Wednesday, February 4, 2009

Majlis Perdana Perkhidmatan Awam Ke 9 Di Putrajaya (MAPPA IX)

MAPPA ke 9 merupakan majlis yang ke 2 saya ikuti secara langsung. Tahun 2008 saya juga berpeluang untuk menghadirinya.

Majlis Perdana Perkhidmatan Awam Ke 9 (MAPPA IX) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 4hb Febuari 2009

Majlis yang juga merupakan acara tahunan anjuran Jabatan Perkhidmatan Awam ini diadakan bagi memberi peluang kepada pegawai-pegawai kerajaan berintraksi dan berdialog dengan Y.A.B Dato' Seri Abdullah Bin Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia. Turut hadir Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Mohd. Sidek Hassan, Menteri-Menteri kabinet, Timbalan-Timbalan Menteri, Menteri-Menteri Besar, Ketua Menteri, Setiausaha-Setiausaha Parlimen, dan Setiausaha-Setiausaha Politik, Ketua-Ketua Setiausaha, Ketua-Ketua Perkhidmatan, Ketua-Ketua Jabatan serta Ketua-Ketua Eksekutif Badan Berkanun Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLCs), dan Warga Perkhidmatan Awam.

MAPPA ke 9 adalah merupakan amanat yang ke 6 yang telah disampaikan oleh Y.A.B Perdana Menteri. Diantara kandungan amanat Perdana Menteri:

Beliau berkata, pada masa ekonomi lembap, semua perhatian perlu ditumpukan kepada usaha untuk merancakkan ekonomi negara. "Perangsang (pakej rangsangan ekonomi pertama) sudah diberikan sejumlah 7 billon ringgit dan akan mengumumkan pakej rangsangan yang kedua. Ertinya pihak kerajaan mahu supaya rancangan ekonomi tetap berada pada landasan yang boleh meneruskan kejayaannya. Sambil menegaskan mengenai pentingnya pembangunan ekonomi dan sosial menerusi pembangunan modal insan tidak seperti situasi di Timur Tengah yang berhadapan dengan peperangan.

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mahu semua pihak terutama kakitangan kerajaan memberi sepenuh perhatian kepada usaha-usaha merancakkan ekonomi negara meskipun dunia terus dibelenggu dengan masalah kemelesetan ekonomi.
Memastikan dasar, program dan projek pembangunan persekutuan di peringkat negeri dilaksanakan mengikut perancangan pelaksanaan, urusan berjalan dengan licin & cepat dan mencapai sasaran yang ditetapkan selaras dengan Misi Nasional dan memastikan projek-projek khas dan projek-projek kecil dilaksanakan bagi meningkatkan kesejahteraan rakyat.

Diawal kemerdekaan, Malaysia mengalami keadaan yang sukar.
Kemunduran kerana kekurangan infrasuktur, kemiskinan dan masalah buta huruf. Kini setelah 50 tahun berlalu, rakyat hidup didalam keadaan yang lebih baik serta taraf hidup yang lebih tinggi serta menikmati keselesaan yang berpanjangan. Pengetahuan, ilmu dan cintakan kepada negara semakin menebal. Tanggungjawab membangun modal insan sudah pasti tidak terletak pada bahu kerajaan saja. Warga Perkhidmatan awam serta rakyat perlu bersepakat dan berkerjasama. Kuatkan semangat, kuatkan keazaman untuk terus berkerja dengan penuh yakin.

……………………………………
zainal-banyak merakamkan foto-foto menteri-menteri sebagai koleksi

No comments: