Tuesday, February 3, 2009

Perbincangan bersama Y Bhg Profesor Dato' Dr Jamil Maah, Timbalan Naib Canselor

Saya mengucapkan tahniah diatas perlantikan Y Bhg Profesor Dato' Dr Mohd Jamil Maah sebagai Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) Kali terakhir saya bertemu beliau pada 2hb Feb 2008. Bermakna setahun yang lalu.

Pertemuan kali ini lebih bermakna kerana peranan Y Bhg Dato’ sebagai Timbalan Naib Canselor bukan lagi Dekan Fakuti Sains. Jadi saya diantara insan yang bertuah kerana dapat berjumpa secara dekat untuk perbincangan serta memberi idea-idea berkaitan kerjaya penjawat bidang makmal.

Pada dasarnya pengupredan Pembantu Makmal kepada Penolong Pegawai Sains terus meningkat dari masa ke semasa. Keperluan bagi meningkatkan lagi kemahiran dalam kerjaya tersebut adalah terhad. Antara punca kekurangan bagi meningkatkan kemahiran tinggi adalah disebabkan tiada kursus-kursus kemahiran berorentasikan bidang sains. Pada masa kini, kemahiran seseorang hanya tertumpu kepada kerjaya hariannya sahaja. Permasalahan akan timbul apabila penjawat berkenaan tamat perkhidmatan pada usia 58 tahun dan tiada pengganti yang berkemahiran bagi menyambung tugasan seperti pengendalian alatan-alatan canggih atau yang seumpamanya. Persaingan yang berlaku didalam penyelidikan amat tinggi didalam era kemajuan teknologi dan globalisasi.

Bagi mengatasi kekurangan pekerja mahir dan terlatih dalam bidang sains terutama Penolong Pegawai Sains, Y Bhg Dato' menyarankan agar PjMUM mencari internatif lain seperti mengadakan kerjasama dari pihak luar yang berkaitan terutamanya didalam perkhidmatan teknikal dan rundingan serta latihan berterusan.
Pada perbincangan tersebut, PjMUM memohon agar pengujudan Pusat Servis yang tertangguh sekian lama di bincangkan kembali relevanya. Pusat yang akan bertanggungjawab sebagai bengkel bagi penyelenggaraan peralatan. Ia juga bertujuan membantu dalam kalibrasi peralatan demi memenuhi keperluan ISO serta dapat melatih kakitangan dalam perkhidmatan teknikal bagi tujuan:

i) Meningkatkan kemahiran kakitangan sokongan dalam perkhidmatan

ii) Meningkatkan kepakaran dalam bidang yang diminati. Dalam jangkamasa panjang, terlibat dalam membentukan peralatan keperluan Universiti.

Antara teras strategik dalam Pusat Servis adalah bagi pengurangan kos pembaikan peralatan serta penjanaan pendapatan (pada jangkamasa panjang) untuk membantu Universiti dalam menampung kos pengurusan pembaikan/penyelenggaran peralatan. Pusat Servis Universiti Malaya diharap akan dijadikan “Perkongsian pintar Bengkel Profesional” kepada semua kakitangannya, baik kakitangan akademik maupun kakitangan am..

Ini adalah sejajar dengan visi Universiti Malaya untuk “Menjadi sebuah Universiti Penyelidikan terkemuka di dunia”. Kerjasama boleh dilaksanakan dengan pihak industri, swasta, badan berkanun mahupun badan kerajaan. Perkongsian pintar dengan pelbagai sektor secara tidak langsung akan mengundang pelbagai bentuk khidmat perundingan dan perkhidmatan baikpulih peralatan. Sebagai langkah memastikan perkhidmatan penyelenggaran dapat dilakukan dengan teratur dan beretika, pemantauan perlu dibuat melalui Lembaga Penasihat Pusat Servis. Ini akan menentukan hala tuju dan dasar-dasar perkhidmatan penyelenggaran dan perkhidmatan perundingan di Pusat Servis Universiti Malaya dengan menyediakan satu Polisi dan Garis Panduan Perkhidmatan penyelenggaran yang berkualiti, telus dan berkesan.

............................................
zainal-berperanan juga

No comments: