Saturday, February 21, 2009

'Aku Janji'

Ingatkan hanya penjawat sektor awam saja yang perlu melafazkan ‘Aku Janji’. Tak sangka pula semasa menghadiri Hari Konferensi UPSR 2009 di Sekolah Kebangsaan Dusun Nanding Hulu Langat, anak saya pun kena melafazkan ikrar dan tandatangan surat aku janji secara beramai-ramai dihadapan guru dan ibubapa. Canggih juga sekolah ini.
Ada web lagi: http://skdusunnanding.blogspot.com/

Malangnya saya tidak terfikir pula nak salin aku janji anak saya.

Bagi penjawat awam, aku janji yang pernah saya tandatangan seperti berikut:

Kami, dengan sesungguhnya berjanji bahawa kami akan mematuhi peruntukan Peraturan Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, Perintah-perintah Am, pekeliling dan surat pekeliling serta apa-apa peraturan dan arahan lain yang dikeluarkan dan dikuatkuasakan oleh kerajaan dari semasa ke semasa sepanjang tempoh perkhidmatan kami dengan kerajaan. Maka, dengan itu kami berjanji, sebagaimana yang dikehendaki di bawah peraturan 4 Peraturan-peraturan PegawaiAwam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 bahawa kami:

1. akan sentiasa taat kepada Yang di-Pertuan Agong, negara dan kerajaan;

2. akan sentiasa melaksanakan tugas dengan cermat, bersungguh-sungguh,cekap, jujur, amanah dan bertanggungjawab;

3. tidak akan membelakangkan tugas awam demi kepentingan peribadi kami;

4 tidak akan berkelakuan dengan cara yang mungkin menyebabkan kepentingan peribadi kami bercanggah dengan tugas awam kami;

5. tidak akan berkelakuan dengan cara yang boleh menimbulkan syak yang munasabah bahawa kami membiarkan kepentingan peribadi kami bercanggah dengan tugas rasmi kami sehingga menjejaskan kegunaan kami sebagai pegawai awam;

6. tidak akan menggunakan kedudukan kami sebagai pegawai awam bagi faedah diri
kami sendiri;

7. tidak akan berkelakuan dengan cara yang boleh memburukkan atau mencemarkan nama perkhidmatan awam;

8. tidak akan membawa atau cuba membawa sebarang bentuk pengaruh atau tekanan luar untuk menyokong atau memajukan tuntutan kami atau tuntutan pegawai awam lain berhubung dengan perkhidmatan awam; dan

9. tidak akan ingkar perintah atau berkelakuan dengan cara yang boleh ditafsirkan sebagai ingkar perintah. Kami, sesungguhnya faham bahawa jika kami disabitkan kerana telah melanggar Aku Janji ini, kami boleh dikenakan tindakan tatatertib mengikut Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib).

...............................................................
zainal-harap-harap aku janjinya betul, bukan sekadar lafaz aje

No comments: