran lebih awal iaitu penguncupan sebanyak 4.0 hingga 5.0 peratus.
Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara ini dijangka mengembang kira-kira 3.0 peratus pada tahun depan.
Kerajaan telah mengambil langkah berani untuk mengurangkan defisit Kerajaan Persekutuan pada tahun depan kepada 5.6 peratus berbanding 7.4 peratus tahun ini.
--BERNAMA
Tuesday, October 27, 2009
Berakhir Persidangan
Majlis perasmian penutupan Persidangan Kebangsaan Pengurusan Kepimpinan telah disempurnakan oleh Y.B. DATO' SAIFUDDIN ABDULLAH, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi pada 27hb Oktober 2009.Pada sesi bengkel berkaitan kertas kerja daripada semua pembentang yang telah diadakan sebelum ini, satu jawatankuasa sementera yang terdiri daripada Pihak Akademik Universiti, Pendaftar-Pendaftar Universiti serta Pihak GAKUM telah diwujudkan bagi merumus secara terperinci beberapa perkara yang difikirkan perlu untuk dibawa kepada Kementerian Pengajian Tinggi bagi pertimbangan seterusnya.
1. PEMANTAPAN SISTEM PENGURUSAN SUMBER MANUSIA DI INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI
Pengambilan kakitangan Universiti diselaraskan disemaua IPTA iaitu berkaitan:
a. Gred Jawatan
b. Kelayakan
c. Gaji permulaan
d. Pengalaman
Penyeragaman skim jawatan disetiap Universiti.
Menyeragamkan kemudanan dan kadar-kadar elaun.
’Best Practices’ di IPTA diadaptasikan
Memastikan bagi Universiti yang tidak mempunya Kesatuan dan Persatuan diwujudkan dengan kadar segera.
2. PEMANTAPAN URUS TADBIR YANG BAIK DARIPADA PERINGKAT ATASAN HINGGA BAWAHAN
Penglibatan Kesatuan/Persatuan
-Penglibatan bersama dan bersifat perundingan kumpulan akademik, pentadbir dan sokongan
-Aktifkan MBJ (pekeliling) vs JK Kebajikan Pekerja (AUKU)
-Fokus pembentukan kerja – latihan
Penglibatan kesatuan/persatuan dalam membuat keputusan
Tadbir Urus Yang Mantap
Hayati visi & misi IPTA masing-masing
Seragamkan struktur gorvernance semua IPTA
(struktur, budaya,dasar serta tatacara berurusan dengan pelangan)
-Selaraskan Universiti ikut SETARA
-Kekalkan identity berdasarkan kuasa autonomi yang diberikan
3. KOMUNIKASI DALAM ORGANISASI
Komunikasi Dalaman Diri (Intrapersonal),
Komunikasi Antara Perseorangan (Interpersonal),
Komunikasi Kumpulan Kecil,
Komunikasi Silang Budaya,
Komunikasi Keorganisasian,
Komunikasi Publik,
Komunikasi Massa
Membudaya kerja cemerlang
Meningkatkan program latihan kepada kakitangan melalui pembinaan modul khusus dalam membina sifat murni yang sesuai.
3. SISTEM PENYAMPAIAN YANG CEKAP DAN BERKUALITI
Membina sekitaran kerja yang kondusif serta dilengkapi dengan kemudahan dan teknologi yang dapat meningkatkan sistem penyampaian yang berkualiti
Nilai kepimpinan
Menjadi Jambatan antara kakitangan dengan pihak pengurusan IPTA.
Berilmu dan sikap terbuka.
Ada jaringan sosial yang meluas.
Ada integriti, berwawasan dan kredibiliti.
4. KEKUATAN SATU SUARA
Kumpulan akademik, pentadbir dan sokongan kerap bertemu
Gabungkan Kumpulan akademik, pentadbir dan sokongan menjadi satu medan bersuara dan menjadi satu
Seragamkan nama Kesatuan/persatuan dalam semua IPTA
penubuhan institut latihan kepimpinan kesatuan IPTA untuk melahirkan pemimpin
5. KEBAJIKAN
Naik taraf kemudahan perubatan dgn standardkan semua IPTA
Insentif
Staf 3 tahun cemerlang pergi umrah
6. KENAIKAN PANGKAT IKUT TIMEBASE TANPA KUOTA UNTUK SEMUA JAWATAN.
7. KEMUDAHAN RAWATAN PERUBATAN LEBIH BAIK DI HOSPITAL SWASTA UNTUK KAKITANGAN IPTA.
WUJUDKAN SKIM PERKHIDMATAN SENDIRI
(Rumusan yang dipaparkan bukanlah yang telah dipersetujui sepenuhnya. Harap Maklum- Zainal Aris)
Zainal-suka dan duka telan jua.
Monday, October 26, 2009
Perasmian Persidangan oleh Menteri Pengajian Tinggi
Malam pula saya ke Hotel Grand Seasons untuk majlis makan malam serta perasmian Persidangan Kebangsaan Pengurusan Kepimpinan.
Persidangan Kebangsaan Pengurusan Kepimpinan telah dirasmikan oleh YB Dato’ Seri Mohamed Khaled Bin Nordin, Menteri Pengajian Tinggi Malaysia. Majlis perasmian telah diadakan pada 25hb Oktober 2009 bertempat di Hotel Grand Seasons, Kuala Lumpur.
Pada majlis tersebut juga telah berlangsung perlancaran logo rasmi GAKUM (Gabungan Majlis Presiden dan Setiausaha Kehormat Kesatuan Kakitangan Universiti Malaysia/IPTA).
Didalam ucapan perasmian YB Dato’ Seri mengucapkan tahniah diatas persidangan yang julung-julung kali diadakan oleh GAKUM dengan kerjasama AKEPT serta Kementerian Pengajian Tinggi atas inisiatif untuk menjayakan Persidangan Kebangsaan ini. Kesedian semua pihak dalam memastikan kejayaan pengajuran persidangan ini dengan melibatkan pihak Akademik, Pentadbir, Kumpulan Sokongan dari Universiti, Politeknik dan Kolej Komuniti dalam satu majlis yang amat bermakna bagi Kementerian. Ini merupakan satu perhimpunan yang bersejarah kerana semua warga Kementerian Pengajian Tinggi dapat berkampung untuk merealisasikan hasrat Kementerian bagi mewujudkan Satu Malaysia seperti yang dilaungkan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia.
Beliau berharap agar Persidangan Kebangsaan Pengurusan Kepimpinan ini dapat dilihat sebagai satu usaha kumpulan sokongan yang amat bermakna sekali dalam menyatukan semua pihak warga Kementerian Pengajian Tinggi bagi menterjemah hasrat Kementerian untu meningkatkan kualiti pengajian tinggi. Dalam kepimpinan perlu ada hubungan dua hala antara satu sama lain baik pihak atasan dengan bawahan atau bawahan dengan pihak atasan.
Dengan adanya hubungan baik ini maka sesebuah institut itu akan bergerak seiring dan mencapai kejayaan serta memantapkan tadbir urus dan sistem penyampaian agar melahirkan kakitangan yang berintegriti.
Beliau juga berharap agar para akademik, pentadbir dan staf sokongan dapat menyumbang idea, bertukar pendapat dan kepakaran masing-masing dalam mengangkat martabat Kementerian Pengajian Tinggi bagi menjulan kualiti pengajian Tinggi.
Zainal-grand seasons memang best…
Sunday, October 25, 2009
Bonus 2 bulan diteruskan
Mesyuarat Tergempar Khas CUEPACS yang saya hadiri pada 25hb Oktober 2009 di Dewan Mesyuarat, Tingkat 3, Wisma CUEPACS, Jalan Gajah, Off Jalan Yew, Pudu, Kuala Lumpur sebulat suara meneruskan tuntutan daripada Kerajaan agar bonus 2 bulan gaji diberikan kepada semua Penjawat Sektor Awam serta menuntut agar satu perjumpaan segera bersama Perdana Menteri Malaysia diadakan bagi membincangkan isu ini.Friday, October 23, 2009
Yang Mustahil Menjadi Kenyataan
Tekun menunggu hingga saat akhir perbentangan 'Bajet 2010. Ayat terakhir ucapannya berbunyi 'Yang mustahil menjadi kenyataan'...Kepada semua Penjawat Awam terimalah seadanya..'TIADA BONUS'.
Hanya satu saja yang Penjawat Awam perolehi daripada Bajet 2010..."Penjawat awam dibenar membuat pinjaman untuk membeli komputer setiap tiga tahun sehingga maksimum RM5,000 berbanding sekali setiap lima tahun"
Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Omar Osman mengingatkan penjawat awam agar terus meningkatkan prestasi dan produktiviti mereka walaupun tiada pembayaran bonus diumumkan pada pembentangan bajet 2010 Jumaat.
Beliau berkata penjawat awam tidak sepatutnya mengharapkan bonus sebagai penentu prestasi sehingga menjejaskan kerja mereka, tetapi sepatutnya melihat dari sudut positif tentang kemudahan dan kebajikan yang diperuntukkan kerajaan."Memanglah sebagai wakil pekerja ada rasa tidak puas hati dengan pembentangan (bajet) kali ini tapi soal bonus bukan menjadi satu landasan atau ukuran kepada prestasi kerja kami."Bukan semata-mata bonus yang dikejar, tapi yang lebih penting adalah perjuangan kebajikan penjawat awam itu sendiri," katanya ketika dihubungi Bernama.
Berkenaan bayaran khas RM500 yang diberikan kepada semua penjawat awam Gred 41 hingga Gred 54 serta pesara wajib Osman berkata, bayaran itu diharapkan dapat ditambahkan lagi nilainya.Bayaran khas itu diumumkan semasa pembentangan bajet 2010 oleh Datuk Seri Najib Tun Razak dan pembayarannya akan dibuat Disember ini dan langkah itu memerlukan peruntukan tambahan RM400 juta.Omar berkata satu mesyuarat tergempar akan diadakan Ahad ini untuk membincangkan isu berhubung keputusan pembentangan bajet ini.
Katanya dalam mesyuarat yang akan datang ini, para perwakilan Cuepacs akan membincangkan secara professional tentang keputusan bajet ini dengan memberi fokus tentang kesannya untuk jangka masa panjang."Kami akan bawa ia (hasil perbincangan) itu kepada Perdana Menteri selaku Menteri Kewangan untuk mempertimbangkan semula harapan pemberian bonus dua bulan untuk penjawat awam," katanya.Omar menyifatkan bajet kali ini lebih memberi fokus kepada rakyat sejajar dengan konsep rakyat didahulukan.—BERNAMA
zainal-mmmmm
Monday, October 19, 2009
Mesyuarat Terakhir Pelaksana Persidangan Kebangsaan
Laporan terkini telah dibentangkan oleh YM Ku Azmi Bin Ku Ibrahim, pengerusi Jawatankuasa Pelaksana Persidangan. Laporan berkaitan jumlah penyertaan yang telah diterima daripada semua IPTA.
Wednesday, October 14, 2009
Merangka Strategi 100 Terbaik Di Dunia.
Tujuan perjumpaan diadakan adalah bagi mendengar taklimat yang disampaikan sendiri oleh Y Bhg Prof Datuk Dr Ghauth Jasmon , Naib Canselor, Universiti Malaya iaitu berkaitan soal budaya kerja, soal penerimaan kakitangan terhadap adaptasi di dalam pengurusan serta sumbangan kakitangan sokongan kepada Universiti Malaya.
Dalam merangka ke arah merealisasikan Universiti Malaya menjadi terbaik dalam kelompok 100 Universiti Terbaik Dunia, perlaksanan serta perubahan ini perlu dilakukan. Diantara langkah-langkah yang ditekankan adalah seperti:
- Ikutan ( Role Model)
- Ciptaan yang bernilai (Value Creator)
- Muhasabah diri ( Self-Renewal / Reflective)
- Berkobar-kobar ( Meaningful Lifestyle)
- Mendapat Pengiktirafan ( Impact, Citationsand Recognition)
- Hubungan Antarabangsa ( International Networking & Partnerships)
- Graduan berkualiti ( Market – driven & Quality gradutes)
- Berkhidmat kepada Masyarakat dan Dunia ( Service to Community & the world)
- Sokongan ( Industry and External Support)
- Ciri Keusahawanan ( Intrepreneurship & Commercialization of IPs)
- Perkhidmatan sokongan yang berkesan ( Effective Administration & Support
services)
- Pelajar yang cemerlang ( Recruitment of ‘Bright Sparks’)
gambar sila ke : http://www.flickr.com/photos/kkaum/
Thursday, October 8, 2009
Wednesday, October 7, 2009
Di Kementerian Pengajian Tinggi...
Perbincangan bagi mendapatkan penjelasan daripada semua pengerusi jawatankuasa kecil pelaksana. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar seperti mana yang telah dirancangkan. Mudah-mudahan persidangan ini menjadi titik permulaan kepada saya khasnya bagi menimba pengetahuan dan pengalaman untuk terus berbakti kepada kesatuan yang saya wakili.
Zainal-dah kurang kekok bila bersama yang lebih berpengalaman..
Monday, October 5, 2009
Friday, October 2, 2009
Perbincangan di Grand Seasons Hotel
zainal-terlepas menghadiri AGM KKAUM juga..
Tuesday, September 29, 2009
Jawatankuasa Pelaksana Persidangan Kebangsaan
Selamat Hari Jadi Ke 58, Presiden CUEPACS
Tujuan sebenarnya bukanlah khusus untuk menghadiri mesyuarat KESUKMA. Saya sepatutnya menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Pelaksana, Persidangan Kebangsaan Perhimpunan Kepimpinan yang sepatutnya diadakan pada pukul 9.00 pagi berdasarkan daripada notis mesyuarat yang diedarkan. Disebabkan perubahan yang berlaku, mesyuarat telah ditunda pada pukul 2.30 petang.
Mesyuarat Agung KESUKMA telah dirasmikan oleh Tuan Haji Omar Bin Osman, Presiden CUEPACS. Didalam ucapan perasmian, beliau berpesan agar ahli-ahli Kesatuan memberi sokongan yang tidak berbelah kepada kepimpinan Kesatuan demi memantapkan lagi perjuangan terutamanya berkaitan kebajikan anggota sektor awam disamping terus meningkatkan produktiviti akan anggota perkhidmatan awam menjadi ‘First Class’ dalam perkhidmatan.
Sebagai Presiden CUEPACS bersama Pegawai Tertinggi CUEPACS serta Ahli-Ahli Kongres akan sentiasa memperjuangkan kebajikan 1.2 juta anggota sektor awam. Diantaranya meminta kerajaan melakukan semakan gaji kakitangan awam setiap lima tahun sekali bagi membolehkan penyelarasan dibuat berdasarkan kos sara hidup semasa.
Perbincangan berkaitan penurunan faedah pinjaman perumahan daripada 4% kepada 1%, memohon agar penjawat awam yang telah berkhidmat melebihi 20 tahun dibenarkan menikmati 20% gratuti bertujuan dapat mengurangkan beban hutang, dapat mengurangkan beban perbelanjaan persekolah anak-anak serta dapat menambah tabungan keluarga.
Daripada kajian yang dilakukan oleh CUEPACS, 95% kakitangan sektor awam yang sedang berkhidmat membuat potogan gaji melalui Perkhidmatan Angkatan Koperasi Kebangsaaan Malaysia.Bhd (ANGKASA) bertujuan membuat pinjaman. Jumlah potongan dianggarkan sejumlah 8 bilion setahun.
Sunday, September 27, 2009
Sedikit Rezeki...
zainal-panjang umur, tahun depan jumpa lagi..




